Вы находитесь на странице: 1из 34

DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam

Bab 3 : Cabaran Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam

Disediakan Kepada: Ustaz


Farid
DISEDIAKAN OLEH NOMBOR PENDAFTARAN
NURUL ASYKIN BINTI ZARINAL BAHRIN 03DPR15F2028
NURUL ASYIQIN BINTI HASSAN 03DPR15F2046
NUR SHAFIKAH BINTI ROHIM 03DPR15F2065
HASME AZURA BINTI HASHIM 03DPR15F2007
AMALIA FATINI BINTI NORAZAM 03DPR15F1998
ZURAZEMAN BIN ZULKAFLI 03DPR15F2022
Konsep persaudaraan
Persaudaraan (ukhuwah) merupakan asas
kepada umat manusia dalam sesebuah
masyarakat yang harmoni. Hati budi
seseorang itu bukan bergantung kepada
bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat
atau hartanya, tetapi diukur berasaskan
ketinggian budi pekerti yang terpuji.
Konsep persaudaraan boleh ditakrifkan
berdasarkan kepada dua bahagian

1) Dari segi bahasa


 Perkataan persaudaraan adalah terjemahan
daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang
berasal dari akar kata Akhun yang membawa
erti sebagai sahabat, teman, saudara dan
sebagainya.

2) Dari segi istilah


 Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran, persaudaraaan
diertikan sebagai perasaan kasih sayang,
tolong-menolong, bantu membantu, bertolak-
ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara
sesama umat Islam tanpa berkecuali.
 Dari kacamata al-Hadith Rasulullah SAW pula,
persaudaraan diertikan lebih kurang sama
sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di
dalam al-Quran. Di mana Rasulullah SAW
menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya
merupakan tubuh badan, darah daging dan roh
umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga
baginda mentamthil ibaratkan perasaan
persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu
tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu
mengalami kecederaan atau terkena sakit,
penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama
oleh seluruh anggota badan. Sehingga seluruh
anggota turut sama berjaga malam untuk sama-
sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah
satu daripada anggota yang sakit itu tadi.
 Dari kacamata ulamak Islam pula,
mengatakan bahawa konsep persaudaraan
ialah dalam bentuk umum. Iaitu
persaudaraan tanpa mengira aqidah,
bangsa, keturunan, warna, kulit dan
sebagainya. Malah asal dinamakan manusia
maka perasaan persaudaraan itu wajib
dijalin. Golongan kedua menekankan
tentang ketunggalan asal usul manusia
yang berasal daripada daripada Adam AS itu
bersaudara dan menjadi tanggungjawab
mereka untuk mengeratkan persaudaraan
dan kemakmuran manusia sejagat.
 Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara
iaitu kelahiran, susuan dan akidah:-
 Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk
orang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara
kandung. Persaudaraan juga menerusi
perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yg
disebut sbg keluarga tiri.
 Saudara juga terjadi menerusi penyusuan
yang dikenali sbg saudara susuan.
 Persaudaraan menerusi akidah ialah
persaudaraan atas perkongsian akidah.
Hubungan sebegini disebut sebagai “saudara
seagama’’ atau “saudara di sisi Tuhan’’
 Persaudaraan sebegini merupakan
persaudaraan menurut konteks keimanan.
 Islam membezakan antara persaudaraan
keimanan dgn persaudaraan darah, selain
meninggikan darjat persaudaraan
keimanan.
 Ketinggian darjat yg dianugerahkan itu
disebabkan oleh persaudaraan yg
terbentuk drp uunsur-unsur rohaniah yg
keakrabannya sukar ditandingi oleh
persaudaraan darah.
 Contoh persaudaraan akidah ialah
tindakan Rasulullah SAW
mempersaudarakan kaum Muhajirin dan
kaum Ansar.
 Islam menggesa umatnya memperkukuh
hubungan persaudaraan dalam kalangan
umatnya. Beberapa perkara perlu
dilaksanakan sperti yg berikut:

1) Kasih sayang dan benci hanya kerana


Allah SWT
 Persahabatan dan persaudaraan bukanlah
semata-mata untuk tujuan berseronok
ketika berkumpul, malah persaudaraan yg
sebena ialah perhubungan erat antara satu
jiwa dengan jiwa yang lain sehingga dapat
menenangkan dan mendamaikan hati
antara mereka di samping saling berpesan
dan menasihati demi kebaikan dan
kebenaran.
2) Mengutamakan orang lain

 Berlaku dengan keikhlasan dan kerelaan


hati.
 Sikap ini dipandang tinggi kerana
seseorang yg mengutamakan orang lain
akan memberikan haknya dan
kepentingannya demi mencari keredaan
Allah SWT tanpa mengharapkan balasan bg
amalannya.
 Sikap mengutamakan orang lain atau
“itsar” menduduki hierarki tertinggi dlm
peringkat ukhuwah.
 Sikap berlapang dada dengan apa yg
dikecapi atau dilakukan oleh saudara kita
atau sahabat kita dapat menghapuskan
sifat ego, hasad dengki dan sensitif
(mudah tersinggung) tentang masalah
atau perkara kecil.
3) Bekerjasama
 Peristiwa terbaik utk menjelaskan ttg
kerjasama antara umat Islam ialah perang
Uhud. Rasulullah SAW memutuskan supaya
bertahan di kota Madinah. Namun, suara
majoriti tentera ingin bertahan di luar kota
Madinah. Lalu, Rasulullah SAW
melaksanakan keputusan majoriti tersebut
walaupun bertentangan dgn keputusan
baginda.
 kerjasama dlm pasukan amat penting dan
harus bertitik tolak daripada perencanaan yg
rapi, di samping berserah dan bertawakal
kpd Allah SWT.
 Semangat kerjasama berpasukan akan
wujud apabila sifat cinta dalam diri
seseorang Muslim yg mendorongnya utk
memberikan bantuan kpd saudaranya demi
mencari keredaan Alah SWT.

 sabda Nabi SAW yg bermaksud :


“ sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya,
maka Allah akan menunaikan hajatnya ’’

(al- Bukhari, al- Jami’, al- Sahih al- Mukhtasat)


4) Perasaan belas kasihan
 merujuk perasaan sungguh bertimbang rasa
dan hiba terhadap seseorang yang malang.
 Dengan sifat ini gejala penindasan dan
perasaan dendam sesama umat islam dapat
dihindar.
 Rasulullah SAW menyifatkan perasaan belas
kasihan yg ada pada umat islam seperti
tubuh badan. Apabila ada anggotanya yg
sakit, maka seluruh badan akan merasai
kesakitan tersebut.
“ perumpamaan orang-orang beriman dalam
hal saling memantau, mengasihi dan
bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah
satu anggotanya berasa sakit, maka seluruh
tubuh turut merasakannya dgn berjaga dan
berasa demam. ”
(riwayat muslim)
5) Saling menasihati

 Islam ialah agama yang menyeru umatnya


untuk saling menasihati antara satu sama lain.
 kekuatan umat Islam bergantung kepada sejauh
mana umatnya saling berpesan dan ingat-
mengingati tentang perkara-perkara kebaikan.
 Antara adab ketika memberikan nasihat:-
a) Niat yang baik
b) Memberikan nasihat tanpa diminta
c) Memberi nasihat dengan cara yg baik
d) Memberikan nasihat secara umum dalam
urusan agama dan dunia
e) Merahsiakan nasihat; nasihat secara tertutup
 Nasihat merupakan satu tanggungjawab
seorang Muslim terhadap saudara Muslimnya
yang lain.
 Setiap orang Islam wajib memberikan nasihat
dgn penuh keikhlasan dan kejujuran apabila
saudara seislamnya meminta pandangan atau
pendapat.
 Etika dalam memberikan nasihat:-
a) Memberikan nasihat dgn kata-kata yg lembut
b) Memberikan nasihat dgn ikhlas
c) Merahsiakan nasihat pada tempat yg harus
dirahsiakan
d) Melaksanakan nasihat itu terlebih dahulu
sebelum mensihati org lain
e) Bersikap sabar ketika memberikan nasihat
6) Saling bantu sesama Islam

 Tolong-menolong sesama insan dilakukan


dalam keadaan senang atau susah.
 Sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat
apabila berkongsi sama ada perkara yg
gembira mahupun sedih.
 Konsep ini semakin jauh dan tenggelam drp
kehidupan kerana masyarakat pada hari ini
hanya bersama-sama tatkala senang dan
gembira. Hal ini bukan sebahagian drp ajaran
Islam tentang sebuah persaudaraan.
7) Saling bertanggungjawab
 Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan
sifat amanah.
 Amalan-amalan yang mendatangkann
kegembiraan kpd seseorang Muslim ialah
saling membantu dalam melaksanakan
keperluan sesama saudara kerana Allah SWT.
 Memberikan kegembiraan kpd seseorang
Muslim bukanlah berbentuk ucapan, malahan
perlu memahami apa yg diucapkan itu.
Kesimpulan
Di mana sebarang daya usaha untuk
berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra,
hormat-menghormati, bekerjasama, tolong-
menolong dan sebagainya sesama umat
Islam semata-mata kerana beribadat
kepada Allah s.w.t adalah merupakan ikatan
persaudaraan yang sempurna dalam
ertikata yang sebenarnya
Konsep kejiranan
 Hubungan kejiranan mampu mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia
juga boleh membentuk satu jaringan
komuniti yang paling sempurna
 Ajaran Islam yang amat penting bagi
menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.
 Dari segi bahasa, jiran berasal daripada bahasa
Arab yang membawa pengertian orang yang
tinggal bersebelahan atau tetangga

 Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang


tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih
besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan
dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40
buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi
rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith
riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w telah
bersabda yg membawa maksud :
“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”
 Manusia tidak boleh hidup seorang diri atau
mengasingkan diri
 Islam menekankan kepentingan menjalin
hubungan dalam kalangan masyarakat
sekeliling
 Hubungan baik dapat membentuk sifat saling
membantu, bekerjasama, saling menyayangi,
menghormati dan sebagainya.
 Islam menitikberatkan hubungan kejiranan.
Kerana hidup berjiran merupakan salah satu
cara hidup Islam
 Saling menghormati dan sentiasa menjaga
keselamatan diri dan harta benda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

“ dan hendaklah kamu berbuat baik kepada


kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga
yang dekat dan jauh, orang musafir dan
hamba yang kamu milik ”
(surah al-Nisa’ 4:36)
 Agama mengajar dan menuntut supaya
setiap penduduk dalam sesebuah kawasan
perumahan atau kampung mesti mengenali
antara satu sama lain.
 Bersama bertanggujngjawab terhadap
keselamatan penduduk dan jiran tetanga
 Islam tidak suka akan manusia yang hanya
mementingkan diri sendiri dan
mengasingkan diri daripada kehidupan
masyarakat.
 Akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan
bukan Muslim :-
a) Menghormati jiran dan pengamalan mereka
(kehidupan mereka) selagi tidak membawa
mudarat
b) Tidak menyinggung perasaan jiran dan
memelihara keamanan dgn jiran
c) Menjaga rahsia dan memelihara
kepentingan mereka serta tidak berlaku
khianat
d) Membantu dan menolong mereka apabila
berada dalam kesusahan
e) Memberikan layanan baik dan kasih sayang
serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka.
Hak-Hak Jiran
1) Jika ia minta tolong kepadamu, engkau akan
menolong
2) Jika ia minta pinjaman, engkau akan
memberikan pinjaman kpdnya
3) Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan
memberikannya
4) Jika ia sakit engkau akan menziarahinya
5) Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau
ucapkan tahniah kpdnya
6) Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih
bersamanya
7) Jika ia meninggal dunia, engkau turut
menghantar jenazahnya
8) Jangan sekali-kali engkau meninggikan
rumahmu sehingga menyekat angin utk
sampai kerumahnya kecuali dgn izinnya
9) Jangan mengganggu perasaannya
dengan bau masakan kamu, melainkan
engkau akan memberikan sedikit
daripada makanan itu
10) Jika engkau beli buah-buahan berikan
sedikit kepadanya
11) Jika engkau tidak mahu memberikannya
maka hendaklah engkau memasukan
buah-buahan itu ke dalam rumah secara
rahsia supaya tidak kelihatan olehnya
dan janganlah membiarkan anakmu
memakan buah-buahan itu dihadapan
anaknya, kelak anak jiran itu akan
menangis mahukan buah tersebut.
Adab berjiran
1) Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan
melalui usaha kenal-mengenal dan hormat
menghormati antara satu sama lain. Antara
caranya dengan memulakan salam jika
bertemu dengan sesama Muslim atau
ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa
bertoleransi samada yang melibatkan
urusan keagamaan,adat resam, budaya,
cara hidup dan lain-lain lagi
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana
hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak
menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan
dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah
s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan


hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana


tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut
bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak
menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya
ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati
selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.
a. Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri,
mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang
perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk
melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung
sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi
perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Lebih dasyat lagi
apabila terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian
terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya
kepada pihak lain. Hingga terdapat sebuah hadith Rasulullah SAW dalam
riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:

“ Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana


gangguannya”

Betapa rugilah kita menjadi mukmin yang beriman dan taat kepada Allah SWT
dan RasulNya untuk memasuki syurga ganjaran yang paling hebat yang tidak
tergambar oleh fikiran kita, tetapi kita gagal kerana hanya semata-mata
menyakiti hati jiran.
b. Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib memelihara
kepentingan jiran. Sikap ini menandakan
hati yang bersih. Jika kita menjaga
kepentingan mereka umpamanya
memantau rumahnya ketika jiran tetangga
pulang ke kampung halaman semasa
musim perayaan atau cuti panjang daripada
diceroboh oleh pencuri dengan
memaklumkan jiran tersebut lalu terus
melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
polis, kita sebenarnya telah berbuat baik
kepada jiran dengan menjaga kepentingan
mereka.
c. Berbuat baik kepada jiran

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti


dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik
dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah
sama memberikan tahniah dan jika mereka
berduka kerana kematian keluarganya, berilah
takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika
mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika
anda bertemu berilah salam atau sapalah
mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka
kepada pertolongan, mereka hendaklah
dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w.
meletakkan mereka yang menghormati jiran itu
sebagai tanda orang yang beriman
Kesimpulan
kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam
usaha untuk memupuk semangat kejiranan di
antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak
kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah
menghargai keharmonian dan keamanan yang
dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha
dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan
perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara
kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan
memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan
mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia

Вам также может понравиться