Вы находитесь на странице: 1из 13

BENGKEL PEMBELAJARAN

Secara Individu, Berpasangan dan


Berkumpulan
Pengenalan
• Pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa merupakan salah satu perkara penting yang
perlu diberi perhatian oleh setiap orang guru.
• Pengelolaan pengajaran bahasa ini boleh dilakukan
secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Pembelajaran Secara Individu
• Cara pembelajaran yang menumpukan perhatian
terus kepada seseorang murid tertentu dengan
bahan-bahan yang dikhaskan.
• Pengajaran ini sesuai kerana setiap murid
berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan,
daya cipta dan kebolehan lain.
• kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar
sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah
individu perlu.
• belajar untuk mengembangkan kebolehan individu.

• guru harus mengenal potensi murid-murid mereka,


mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang
dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan
kebolehan individu.
Pembelajaran Secara Individu
• Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan
supaya murid boleh belajar mengikut kemampuan.
• Guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi
kepada murid berkenaan dan cuba membantu untuk
menyelesaikan masalah berkenaan.
• Aktiviti pengajaran hendaklah terancang atau
pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.
Pembelajaran Secara Berpasangan
• Satu strategi yang melibatkan dua orang murid
merancang pengajaran dan pembelajaran,
memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi
maklum balas tentang persediaan dan penyampaian.
• Dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan
pasangan secara formal.
Pembelajaran Secara Berpasangan
• Berfikir dan berbincang mengenai teknik
pembelajaran dan pengajaran.
• Pembelajaran berpasangan ini juga dapat
mencetuskan inovasi dan meningkatkan kreativiti
murid berkenaan.
• Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan
mendengar dan bertutur.

• Tidak banyak menimbulkan masalah jika


dibandingkan aktiviti secara berkumpulan.

• Pergerakan guru lebih mudah – dari satu pasangan


ke satu pasangan yang lain.
Pembelajaran Secara Berkumpulan
• Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk
dalam kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang satu
kumpulan.
• Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran
melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat
menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar
pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan
mereka.
Pembelajaran Secara Berkumpulan
• Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam
proses P&P.
• Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama
lain dengan berkesan.
• Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka
sebagai individu yang setaraf.
• Ada dua kumpulan akan dibentuk, iaitu mengikut
kebolehan dan mengikut pelbagai kebolehan murid.
Kumpulan Mengikut Kebolehan
• Murid-murid lebih kurang sama tahap kebolehan.
• Pengumpulan murid-murid ini mengikut kebolehan
biasa digunakan dalam P&P kemahiran asas seperti
lisan, membaca dan menulis.
Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan

• Kumpulan ini dibuat setelah murid-murid dapat


menguasai kemahiran asas.
• Murid-murid yang cerdas diminta dapat membantu
murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi
dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-
aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan,
simulasi dan sebagainya.
• Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan
dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.
• http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/kaedah-
dan-teknik-pengajaran.html

Вам также может понравиться