Вы находитесь на странице: 1из 17

Cr. Dr.

Syed Sofian Syed Salim


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perkhidmatan B&K telah diperkenalkan sejak
tahun 60an lagi.
Tapi fokusnya hanya pada bimbingan kerjaya.
Guru-guru telah diberi kursus pendedahan selama
1 minggu.
Seorang pegawai perunding dari Kanada bernama
R.K. McKenzie (1962-1963) memainkan peranan
penting melatih kakitangan dalam bidang
bimbingan kerjaya.
1969 buat pertama kali kursus bimbingan
diadakan untuk guru-guru memberi pendedahan
tentang konsep bimbingan dan kerjaya.
1979 Laporan Kabinet menekankan bahawa
perkhidmatan bimbingan harus lebih luas iaitu
memasukkan bimbingan & kaunseling untuk
perkembangan diri pelajar.
Kursus2 jangka pendek dan panjang telah
diadakan dalam dan luar negara.
Universiti tempatan juga melatih guru-guru
dalam bidang B&K peringkat sijil, diploma dan
sarjana muda sejak 1980 di MPIK, UKM dan
UPM.
Namun konsep PRS/Kaunselor Sebaya tidak
termasuk dalam kurikulum latihan.
Program PRS mula diperkenalkan secara tidak
formal dalam tahun 1986 di IAB.
Program ini mendapat sokongan dari Pengarah
Bahagian Sekolah KPM iaitu Dato Jumaat Dato
Mohd Nor serta pegawai unit B&K seperti Tuan
Haji Ab Latif Ali, En Tohir Hashim dan En
Kamaruzzaman Jamal.
Seminar-Bengkel PRS peringkat kebangsaan
diadakan pada 19 21 Jan 1987 di IAB.
1984 KPM menerbitkan buku Panduan
Pelaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling
di Sekolah.
Dikemaskini pada 1993. Aspek disentuh dalam
buku ini ialah fungsi dan peranan Kaunselor
Sebaya.
Kursus kejurulatihan selama 3 bulan bertajuk
Pengurusan dan Latihan Program PRS
diadakan di IAB (7 Dis 1998 31 Mac 1989).
34 org guru dilatih.
Seminar Status dan Hala Tuju Program PRS
diadakan pada 16 19 Dis 1990 untuk
mengesan pelaksanaan program di peringkat
negeri dan daerah.
Awal 1991 data menunjukkan dari 34 org
jurulatih, yang tinggal dan berfungsi hanya 18
org sahaja.
Untuk isi kekurangan ini Kursus jurulatih
diadakan di IAB pada 25 Feb 1 Jun 1991.
Seramai 41 org guru menyertainya.
11 Mei 18 Julai 1992 38 org peserta
mengikuti latihan termasuk Ketua Penolong
Pengarah HEM.
Latihan terakhir telah diadakan pada 11 April
5 Mei 1993.
Sussman (1973) Kaunseling kelompok sebaya ialah
satu proses pelajar yang terlatih dan diselia memberi
khidmat dengan mendengar, menyokong,
mengemukakan alternatif dan lain-lain interaksi secara
lisan dan bukan lisan tetapi tidak memberi nasihat kpd
pelajar atau rakan yg merujuk diri sdn.
Bowman (1981) Fasilitator pelajar sebagai seorang
individu atau pelajar sekolah yang menggunakan
konsep dan kemahiran menolong dan idea dan
perasaan untuk menjelajah alternatif kepada situasi
dan membuat keputusan yg bertjawab. Nama ini
digunakan sama erti dengan nama-mana lain seperti
fasilitator sebaya dan kaunselor sebaya.
Zuraidah (1988) PRS sebagai pelajar yg
dilatih dalam kemahiran komunikasi dan
kemahiran asas kaunseling. Mrk berfungsi
sebagai rakan yang berkesan, terutama kepada
rakan yg memerlukan pertolongan. Mereka
tidak memberi nasihat atau menyelesaikan
masalah tetapi mereka menjadi pendengar yg
empati, berminat, mengambil berat dan rela
memberi pertolongan dalam sistem sekolah.
***Definisi di atas mempunyai persamaan
bahawa PRS bukanlah penyelesai masalah atau
pembuat keputusan utk org lain.
Pengaruh org dewasa berkurangan apabila remaja
membesar dan pengaruh rakan sebaya memainkan
peranan penting dalam hidup mereka.
Remaja berasa selesa berbincang dengan rakan sebaya
dan tidak begitu rela untuk berbincang dengan
ibubapa mereka atau dewasa lain.
Remaja lebih banyak berbincang tentang kebimbangan
peribadi dengan rakan sebaya dan lebih rela menerima
pertolongan drp mereka.
Remaja banyak memberi pertolongan secara langsung
dan mereka mempunyai keupayaan berbuat demikian.
Pelajar remaja yg dipilih boleh dilatih untuk memberi
pertolongan yg positif dan lebih berkesan kpd rakan
mereka.
Oleh sebab falsafah asas program ini ialah
untuk PRS membantu diri sendiri, fokus awal
kepada latihan mereka ialah dalam aspek
perkembangan diri.
Mereka dilatih
1. Menjelajah potensi.
2. Nilai diri.
3. Mengenalpasti kekurangan dan kelebihan diri.
4. Membina keyakinan diri.
5. Berusaha memperbaiki diri.
6. Komunikasi.
7. Asas kaunseling.
Membina keyakinan diri pelajar dan
menggalakkan mereka mempraktikkan nilai yg
sihat berasaskan kpd kepercayaan kepada Tuhan.
Membina budaya kasih mesra dan saling
membantu di kalangan pelajar dan menimbulkan
suasana pembelajaran yg lebih menggalakkan di
sekolah.
Membantu mengurangkan masalah disiplin di
sekolah seperti masalah ponteng, melanggar
peraturan, merosakkan harta sekolah dan
meningkatkan tingkahlaku yg menggalakkan
pembelajaran.
Melicinkan proses peralihan dari alam kanak-
kanak kepada dewasa dan menyumbang
secara produktif sebagai rakyat yang
bertanggungjawab yg hidup dlm mysrk
berbilang budaya dan bangsa.
1. Membina satu lagi sumber sokongan bagi
pelajar mendapatkan bantuan dalam
perkhidmatan B&K.
2. Membentuk kumpulan PRS yg terlatih yang
boleh menjadi pendengar yg baik dan
berkeupayaan untuk membantu rakan.
3. Membolehkan pelajar terpilih berinteraksi
dengan berkesan dgn rakan sebaya mereka
melalui latihan perkembangan diri dan
kemahiran memberi pertolongan.
4. Menyediakan sekolah satu lagi pendekatan
membantu pelajar dan menyekat masalah
disiplin dari meruncing melalui pengaruh
rakan sebaya yg positif.
5. Membantu guru B&K memperluaskan khidmat
melalui projek membantu yg dijalankan oleh
PRS.
Siapa PRS
1. Satu kumpulan pelajar yg pencapaian
akademiknya tinggi, berminat menjadi PRS,
bersikap ramah mesra, mempunyai personaliti yg
disenangi, beremosi stabil dan menunjukkan sifat
kepimpinan.
Walaubagaimanapun dlm beberapa kes, pelajar
yg rendah pencapaian akademiknya atau
mempunyai imej kendiri yg rendah telah
membuktikan bahawa mereka boleh menjadi PRS
yg baik. Kualiti yg paling penting ialah mereka
menunjukkan motivasi diri yg tinggi (Bowman
1981).
2. Satu kumpulan pelajar daripada berbagai-bagai
latar belakang sosial, intelektual, peringkat
umur dan kebolehan yg berminat menjadi PRS.
3. Satu kumpulan pelajar yg dianggap memberi
masalah disiplin di sekolah atau rumah tetapi
mempunyai sifat kepimpinan dalam kumpulan
mereka secara tidak formal.
1. Pemilihan melalui permohonan.
2. Melalui pilihan Rakan Sebaya.
3. Melalui pemilihan Pengetua/Penolong kanan dan
Guru-guru.
4. Melalui pilihan guru B&K/Guru
bertanggungjawab bagi program ini.
5. Melatih AJK Unit B&K.
6. Pemilihan oleh PRS berpengalaman.
7. Pemilihan dari kalangan pelajar
bermasalah/berisiko.
8. Pemilihan secara objektif.

Вам также может понравиться