You are on page 1of 21

KHIDMAT

KESUKARELAWANAN
AHLI KUMPULAN:
TING LEH SUONG
CHAI YUNG TING
EVON CHAI YI WEN
CHUA CHAR LENG
KHOO HUI SHAN
KESUKARELAWANAN

KESUKARELAWANAN= KERJA SUKARELA


JUGA DISEBUT: KESUKARELAAN
TAKRIF & MAKNA
TAKRIF/DEFINISI
Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat
sukarela (volunteer service) ialah kegiatan yang
dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak, tanpa
mengharapkan ganjaran atau balasan material,
dan dapat memberi manfaat kepada
golongan/pihak sasaran (Azizan, 2009)
Kerja sukarela melibatkan penyertaan
sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama
masyarakat. Dalam maksud yang luas,
kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu
konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu
proses pendidikan atau pengalaman
pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara
dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan
(Azizan, 2007)
Kegiatan sukarela merupakan satu usaha
ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan
balasan yang berasaskan kepada
pendidikan untuk menghasilkan masyarakat
yang berkeupayaan melalui penglibatan
(Azimi Hamzah & Turiman Suandi, 2004)
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita
bersukarela:

* Rasa kesetiakawanan
* Ajaran atau nilai-nilai agama/sistem
kepercayaan
* Keinginan untuk menolong atau
melakukan kebaikan
* Perasaan belas kasihan
* Idealisme hidup/pegangan ideologi
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:

* Kasih sayang
* Kerjasama
* Keperihatinan sosial
* Persaudaraan/persahabatan
* Menjana modal insan & modal
sosial
* Patriotisme
* Pengupayaan masyarakat
* Ketahanan nasional
* Perpaduan
* Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
MATLAMAT KESUKARELAWANAN
(tujuan jangka panjang)

Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban,


yang adil, makmur dan sejahtera
SENARIO MASA KINI

KERJA SUKARELA KURANG SISTEMATIK


PENGURUSAN SUKARELA LEMBAB
PARA SUKARELAWAN KURANG
PENDEDAHAN ASAS YANG PENTING
TAHAP KESEDARAN & KEFAHAMAN
MASYARAKAT RENDAH
SOKONGAN & KOMITMEN PIHAK BERKUASA
TERHAD
BENTUK-BENTUK KERJA SUKARELA

KERJA SUKARELA DILAKSANAKAN MELALUI:

BERKONGSI IDEA / FIKIRAN


MELUANGKAN MASA
ILMU PENGETAHUAN
KEBOLEHAN / KEMAHIRAN
MENYUMBANG TENAGA FIZIKAL
PENGALAMAN / KEARIFAN (WISDOM)
SASARAN
Individu
Kumpulan kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa
bencana , remaja, warga tua, pelarian perang, dan lain-
lain.
Keluarga
Komuniti
Pertubuhan (organisasi)
Alam sekitar
Masyarakat umum
KAEDAH
KHIDMAT NASIHAT
BIMBINGAN
KAUNSELING
MOTIVASI / RANGSANGAN
GOTONG-ROYONG
KERJA KUMPULAN
ANEKA TERAPI / PROSES PEMULIHAN
PRINSIP-PRINSIP
Sedia berkongsi
Tiada pilih kasih
Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
Mementingkan pihak sasaran
Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
Setiap orang boleh menyumbang
MINGGU KERJA
BANTUAN BENCANA
MASYARAKAT PENYAYANG
HARI PERINGATAN
ALAM SEKITAR