Вы находитесь на странице: 1из 12

PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
MAKSUD:
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
dapat dimiliki.

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di


sengkalan.
Rusa masih di hutan, kancah sudah
dijerang.
Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka
merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu,
Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk
berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya
Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam
(membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam
marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi
Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui
berita itu.
Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang
lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan
supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh
demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam
dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat
perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta
dilantik sebagai bentara.
Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati
kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu
Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya,
Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui
kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu
Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara,
dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika
mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat
gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya
sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja.
Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai
iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan
Ekoran pelantikan tersebut.
penduduk Melaka berpecah kepada dua
kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka
Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berdua juga saling
berselisih faham dan tidak bermuafakat. Sultan
Muzaffar sangat sedih dan bercadang mendamaikan
mereka berdua kerana perbalahan antara mereka
boleh memusnahkan kerajaan Melaka.
Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan
isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak
Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan
dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh
Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak
dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut
menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan
sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman
kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang
bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria
Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai,
dan Bendahara Paduka Raja sertaSeri Nara Diraja pula
menjadi penghulu bendahari di Melaka.
Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di
bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka
lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka
Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri
Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara
Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah
menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah
memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk
memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu
telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga
mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan
orang Siam berasa sungguh hairan
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan
tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu
api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah
terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera
Melaka lalu mereka berpatah balik ke Siam dan tidak
jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka
dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka
Babunnya sangat marah. Baginda mengarahkan
anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka
dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat
banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan
Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat
ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya.
Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya
itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di
Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah
darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab
dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.
Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan
Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah
digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah
dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda
sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan
Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan
pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Вам также может понравиться