Вы находитесь на странице: 1из 50

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA
GXEX1414/GIG1001
PENGAJIAN KETAMADUNAN DAN SEJARAH
TAMADUN

 Pengajian ketamadunan
- teori, konsep-konsep asas, sejarah tamadun, ciri
serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal
dan abstrak.
- tidaklah begitu terikat kepada batasan zaman.
 Sejarah tamadun

- pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun


dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan
kemundurannya.
- dibatasi oleh faktor masa.
KONSEP TAMADUN
TAKRIF TAMADUN
 Tamadun- menggambarkan kemajuan taraf pencapaian
kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat
khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

 Tamadun berasal dari perkataan maddana (membuka


bandar dan memperhalus budi pekerti)

 Maddana dan madani berasal daripada perkataan Deen-


kehidupan beragama

 Tamadun menekankan 2 perkara :


1) Kehalusan budi pekerti
2) Pembangunan perbandaran
 Pelopor dlm bidang pengajian tamadun ialah Ibn
Khaldun diikuti Jurji Zaydan, Farid Wajdi,
Muhammad Abduh dll.

 Ibn Khaldun menggunakan istilah `umran hadhari


& `umran badawi bagi menjelaskan tahap
pencapaian masyarakat.

 Ibnu Khaldun mengemukakan teori jaringan


sosialnya melalui pembahagian peranan berasaskan
kebolehan, bakat & keperluan anggota masyarakat;
al-ta’awun (division of labour).

 Dua istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu


ialah tamadun dan peradaban yang berasal
daripada bahasa Arab.
 B. Inggeris menggunakan perkataan civilization berasal
dari bahasa latin - civitas ; bandar atau kota,
menekankan penggabungan antara ketinggian budaya
dengan kemajuan kebendaan.

 Menurut tradisi Barat, istilah civilization


menggambarkan tahap masyarakat yang kompleks dan
ditandai dengan pencapaian ilmu dan teknologi, aktiviti
perekonomian, penyusunan struktur politik dan
kemasyarakatan dan penempatan di kawasan
perbandaran.

 Civilization juga merujuk makna budaya (culture),


masyarakat (society). Antaranya ialah tulisan E.B
Taylor di dalam Primitive Culture.
CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
 Wujud sistem kepercayaan dan agama
 Wujudnya penempatan
 Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik dan
kehidupan yang stabil
 Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur
 Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa
 Perundangan , sistem nilai dan moral yang berwibawa
 Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam
bidang sains dan teknologi
 Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam
menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai
estetika yang tersendiri
WUJUD SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA
 Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran
agama dan amalan rohani mendorong manusia
menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan
suci yang mendorong kepada kehidupan
bertamadun.
 Masyarakat yang menghayati kehidupan
beragama akan berusaha untuk membangunkan
kehidupan mereka menuju kepada
kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya
melahirkan ketinggian budaya.
WUJUD PENEMPATAN
 Kewujudan penempatan masyarakat manusia di
sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang
disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan
atau madinah.
 Lembah Indus, Lembah Yang Tze dan Lembah
Nil.
PENINGKATAN KUALITI KEHIDUPAN YG LEBIH
BAIK & KEHIDUPAN YANG STABIL

Pengetahuan dan kualiti misalnya ilmu


perubatan dan kesihatan yang lebih baik
menjamin jangka hayat dan penghidupan yang
lebih stabil dan panjang.
 Golongan yang lebih berpengalaman dalam
hidup juga adalah golongan yang pakar dalam
bidang tertentu seterusnya berpeluang
mewariskan ilmu pengetahuan kepada generasi
kemudian.
KEMUNCULAN SATU BAHASA ATAU BEBERAPA
BAHASA
 Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa
yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang
tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi,
perakaman, penyampaian dan pewarisan
khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
 Misalnya, dalam Tamadun Melayu bahasa
Melayu berasal dari Sumatera Selatan di sekitar
Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa
Melayu Kuno ialah batu bersurat bertarikh 682
Masihi.
 Pada zaman empayar Srivijaya, bahasa Melayu
mencapai taraf lingua franca (kurun ke-7 hingga
14M).
 Sistem tulisan dalam Tamadun Melayu bermula
dari tulisan Rencong dan Pallava yang hanya
dikuasai oleh segelintir sahaja, kemudiannya
kedatangan Islam membawa tulisan Jawi dan
digunakan dalam semua peringkat masyarakat.
KEWUJUDAN SISTEM ORGANISASI DAN
INSTITUSI SOSIAL

 Politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan


sempurna dan teratur.
 Setiap daripada mereka yang mahir dalam
bidang-bidang tertentu akan mengurustadbir
organisasi dan institusi untuk tujuan kebaikan
rakyat umum.
 Memikirkan kaedah dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh rakyat bagi menjamin
keselamatan dan keselesaan hidup.
PERUNDANGAN , SISTEM NILAI & MORAL YG
BERWIBAWA

 Dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan


tindak tanduk masyarakat dalam segala
kegiatan hidup.
 Misalnya Kod Hammurabi daripada Babylon.
KELAHIRAN DAN PENINGKATAN DAYA
REKA CIPTA

 Dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi


menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
 Misalnya, dalam tamadun India iaitu bidang
Perubatan.
 Bermula pd zaman Vedik sbg seni ilmu sihir.

 Fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui


amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi
dan sebagainya wujud sebelum masehi.
 Teks perubatan- Caraka (kurun pertama hingga
ke-2) dan Susruta (kurun ke-4).
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN DAYA
KREATIVITI

 Falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai


estetika tersendiri.
 Misalnya dalam tamadun Greek.

Ahli falsafah dipanggil ‘sophist’/sofis(orang bijak


pandai). Mereka mengembara dari kota ke kota
mengajar falsafah, matematik, bahasa dan
astronomi kepada murid yang sanggup membayar.
Ahli-ahli sofis ini menggerakkan orang bijak pada
zamannya dan mengkaji masalah-masalah hidup
dengan lebih rasional.
KEPERCAYAAN, AGAMA & TAMADUN
 Kepercayaan & agama merupakan aspek penting dlm
pembangunan tamadun kerana ia merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia.
 Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan
agama, ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia
sebagai penggerak tamadun yang luhur.
 Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi
merupakan perkara penting dalam kehidupan
bertamadun.
 Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait
rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan.
 Hampir semua kelahiran tamadun di dunia dirangsang
oleh agama ; dibuktikan dgn penemuan monumen/ artifak
silam yg berkaitan dgn agama.
 Bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat
oleh agama sebagaimana tamadun Barat
kontemporari yang lebih cenderung memisahkan
nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan.
 Terdapat beberapa tamadun yang terdiri
daripada pelbagai agama yang berbeza seperti
mana tamadun Islam dan India.
 Berasaskan pandangan sarjana umum, terdapat
sekurang-kurangnya dua aliran agama di dalam
tamadun :

 1) yang berpendapat agama mempunyai


pengaruh dan peranan yang besar terhadap
tamadun
 2) mereka yang sangsi terhadap peranan agama
pada satu pihak yang lain.
 Arnold Toynbee – in the course of its evolution, a
civilisational produced, among other things, a
universal state and higher form of religion.
 Thomas Berry – tamadun-tamadun timur seperti
China dan India tidak dapat difahami
sepenuhnya kecuali merujuk kepada agama-
agama besar Asia.
 Edward Sullivan - Muslim civilization was the
product of Muslim religion.
 Muhammad Abduh – semua tamadun
(madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama.
 Ali Shariati – peranan Islam sebagai faktor
utama dalam tamadun Islam.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
 Masyarakat manusia dicirikan sebagai masyarakat
yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji.

 Budaya - tatacara masyarakat bertindak ke atas


persekitarannya dalam menguruskan kehidupan
bermasyarakat.

 Berbudaya tinggi dan terpuji - kehalusan budi dan


kesempurnaan moral yang diamalkan dalam
kehidupan.
Tamadun berbeza dengan budaya :

1) Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama


berbanding dgn budaya. Cth : budaya berpakaian dan
makanan masyarakat Jepun telah berubah. Tamadun
yang masih berkekalan. Cth : kesetiaan masyarakat
Jepun kepada maharaja Jepun.

2) Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan


budaya biasanya dikaitkan dengan negara atau
wilayah tertentu . Cth : Pakaian Islam Melayu dan
Arab adalah berbeza.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
 Bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah,
tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.
 Tamadun bersifat universal merentasi sempadan
geografi yang secara langsung melampaui batasan
bangsa dan kebangsaan.
 Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai
kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan
kebangsaan.
 Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih
daripada satu bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika
Utara.
 Tamadun Islam bangun dan berkembang dengan
pelbagai budaya dan bangsa.
 Imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan
oleh bangsa yang menerajui tamadun.
 Contoh- Tamadun Islam yang berkembang di
Alam Melayu yang memperlihatkan imej dan
citra kemelayuannya, pada masa yang sama
meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan
landasannya.
KELAHIRAN & PERKEMBANGAN
TAMADUN
 Proses perubahan sesebuah masyarakat daripada
taraf tamadun yang rendah kepada tinggi boleh
berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.
 Secara amnya antara antara faktor-faktor yang
mendorong kemunculan-kemunculan tamadun:

 Kedudukan yang strategik- membantu


membangunkan sesebuah penempatan dan
membolehkan penduduk memperoleh sumber-sumber
semulajadi untuk kelangsungan hidup.
 Contoh – tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang
Tze, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra,
tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates,
tamadun Mesir di Lembah Nil, Melaka di pesisir Selat
Melaka.

 Rangsangan keagamaan dan kerohanian – mendorong


manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang
tulus dan suci, membawa kepada kehidupan bertamadun.
Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama
berusaha memastikan mencapai kesempurnaan
kemanusiaan agar dapat melahirkan ketinggian budaya
hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun.
 Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai –
pemimpin dan masyarakat yang menghayati nilai moral
yang tinggi dan terpuji menggalakkan kecintaan kepada
ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti,
ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan
sebagainya.
Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin menggalakkan
kepimpinan berhemat, bertanggungjawab dan jujur.
Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua
tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam
tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Zi dalam tamadun
China, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-
Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam
tamadun Islam.
 Peningkatan kemahiran dan penghasilan
teknologi – kesengsaraan hidup mendorong ahli
bekerjasama. Menjadikan masyarakat lebih
berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan
kehidupan.

 Persaingan /Interaksi dengan tamadun lain-


Kepelbagaian tamadun menuntut keterbukaan
untuk menerima sumber-sumber yang baik
daripada tamadun-tamadun lain.
KEMEROSOTAN TAMADUN
 Jurang sosial – wujud jurang perbezaan yang
begitu ketara antara kaya dan miskin.
Contohnya pada penghujung tamadun Romawi
pada kurun ke-3 dan 4M.

 Kezaliman – berleluasa penindasan dan


kezaliman sehingga hak-hak kemanusiaan
diketepikan. Sistem ketatanegaraan dan
perundangan tidak dihormati malah dicabuli.
Contohnya, wilayah-wilayah kolonial daripada
tamadun Barat telah tumbang disebabkan
penindasan dan kezaliman.
 Keruntuhan moral – dalam kalangan
pemimpin yang menandakan musnahnya
penghayatan terhadap budi pekerti yang murni
dan mulia. Contoh tamadun Yunani, Romawi
dan Islam.

 Sikap tertutup atau jumud –tidak mahu


menerima perubahan terutamanya dari segi
perubahan teknologi atau struktur politik,
ekonomi dan sosial. Sikap sebegini merencatkan
daya kreativiti dan inovasi.
 Bencana alam – berlakunya malapetaka atau
bencana alam yang menyebabkan kerosakan
secara besar-besaran. Faktor ini di luar kawalan
manusia untuk menghalangnya. Ia mungkin
berlaku kerana tindakan manusia yang
merosakkan alam sekitar.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA
TAMADUN
 Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara satu tamadun
dengan tamadun lain boleh dilihat dri sudut kepercayaan
sumber ilmu dan nilai serta etika. Persoalan teologi dilihat
menimbulkan percanggahan pendapat antara tamadun.
Persoalan etika kurang menimbulkan kontroversi.
 Dialog tamadun boleh berlangsung dalam harmoni
sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika.
 Alam sekitar – hidup secara harmoni dengan
alam sekitar. Berdasarkan ajaran sesetengah
agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah
Tuhan. Manusia pula bertanggungjawab
menjaganya. Dalam tamadun tertentu, alam
sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam
sekitar disembah.
 Keluarga – menghayati prinsip keluarga
sebagai asas pembentukan masyarakat.
Keluarga besar. Tanggungjawab dalam keluarga
perlu ditunaikan dalam lingkungan kasih sayang
dan hormat menghormati.
 Masyarakat @ komuniti – kehidupan masyarakat sangat
penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti
dan identiti seseorang. Masyarakat memastikan nilai-nilai
dan norma-norma murni sentiasa dihormati. Masyarakat
memberi sokongan moral, material dan psikologikal. Nilai-
nilai moral bersumberkan agama atau kepercayaan.
Identiti seseorang dan kemantapan masyarakat mencapai
keseimbangan.

 Kerajaan – menekankan persoalan moral atau akhlak


sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan
tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan
tanggungjawab seorang pemerintah. Sifat-sifat pemerintah
yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-
tamadun silam.
 Ekonomi – Dalam ajaran Buddhisme, wujud
konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang
termaktub dalam salah satu daripada Lapan
Jalan Mulia.
Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan
dengan halal dan haram mempunyai hubungan
rapat dengan persoalan akhlak. Kegiatan ekonomi
boleh mempertingkatkan tahap moral.
 Pendidikan –membina sifat-sifat mulia.
Dimensi rohani diberi penekanan dalam konsep
pendidikan Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain.
Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya
dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran
luaran.
Dalam ajaran Islam, tauhid memainkan peranan
penting dalam transformasi manusia.
Ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu,
transformasi dapat dicapai melalui proses
mengenal diri sendiri seperti Ashramadharma.
 Kesihatan & kesejahteraan – pandangan dan
pendekatan holistik iaitu kesihatan seseorang
dipengaruhi oleh alam sekitar yang lebih luas,
menyeluruh dan saling berhubung. Mengubati
penyakit ialah memulihkan keseimbangan dan
pulih keharmonian dalam tubuh badan.
 Jelaslah, bahawa teras kepada konsep-konsep
kehidupan dan pencapaian matlamat hidup
dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai
beberapa ciri persamaan.
 Namun begitu dalam persoalan tertentu
terutamanya teologi wujud perbezaan yang
harus difahami. Memahami perbezaan dan
persamaan seharusnya mendorong untuk
bersikap lebih terbuka ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat.
 Kesimpulannya, mengetahui persoalan-
persoalan dasar berkaitan dengan ilmu
ketamadunan membuka ruang kepada seluruh
manusia untuk berinteraksi secara positif ke
arah kehidupan yang lebih saksama.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
 Di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan.
 Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan
oleh semangat toleransi yang tinggi serta saling
menghormati.
 Keterbukaan memungkinkan berlaku percambahan
pemikiran dan budaya, mengelak kebekuan atau
kejumudan.
 Tamadun perlu sentiasa berinteraksi dan berhubung
dengan tamadun lain untuk menjamin perkembangan dan
kemajuannya demi kelangsungan tamadun manusia itu
sendiri kerana sifat sebenar sesebuah tamadun adalah
dinamik.
Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
Hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum.
Contohnya orang Melayu yang terdiri dari pelbagai
kaum iaitu Jawa, Banjar, Bugis, Mandailing yang
pasti mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat
resam keturunannya.
Orang Cina mempunyai pelbagai suku kaum seperti
Hakka, Kantonis, Hainan, Techew dan sebagainya.
Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan
sebagainya.
 Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang
berbeza –kaum yang berlainan budaya dan
kepercayaan agama saling berinteraksi.
Interaksi antara masyarakat Islam dan Buddha
di Asia Tenggara, konteks sosial- masyarakat
Islam berinteraksi dengan masyarakat Buddha
di Thailand dan Kemboja.
 Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan
yang Lemah – interaksi antara Islam dengan
Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat
kelahiran Islam di Semenanjung Arab yang
memperlihatkan bagaimana interaksi antara
peradaban yang kuat dengan yang lemah.
Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kaum-kaum
lain dilindung dengan Piagam Madinah. Tempat-
tempat ibadat diberi perlindungan, bebas
mengamalkan agama selagi mereka tidak
mengganggu atau menceroboh agama Islam.
Zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman
Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian
hidup harmoni dan damai di tengah masyarakat
Islam.
Contoh Interaksi dalam Sejarah – saling
hubungan dan interaksi antara Islam dengan
Konfusianisme telah bermula sejak kurun ke-
7M. Berlaku dalam bentuk perdagangan,
bermastautin, perkahwinan dan melalui proses
interaksi dengan masyarakat tempatan di China.
Dalam dinasti Tang, Sung dan Ming beberapa
tokoh Islam memberi sumbangan kepada
pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma
Zhu, bidang astronomi, seni bina dan peralatan
ketenteraan.
DIALOG ANTARA
TAMADUN/PERADABAN

Menjadikan dialog sebagai mekanisme perpaduan yang berkesan


memerlukan pendedahan ilmiah untuk membolehkan
penilaian tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.
Melalui dialog boleh membincangkan perkara-perkara yang
boleh atau perlu disepakati.
Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan
melalui pendirian atau pendekatan yang mengaku salah atau
menepis tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan
fakta sejarah dan realiti kehidupan.
Melalui dialog boleh memanfaatkan keadaan di mana nilai
tamadun-tamadun yang diwarisi banyak mempunyai
persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia
dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii dan keperluan
hidup berharmoni dengannya.
PEMBUDAYAAN DIALOG DI MALAYSIA

 Dialog dalam kehidupan seharian berlaku


melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan
hidup bersama-sama dalam konteks pekerjaan,
sekolah, penggunaan hospital, pengangkutan
awam dan lain-lain.
Prinsip-prinsip Dialog
Bagi memastikan dialog yang berkesan, yang
menjurus kepada perpaduan dan berasaskan
kefahaman yang jelas, adalah baik sekiranya
beberapa prinsip membimbing diambil kira dan
difahami
1) Menyedari & memahami tujuan utama dialog
– untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu ,
dan sesudah itu melalui atau mengalami
perubahan ke arah kebaikan.

1) Merupakan dialog yg bermanfaat kpd pihak-


pihak yg berdialog dan boleh berlaku secara
intra dan inter tamadun.
2) Dialog perlu dijalankan dgn penuh ikhlas
4) Mestilah boleh atau berupaya menjelaskan
pandangan yg menjadi pegangan dgn jelas
5) Peserta dialog mestilah cuba memahami
persepsi & pengalaman rakan dialog
6) Mestilah berhemah semasa memberikan
pandangan terhadap tamadun orang lain.
7) Mestilah tidak mempunyai prejudis.
 Dialog sebagai pertemuan antara hati dan fikiran,
pengalaman bagi kedua pihak, bukan suatu debat yang
menentukan kalah atau menang.

 Berdialog perlulah menghormati agama dan cara beramal


pihak-pihak yang terlibat termasuk asas kepercayaan.
Penekanan terhadap dimensi sosial seperti isu
kesaksamaan, kekeluargaan dan lain-lain.

 Etika dan adab berdialog menganjurkan sikap bersetuju


untuk tidak bersetuju, menghormati perbezaan,
menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk
menerima suatu pandangan, keikhlasan, simpati, empati
dan kesabaran.
Halangan kepada Dialog
- Bagi memastikan dialog berlangsung secara berhemah,
penting untuk memahami halangan-halangan kepada
dialog:

1) Bertukar agama – beranggapan bahawa dialog boleh


mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.
2) Rasa rendah diri – perasaan rendah diri dan tidak
bersedia untuk berdialog.
3) Sindiran sosial – perasaan tidak senang apabila di
kalangan penganut yang sama akan ada pihak-pihak
yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu
terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-baik dengan
penganut agama atau tamadun lain
4) Syak wasangka – sering wujud rasa curiga terhadap
para penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog
diadakan.
 Halangan-halangan ini akan dapat diatasi
sekiranya etika berdialog diamalkan iaitu
dengan setiap agama dan tamadun dihormati
dan ciri-ciri serta prinsip-prinsip agama atau
peradaban tersebut tidak dijadikan bahan untuk
dikompromikan.
KESIMPULAN

 Kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia perlu bersatu di


atas nilai-nilai sejagat serta bersikap patriotik

 Perlukan pendedahan & saling meyelami latar belakang


tamadun & budaya yg berlainan

 Ilmu ketamadunan penting utk membantu ke arah


pencapaian matlamat masyarakat yg berperadaban

 Di peringkat a/bangsa, dialog antara peradaban menjadi


semakin penting slps pelbagai peristiwa bersejarah

Вам также может понравиться