Вы находитесь на странице: 1из 31

1

Kandungan Slide
1) Hasil pembelajaran
2) Kesultanan Melayu Melaka –
lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik
3) Pembentukan masyarakat majmuk
era kolonialisme Inggeris
4) Kerangka teoritikal
5) Kerangka konseptual
6) Konsep-konsep hubungan etnik
2
Hasil Pembelajaran
1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai
lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara.

2) Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat


pelbagai etnik di negara ini.

1) Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena


sosial dan masalah hubungan etnik negara ini.

3
Pengenalan
 Masyarakat dalam negara yang berlatar belakangkan
pelbagai etnik cenderung untuk mengkategorikan dan
menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain
berdasarkan pemikiran dan pemahaman sendiri selain
terpengaruh oleh pelbagai faktor termasuk melalui
perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri.

 Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat


tentang teori dan definisi tentang budaya, ras, dan etnik
bagi mengelakkan konflik antara etnik.

4
Kesultanan Melayu Melaka –
Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik
 Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat
pertemuan pedagang seluruh dunia.

 Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut


Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka;
mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana
meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur
seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur
Shah.

 Perdagangan - Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut


Melaka berteraskan Islam. Bertujuan menjaga keselamatan
laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan
pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan
yang cekap oleh Laksamana Melaka.
5
 Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan
pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa
memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri
untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas
berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya
proses asimilasi dan amalgamasi.

 Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota metropolitan


dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada
interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam,
Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah - Portugis,
Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya alam
Melayu sejak abad 5 masihi.
6
Pembentukan Masyarakat Majmuk
Era Kolonialisme Inggeris
 Pemisahan antara agama dan sains moden yang
dinamakan Rocks of Ages: Sciences and Religion in the
Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002) berlaku
pada abad ke-15 masihi apabila agama dianggap sebagai
penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan
manusia, pergaduhan dan peperangan. Sains pula
dianggap sebagai bersifat sarwajagat menyatukan
manusia dengan kefahaman yang sama, dan hidup aman
damai.

7
 Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh
British di Tanah Melayu dengan British menguasai
pentadbiran negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan
sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.

 Pertembungan "Islam sebagai agama dan para


penganutnya" dan "negara kolonial sekular".

8
 Negara yang lebih awal mengalami pengalaman yang sama
ialah negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh,
Bhutan, Sri Lanka dan Nepal.

 Bernard Cohn ahli antropologi Amerika yang mengkaji sejarah


India mengutarakan kolonialisme bukan hanya melibatkan
penaklukan ruang fizikal tetapi juga penaklukan ruang
epistemologi melalui siri modus penyiasatan dengan proses
penguraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan
hilangnya kekuatan sistem pemikiran peribumi sebagai kuasa
pentakrifan kehidupan.

 Ilmu yang dihimpunkan diklasifikasikan dan ditransformasi ke


dalam bentuk laporan, sejarah, gazet, kanun undang-undang
dan ensiklopedia.

9
 Penghijrahan etnik Cina dan India secara besar-besaran
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Tanah
Melayu akibat daripada perusahaan lombong bijih timah
dan getah mengakibatkan terbentuknya masyarakat
majmuk pelbagai etnik, namun tetap mengekalkan
kebudayaan masing-masing dari segi agama, bahasa dan
cara hidup.

 Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja di ladang


getah dan tembakau, manakala di Sarawak bekerja
sebagai pedagang, petani dan pelombong.

10
 Kesan migrasi dan faktor migrasi massa golongan migran
Cina dan India demi memenuhi tuntutan kepentingan
ekonomi penjajahan Barat telah mewujudkan masyarakat
pelbagai etnik yang bersegmen mengikut kegiatan
ekonomi.

 Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan


mengekalkan kebudayaan masing-masing, namun wujud
persefahaman dan keharmonian yang erat.

11
Kerangka Teori
 Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat kepada
sentimen primordial mereka yang menguatkan kesetiaan
dan ikatan kepada kelompok sendiri dan menyebabkan
mereka bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik
lain.
 Kajian hubungan etnik menumpu kepada persoalan asas
dalam hubungan etnik, memahami dan menjelaskan
bentuk hubungan antara manusia yang dikenalpasti
melalui bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan
konflik.

12
Teori\Pasaran
KERANGKA Teori\Masyarakat
Buruh
TEORITIKAL Majmuk.pptx
Terpisah.pptx

Teori\Pilihan Teori\Pertukaran
Teori\Ekologi.pptx
Rasional.pptx Sosial.pptx

Teori\Sistem
Teori\Freudian.pptx Teori\Kelas.pptx
Ekologikal.pptx

13
HOMO-SAPIENS

RAS

Caucasoid.pptx Mongoloid.pptx American Indian.pptx

Negroid.pptx Austroloid.pptx

14
KERANGKA
Ras.pptx Rasisme.pptx
KONSEPTUAL

Etnik.pptx Etnosentrisme.pptx Budaya.pptx

Stereotaip.pptx Prejudis.pptx Diskriminasi.pptx

15
Konsep Ras dan Etnik di Malaysia
 Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala etnik
merujuk kepada warisan kebudayaan. Namun, batas atau
sempadan dalam kumpulan etnik dan ras tidak jelas dan tetap
kerana dua konsep ini sering bertindih dan maknanya kabur.
 Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri fizikalnya
atau warisan kebudayaan dan nenek moyangnya.
 Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur
menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti warna
kulit. Contohnya perkahwinan antara etnik Cina dan India
melahirkan anak menyerupai etnik Melayu.

16
 Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik
dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status
dan sosial. Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh
pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada. Hubungan
simbiosis atau saling bergantungan wujud dan menipiskan
batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang
kompleks.
 Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat
mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau
melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan
mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik.
 Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik, manusia akan
bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli daripada
kumpulan sosialnya atas sebab kepentingan dan perkiraan
sosial dalam masyarakat itu sendiri.

17
Integrasi

• “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang


berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat
oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama”

• “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti


nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan lokasi.”

18
Segregasi
 Pemisahan atau pengasingan antara satu
kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara
 Contoh, Dasar Apartheid di Afrika Selatan
(1948-1994)

19
 de Jure (didasari undang-undang):
Dasar Apartheid 1948-1994

 de Facto (tidak didasari undang-undang):


Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan,
kemudahan awam

20
A+B+C = A+B+C

AKOMODASI
 Proses mempertahankan budaya masing-masing.
 Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
 Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan
serta kekal dengan identiti masing-masing.

Menerima;
 Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan.

 Menyedari & menghormati budaya etnik lain.

21
 Proses yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing.

 Contoh – Malaysia dan Switzerland

SKP2204 Hubungan Etnik/Bab 2/UPM2012


22
Ai + B + C = Ai + Bi + Ci

AKULTURASI
 Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan
kelompok lain.
 Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok
dominan.
 Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam
kebudayaan sendiri.
 Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima.

23
A+B+C = A

ASIMILASI
 Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat
(biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh
kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan
kebudayaan yang menyerap.

 Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa


dan agama masing-masing dan akan mengamalkan
budaya, bahasa dan agama kelompok A.

24
 Proses pencantuman dan penyatuan
antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang
sama

 Asimilasi mutlak – penghapusan penuh


perbezaan dari segi kebudayaan dan
identiti

25
Contoh – Melayu di Thailand;
masyarakat Jawa, Cina Kelantan,
Baba dan Nyonya di Malaysia. (tetapi
tidak melibatkan anutan agama)
Proses yang panjang dan
kesanggupan etnik minoriti

26
A+B+C = D

AMALGAMASI
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Asimilasi biologi.

 Jenis 1: Percantuman budaya sahaja.


 Contoh 1: Masyarakat Portugis (Melaka).
 Kaedah 1: Budaya Portugis + Budaya Melayu
 Implikasi 1: Percantuman 2 budaya
menghasilkan budaya baru.

27
 Satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baru

 Cara utama – perkahwinan campur

28
Kesimpulan
 Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari
sudut luaran sahaja tetapi lebih penting
dari sudut konseptual
 Aspek-aspek yang menjadi teras
kebudayan kebangsaan sewajarnya
dipelihara kerana ia berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini
29
Penerimaan unsur kebudayaan lain
yang sesuai menunjukkan bahawa
kebudayaan kebangsaan itu tidak
meminggirkan kebudayaan lain

Sebaliknya meraikan kepelbagaian


yang ada di Malaysia

30
 Perpaduan merupakan cabaran besar kerana
kejayaan mewujudkan perpaduan akan
menjamin keharmonian sosial, kestabilan
politik dan pertumbuhan ekonomi.

 Malaysia merupakan sebuah masyarakat


majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan
nasional kerana sikap kesederhanaan, bertolak
ansur dan bekerjasama terhadap kepelbagaian.

“KESEPADUAN SOSIAL”

31

Вам также может понравиться