Вы находитесь на странице: 1из 12

PEMBELAJARAN

MATEMATIK ABAD KE-21


MODEL PEMBELAJARAN ABAD KE-21
STANDARD KEMAHIRAN ABAD KE-21
• Sila tonton video berikut :

• VIDEO 1

• Sila catatkan perkara-perkara yang penting dalam


pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
• Sila gunakan i-tool dan kemudian bentangkan
CIRI-CIRI MODEL ‘4C’
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS
(CRITICAL THINKING)
• Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka
dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk
cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisis
semula ia secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut dan
aspek.

• membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dengan


berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Pelajar perlu
mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif
apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di samping
membantu pelajar membuat banding beza, mengkategori,
menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.

• Seseorang pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa


menilainya terlebih dahulu. Pelajar perlu dilatih untuk menapis dan
menilai kebenaran sesuatu perkara/maklumat yang diperolehi.

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF
(CREATIVE THINKING)
• Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan
minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai, dan bernilai dan pada masa yang
sama mampu mengolah dan mengembangkan
sesuatu idea serta menjana dan menghasilkan
idea, membuat hipotesis, mensintesis dan
membuat hubung kait.

• Komponen pemikiran kreatif juga termasuk


kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan
inovatif dalam menyelesaikan masalah.
KOLABORASI (COLLABORATION)

• Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama


oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan
untuk mencapai hasil sesuatu matlamat yang diinginkan dan
sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang
terlibat.
• Kolaborasi merupakan satu bentuk kerjasama yang
melibatkan dua atau sekelompok individu dalam
melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu
permasalahan.
• Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat
juang dan keterampilan diri yang unggul, serta mampu untuk
berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
• Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah
kendiri dengan cara setiap pelajar belajar mengikut aras
kebolehan masing-masing.
KOMUNIKASI (COMMUNICATION)

• Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses


penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi
antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi
yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah
dan efektif
• pelajar harus mempunyai literasi terhadap maklumat dan
media atau lebih mudah lagi disebut celik IT.
• Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi
yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur
lebar, maka ini mendorong kepada pengukuhan kemahiran
berkomunikasi yang lebih berkesan.
• Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar
abad ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas
dalam dunia tanpa sempadan serta membuat pertukaran
pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.
PERWATAKAN (CHARACTER)

• Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan


perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan
moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah
perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki
oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan
sahsiah peribadi.
PEDAGOGI UNTUK PEMBELAJARAN 4C

• PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI KOMUNIKASI


• PEMBELAJARAN KOPERATIF
• PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI PENYELESAIAN
MASALAH
• PENYELESAIAN MASALAH BERSTRUKTUR
• PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
• MATEMATIK DI LUAR BILIK DARJAH
• PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI PERMAINAN
• PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI
KESUSASTERAAN
TUTORIAL

• Rancang aktiviti yang melibatkan pedagogi 4C di


atas Topik SUKATAN (set induksi)