Вы находитесь на странице: 1из 56

Oleh:

SYAHRINA ABDULLAH

5/22/2018
Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
• Memahami kepentingan perniagaan keluarga.
• Membincangkan komponen-komponen utama dalam
sistem perniagaan keluarga, dan perbezaan antara
nilai keluarga dengan nilai perniagaan keluarga.
• Mengenal pasti ciri-ciri perniagaan keluarga positif
dan negatif, serta kekuatan dan kelemahan
perniagaan keluarga.
• Menjelaskan punca-punca pengambilalihan
perniagaan keluarga dan pembangunan strategi
penggantian.
• Membincangkan pengekalan perniagaan keluarga
dan isu-isu ketara dalam perniagaan keluarga.

5/22/2018
PENGENALAN
• perniagaan keluarga didapati dalam pelbagai sektor
ekonomi dunia yang menjurus kepada perniagaan yang
dikenali sebagai enterprais ‘mom and pop’ sehinggalah
meliputi syarikat-syarikat gergasi

• Perniagaan keluarga unik berbanding dengan


perniagaan-perniagaan yang lain -masalah dan dilema
yang dihadapi ternyata berbeza, kemungkinan
disebabkan percampuran antara perniagaan dan
keluarga dalam hal-hal pengurusan perniagaan
khasnya.

5/22/2018
KEUNIKAN/KEPENTINGAN
(KES AMERIKA SYARIKAT)
• Menjana pendapatan kepada sesebuah negara.
• terdapat 17 juta perniagaan keluarga yang beroperasi di
Amerika Syarikat

• 60% perniagaan awam berhad di Amerika Syarikat kekal


di bawah pengaruh keluarga.

• menjana 85%peluang pekerjaan dalam sektor swasta


dan 49% keluaran dalam negara kasar (KDNK)

5/22/2018
• Malaysia has great potential for growth of
family run businesses, which will
positively impact the country's economic
growth as a whole.
• Eg: Give your own example of family
business in Malaysia.

5/22/2018
Characteristics of the family
businesses in MALAYSIA
• Most of the businesses (59%) are still run by the founder
& the founder is supported by:
- brothers & sisters (45%)
- children (24%)
- distant relatives (14%)
• Most small scale enterprises (65%) are managed by
founders
• 55% of the businesses are small scale enterprises
employing below 51 persons
• Manufacturing (35%) is the main activity of family
business

5/22/2018
DEFINISI PERNIAGAAN
KELUARGA
• didefinisikan sebagai pemegangan majoriti
pemilikan dan pengurusan oleh satu
keluarga, yang mana dua atau lebih ahli
keluarga pada masa yang sama terlibat
secara langsung dalam perniagaan
tersebut.

5/22/2018
Ciri-ciri perniagaan keluarga
• Lebih 50 peratus undian saham dimiliki
oleh satu keluarga,
• Satu kumpulan keluarga mengawal
perniagaan tersebut, dan
• Bahagian penting dipegang dan dimiliki
oleh pengurusan kanan perniagaan
datang dari keluarga yang sama.
(LONDON BUSINESS SCHOOL)

5/22/2018
• Meredith (1988) - perniagaan yang
mempunyai majoriti jawatannya dipegang
oleh ahli-ahli dalam keluarga, dan
kebiasaannya pengasas dan
pasangannya memegang majoriti ekuiti
perniagaan dan anak-anak serta kaum
kerabatnya memegang jawatan utama
dalam tahap pengurusan syarikat

5/22/2018
• Galiano dan Vinturella (1995) -perniagaan yang
mana ahli-ahli keluarga mempunyai kawalan
yang sah atas pemilikan.

• Dyer (1986) -satu organisasi yang mana


pemilikan dan pembuatan keputusan
perniagaan ditentukan oleh keluarga.

5/22/2018
• Ward dan Aronoff (1996)-perniagaan yang
melibatkan dua atau lebih ahli dalam
keluarga yang mempunyai kawalan ke
atas kewangan syarikat.

5/22/2018
SAIZ DAN KEPENTINGAN
PERNIAGAAN KELUARGA
• La Porta, Lopez-de-Salanes and Shleifer (1999),
menyatakan bahawa penglibatan ahli keluarga
dalam pengurusan menunjukkan sekurang-
kurangnya 69 peratus dikawal oleh mereka.
• Dapatan kajian p.keluarga mengawal sebanyak
30 peratus daripada jumlah syarikat awam yang
terbesar di Amerika Syarikat dan Kanada dan
secara langsung terlibat sebanyak 75 % dalam
pengurusan perniagaan keluarga tersebut
(Forbes, 2000; Kang 2000).

5/22/2018
Peratus firma besar di bawah kawalan oleh
keluarga
• 10% daripada firma besar di Australia,
Jepun dan Finland dikawal oleh ahli
keluarga,
• 50% di Belgium
• Israel, 55%
• Sweden, 65%
• Argentina dan Greece
• 70% di Hong Kong
• dan
5/22/2018
100% di Mexico.
Sumbangan perniagaan keluarga terhadap ekonomi
AS.
Sumber: Adaptasi daripada Shanker & Astrachan (1996).

A(DEF LUAS) B(DEF SEMPIT)


• Jumlah keseluruhan perniagaan
keluarga di Amerika Syarikat 20,332,400 4,121,300

• Sumbangan perniagaan keluarga


dalam KDNK Amerika Syarikat 49% 12%

• Peratusan keseluruhan tenaga


kerja 59% 15%

• Sumbangan perniagaan keluarga


dalam pembentukan peluang pekerjaan 78% 19%

5/22/2018
KATEGORI PERNIAGAAN
KELUARGA
JENIS-JENIS BERIKUT:

• Kawalan dan Pengurusan oleh Ahli Keluarga


-keluarga mengawal dari segi pemilikan dan pengurusan perniagaan.
-keluarga mempunyai pengaruh untuk membentuk gelagat dalam
perniagaan keluarga tersebut.

• Kawalan Ahli Keluarga tetapi Diuruskan Orang Luar


-keluarga mengawal pemilikan perniagaan tetapi mengrekrut orang luar
untuk menguruskan perniagaan keluarga
-, keluarga hanya berminat untuk membentuk misi dan visi syarikat,
memegang jawatan sebagai lembaga pengarah syarikat dan menerima
keuntungan atau pulangan ke atas pemilikan mereka dalam perniagaan
tersebut.
- Kaum keluarga tidak mahu secara langsung terlibat dan tidak mahu
menerima apa-apa tanggungjawab dalam perniagaan keluarga

5/22/2018
• Kawalan dan Pengurusan oleh Bukan Ahli
Keluarga
-syarikat atau organisasi tidak mempunyai perkaitan
keluarga langsung di dalamnya. Walau
bagaimanapun, semakin hari berlalu, pemilik
berkemungkinan mempunyai anak yang sudah matang
dan berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan
tersebut, maka perniagaan tersebut akhirnya akan
bertukar bentuk kepada perniagaan keluarga.

5/22/2018
SISTEM PERNIAGAAN
KELUARGA
Sistem Pemilikan / Kawalan
Misi dan matlamat
Bentuk perundangan
Pembahagian pemilikan

Sistem Perniagaan
Misi Sistem Keluarga
Strategi Peranan dan hubungan
Struktur Bentuk budaya/nilai
Teknologi Pembuatan keputusan
Budaya Komunikasi dan
Sistem: pengurusan konflik
(cth: pampasan dan maklumat)
Proses:
(cth: komunikasi dan pembuatan keputusan
5/22/2018
• Sistem Perniagaan • Sistem Pemilikan & Kawalan
-menggambarkan misi dan -melibatkan bentuk
strategi organisasi. perundangan seperti (milikan
-elemen yang menyokong tunggal, perkongsian,
strategi perniagaan seperti syarikat), pengagihan
struktur organisasi, sistem, pemilikan, ahli lembaga
teknologi dan proses-proses pengarah atau mekanisme
tertentu yang akan kawalan lain serta matlamat
membantu organisasi dalam dan aspirasi pemilik dan
mencapai matlamat yang pengurus kepada perniagaan
telah digariskan yang dijalankan.

5/22/2018
• Sistem Keluarga
-meliputi bentuk budaya dan nilai yang dicorakkan
sendiri oleh ahli keluarga, matlamat dan aspirasi ahli
keluarga, peranan dan hubungan mereka dan corak
komunikasi yang merupakan sebahagian daripada
sistem sesebuah keluarga.
-proses pembuatan keputusan yang dilakukan menjadi l
pantas kerana tanggungjawab setiap ahli dinyatakan
secara lebih jelas.
• Komunikasi antara ahli juga lebih erat kerana
melibatkan keluarga dan pengurusan konflik dalam
organisasi lebih mudah diuruskan.

5/22/2018
PERBEZAAN ANTARA
NILAI KELUARGA DENGAN NILAI PERNIAGAAN
Bahagian Sistem Keluarga Sistem Perniagaan
Konflik
Matlamat Pembangunan dan sokongan daripada Keuntungan, perolehan, keefisyenan,
ahli keluarga pertumbuhan
Perhubungan Perhubungan peribadi – kepentingan Semi-peribadi atau tanpa
primer perhubungan peribadi-kepentingan
sekunder
Peraturan Jangkaan informal Peraturan formal dan bertulis,
biasanya disertai ganjaran dan
hukuman
Penilaian Ganjaran atas perasaan sayang dan Sokongan terbatas kepada prestasi
sokongan yang tidak terbatas, ganjaran dan hasil, pekerja boleh
diberi berdasarkan siapa mereka diberhentikan dan dinaikkan pangkat

Penggantian Disebabkan kematian, perceraian atau Disebabkan persaraan, kenaikan


sakit pangkat atau meninggalkan
organisasi
Autoriti Berdasarkan senioriti dan kedudukan Berdasarkan kedudukan formal
keluarga dalam hierarki organisasi
Komitmen Generasi ke generasi dan komitmen Jangka masa pendek, berdasarkan
dalam jangka masa panjang, ganjaran selagi bekerja
5/22/2018 berdasarkan identiti dalam keluarga
BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN
KELUARGA

• Milikan Tunggal
• Perkongsian
• Syarikat

5/22/2018
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
KELUARGA YANG POSITIF.
• Fungsi kekeluargaan
• Individu yang mampu menguruskan diri mereka sendiri
dan perhubungan mereka dengan orang lain.
• Keluarga yang berkeupayaan untuk menyelesaikan
konflik dengan sokongan dan kepercayaan bersama.
• Batasan antara perniagaan dan keluarga perlu dihormati
antara semua ahli keluarga.
• Maklumat dan pengetahuan yang ada digunakan secara
bijaksana sesama ahli keluarga tanpa menghiraukan
masalah perhubungan yang timbul antara ahli keluarga.
• Komunikasi yang jelas dan terbuka.
• (selebihnya.. rujuk ms 179)
5/22/2018
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
KELUARGA YANG POSITIF
• Pengurusan Perniagaan
• Ilmu pengetahuan dibangunkan dan dikongsi bersama.
• Organisasi dan ahli-ahlinya menggunakan ilmu pengetahuan untuk
menyesuaikan diri mereka dengan perubahan yang berlaku di
dalam persekitaran untuk memberikan ketahanan dan kelebihan
persaingan kepada perniagaan.
• Pembuatan keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
• Pembelajaran organisasi yang membangunkan kompetensi baru
dan gelagat yang efektif.
• Keseimbangan antara tanggungjawab dan autoriti.
• Kepimpinan diterapkan ke seluruh organisasi dan keluarga.
• Perancangan awal untuk penggantian.

5/22/2018
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
KELUARGA YANG POSITIF
• Keberkesanan batasan di dalam sistem perniagaan
keluarga
• Perniagaan menggunakan nilai keluarga dalam
perancangan strategik.
• Setiap sistem menggunakan matlamat dan nilai untuk
melaksanakan kedua-dua sistem tersebut.
• Ketelusan batasan/sempadan dan memudahkan
pertukaran maklumat antara sistem.
• Isu perniagaan tidak bercampur dengan kekeluargaan
dan sebaliknya.
• Pembelajaran secara bersama antara kedua-dua sistem.
• Individu yang memahami kompetensi yang ada pada
seseorang dan organisasi.

5/22/2018
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
KELUARGA YANG POSITIF
• Pembangunan Pengurusan dan Sistem Pemilikan
• Misi dan matlamat yang jelas.
• Terdapat lembaga pengarah yang terdiri daripada orang
luar.
• Terdapat perancangan penggantian dan pertukaran
pemilikan antara generasi

5/22/2018
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
KELUARGA YANG NEGATIF
• Kemahiran komunikasi yang • Kurang memikirkan tentang isu
lemah dan keluarga tidak penggantian.
mampu menguruskan konflik. • Kurangnya kerjasama antara
• Tahap kepercayaan yang pekerja yang terdiri daripada
rendah antara ahli keluarga. keluarga dan bukan keluarga.
• Matlamat dan nilai keluarga • Tiada lembaga pengarah.
yang tidak jelas. • Tiada pakar rujuk bagi tujuan
• Pencapaian matlamat yang nasihat dan bantuan sekiranya
kabur dan tiada perancangan berhadapan dengan masalah.
strategik. • Isu keluarga yang bercampur
• Perniagaan kekurangan pakar aduk dengan isu perniagaan
yang mencukupi dan keluarga dan sebaliknya.
cuba untuk melakukan semua • Batasan yang tidak jelas
tugas. antara perniagaan dan
keluarga.

5/22/2018
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
PERNIAGAAN KELUARGA
Kelemahan
Kekuatan
1. Ciri-ciri unik dalam perniagaan keluarga 1. Terlalu rigid iaitu sukar membuat
yang mewujudkan semangat kekitaan perubahan ke atas cara atau kaedah
seperti komitmen, ilmu, fleksibel dari yang telah lama digunapakai dalam
segi masa, kerja dan wang, pemikiran perniagaan keluarga tersebut.
jauh ke hadapan, budaya yang stabil,
pembuatan keputusan yang pantas,
maruah dan kebolehpercayaan.
2. Perspektif jangka panjang. 2. Pengurusan penggantian yang boleh
memecahbelahkan perhubungan dalam
keluarga.
3. Bersedia untuk berkorban semasa 3. Isu-isu emosi yang mengganggu
kesusahan. keberkesanan dan pengurusan
 Bersedia untuk tidak mengambil perniagaan keluarga. Batasan antara
untung. perniagaan dan keluarga yang kurang
diperjelaskan.
5/22/2018
4. Kurang birokrasi dan lebih fleksibel 4. Tiada pucuk pimpinan yang bersesuaian
dan ketidakpastian dalam menentukan
siapa yang benar-benar layak untuk
mengambil alih perniagaan. Konflik
peranan.
5. Sumber kewangan yang mudah 5. Struktur yang tidak jelas, mengelirukan,
 Ahli-ahli keluarga merupakan sumber pembahagian kerja yang tidak jelas.
utama pembiayaan perniagaan
6. Sumber manusia 6. Cabaran perniagaan
 Mana-mana ahli keluarga yang  Memperbaharui kemahiran yang telah
mempunyai minat dan kesungguhan untuk ketinggalan. Kebiasaannya kemahiran
menjalankan perniagaan boleh sama- yang dimiliki oleh mereka telah lapuk dan
sama terlibat. Semangat kekeluargaan ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian
akan memudahkan syarikat mendapatkan dengan era terkini.
tenaga kerja yang komited di kalangan ahli  Menangani peralihan -masalah yang
keluarga. menimpa perniagaan keluarga, pengasas
ingin mengekalkan tradisi lama manakala
pengganti mahu melakukan perubahan.
Konflik akan menjelma.

5/22/2018
 Perniagaan keluarga menghadapi
pilihan yang terhad dalam
mendapatkan sumber modal
terutamanya sumber modal luaran. Ini
kebiasaannya berlaku apabila
memerlukan penambahan modal
jangka panjang bagi membiayai projek-
projek besar seperti membuka
cawangan yang baru.
7. Sumber syarikat 7. Sistem ganjaran yang lemah.
 Perniagaan keluarga mempunyai  Sistem ganjaran yang tidak adil atau
sumber kekuatan tersendiri yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
bersifat peribadi sehingga boleh
mewujudkan hubungan intim antara
pelanggan dengan mereka. Ini kerana
budaya keluarga dijadikan budaya
syarikat.

5/22/2018
8. Kebebasan, berdikari dan kuasa 8. Kepemimpinan
kawalan Beberapa adik-beradik memiliki syer
Usahawan dalam perniagaan keluarga syarikat secara sama rata sehingga tidak
mempunyai kebebasan bertindak, berdikari ada seorang pun dibenarkan memiliki
dan mempunyai sepenuh kuasa dalam kuasa yang lebih dominan. Terdapat trend
pengawalan perniagaan yang dijalankan. ketidaksediaan pengagihan kuasa bagi
Bebas bertindak bersendirian jika difikirkan membolehkan seseorang
tindakan sedemikian mendatangkan dipertanggungjawabkan dalam memajukan
keuntugan kepada syarikat. syarikat.

9. Memperbaiki hubungan keluarga 9. Nepotisme


Perkongsian dan perhubungan dalam Cenderung untuk pilih kasih iaitu
perniagaan keluarga akan merapatkan mengutamakan keluarga menjadi pengurus
perhubungan di kalangan ahli-ahli walaupun tidak cekap atau berpotensi.
keluarga. Kesukaran untuk menarik pengurusan
profesional.

5/22/2018
10. Pengasuhan ahli-ahli keluarga yang 10. Ketegangan kewangan
muda.  Ahli keluarga menggunakan
 ahli-ahli keluarga muda dipimpin kesempatan untuk menggunakan
supaya dapat dan mampu menjalankan kewangan syarikat
perniagaan sendiri satu hari nanti.

5/22/2018
DEFINISI PERANCANGAN PENGAMBILALIHAN
DAN PENGURUSAN PENGGANTIAN
• Pengambilalihan Perniagaan Keluarga berlaku
disebabkan oleh punca-punca berikut:
– Kematian Ahli Keluarga
– Bersara
– Hampir Bankrap
– Perniagaan Tradisi

5/22/2018
– Kematian Ahli Keluarga
• Salah satu punca pengambilalihan perniagaan di
dalam perniagaan keluarga adalah disebabkan oleh
kematian pemilik asal perniagaan. Oleh itu, ahli
keluarga yang lain secara paksa atau secara sukarela
hendaklah mengambilalih dan bertanggungjawab ke
atas perniagaan tersebut jika mereka ingin
meneruskannya. Sekiranya mereka ingin menutup
perniagaan tersebut maka mereka boleh menjual
perniagaan keluarga berkenaan

5/22/2018
– Bersara

• memindahkan perniagaan tersebut kepada


ahli keluarganya yang lain.
• pada peringkat usia yang lanjut golongan ini
dengan rela hati mengundurkan diri daripada
perniagaan tersebut dan mereka lebih suka
menghabiskan masa bersama keluarga.

5/22/2018
– Hampir Bankrap
• Dalam kegawatan ekonomi, terdapat banyak
perniagaan terpaksa ditutup disebabkan
ketiadaan sumber kewangan untuk
menampung perniagaan.
• Ada ahli keluarga yang akan mengambilalih
perniagaan daripada pemilik asal jika mereka melihat
perniagaan berpotensi untuk berkembang di masa
depan

5/22/2018
– Perniagaan Tradisi
• Sesetengah pengambilalihan ini
disebabkan perniagaan ini adalah
perniagaan ini diwarisi secara turun-
temurun daripada satu generasi ke satu
generasi. Oleh itu, mereka akan cuba
mengekalkan budaya ini supaya ianya
akan dapat terus beroperasi.

5/22/2018
MEMBANGUN STRATEGI PENGGANTIAN

1 - Memahami Aspek-aspek Kontekstual


Terhadap lima aspek utama

a)Masa
• Lebih awal pemilik membuat perancangan penggantian lebih
banyak peluang untuk mendapatkan calon yang paling tepat.
Masalah utama yang dihadapi oleh pemilik adalah untuk mencari
pengganti secara tiba-tiba akibat daripada berlakunya sesuatu di
luar dugaan. Kesannya pemilik kekurangan masa untuk
mendapatkan pengganti yang terbaik yang menyebabkan mereka
mengambil pengganti yang berkemungkinan tidak layak untuk
jawatan tersebut.

5/22/2018
b)Jenis perniagaan
• Setengah-setengah pemilik mudah diganti dan
setengah-setengah yang lain sukar dicari ganti.
• Tahap kesulitan penggantian bergantung
kepada jenis perniagaan yang diceburi. Pemilik
yang melibatkan diri dari operasi teknologi tinggi
sukar untuk mencari pengganti. Pemilik terlibat
dalam operasi memerlukan pengetahuan yang
minimum mudah dicari pengganti.

5/22/2018
c)Kemampuan pemilik/pengurus
• Kemahiran, dorongan dan kemampuan calon pengganti
boleh menentukan potensi masa depan dan arah
sebenar perniagaan.
d)Wawasan usahawan/pemilik
• Kebanyakan pemilik mempunyai jangkaan, harapan dan
dorongan untuk memastikan kejayaan perniagaan
keluarga mereka. Oleh itu bakal pengganti perlu
berkongsi wawasan dan harapan yang dimiliki oleh
pemilik/usahawan
e)Faktor persekitaran
• Adakalanya pengganti diperlukan kerana berlakunya
perubahan dalam persekitaran perniagaan yang
memerlukan perubahan kepada pengurusan atasan.

5/22/2018
2- Mengenal Pasti Pengganti Yang Berkualiti

• Pengganti perlu memiliki kualiti dan ciri-ciri yang


terbaik seperti pengetahuan yang mencukupi
mengenai perniagaan yang dijalankan, dan ini
bergantung kepada situasi kerana ada kualiti
yang lebih penting untuk satu-satu situasi dan
ada yang sebaliknya.
• jujur, berkemampuan, sihat, bertenaga,
bersemangat, berkeyakinan, stabil, matang,
asertif dan selari dengan pegangan pengasas.
• mengenang budi pengasas perniagaan.

5/22/2018
3 - Memahami tekanan-tekanan yang akan
mempengaruhi pemilihan
• pemilik perlu memilih pengganti yang mempunyai potensi untuk
dibangunkan Dalam membuat pemilihan ini pertimbangan-
pertimbangan berikut perlu diambilkira:
Isu keluarga dan budaya perniagaan yang diamalkan.
• Persekitaran perniagaan
• Tahap pembangunan perniagaan keluarga
• Norma dan tradisi perniagaan
• Budaya keluarga, kekuatan dan pengaruh
• Nilai dan dorongan peribadi pemilik

5/22/2018
Keprihatinan pemilik

• Kesediaan pemilik melepaskan kuasa dan kepimpinan


perniagaan keluarga.
• Memastikan fungsi keluarga sebagai satu unik
• Mendefinisikan peranan masa depan ahli keluarga
dalam perniagaan
• Memastikan kepimpinan perniagaan keluarga yang
mempunyai daya saing
• Pengajaran ahli keluarga dan bukan ahli keluarga
mengenai peranan utama yang perlu dimainkan

5/22/2018
Keprihatinan ahli keluarga
• Mengawal dan melepaskan pengawalan terhadap aset
keluarga
• Mengawal keputusan yang dibuat oleh pemilik bagi
memastikan selari dengan kepentingan perniagaan
• Melindungi kepentingan apabila pemilikan diserahkan
kepada ahli keluarga
• Bagaimana hendak mengeluarkan wang daripada
perniagaan jika diperlukan terutama untuk kegunaan
peribadi atau keluarga?
• Memastikan kesinambungan perniagaan.

Tekanan dan keprihatinan ini memerlukan pemilik untuk


membangunkan strategi dan polisi kesinambungan
perniagaan keluarga.
5/22/2018
4 - Melaksanakan Pelan Penggantian

Bagi mendapatkan pengganti merupakan satu


masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Sungguhpun begitu terdapat cara yang
berkesan untuk menangani permasalahan ini.
Bagi memastikan keberkesanannya langkah-
langkah berikut perlu diambilkira oleh pemilik
dalam melaksanakan pelan penggantian.

5/22/2018
Melaksanakan Pelan Penggantian
langkah-langkah dalam melaksanakan pelan penggantian:
Mengenal pasti penganti
• Siapa yang boleh melaksanakan kerja dengan terbaik bagi
memastikan kesinambungan dan perkembangan perniagaan
keluarga? Kalau salah seorang anggota keluarga dipilih bagaimana
respon anggota keluarga yang lain?

Mempersiapkan bakal pengganti


• Dalam sesetengah perniagaan keluarga pengasas akan memilih
pengganti dan memastikan ia ketahui umum.

Setuju dengan pelan


• Mendapatkan pengganti yang berkesan memerlukan perancangan.
Perniagaan keluarga yang besar selalunya mengadakan
perbincangan bagi memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan
licin dan mudah. Manakala perniagaan keluarga kecil biasanya
perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka bagaimana
tanggungjawab akan dipindahkan kepada pengganti. Prosedur
asas telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.

5/22/2018
FASA-FASA DALAM PENGURUSAN
PENGGANTIAN

• terdapat 4 fasa (permulaan, pemilihan, pembelajaran


dan peralihan)
i- Permulaan
• fasa pengenalan kepada anak-anak untuk
mempelajari mengenai perniagaan milik keluarga
mereka.
• bermula sesudah lahirnya anak
• peranan penting perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk
mendidik ANAK ke arah memberi gambaran yang
baik tentang perniagaan.

5/22/2018
ii- Pemilihan
• proses memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin
dalam syarikat untuk generasi akan datang.
• proses yang amat kritikal kerana pengasas perlu
memilih calon yang terbaik antara anak-anak mereka
sendiri untuk menerajui syarikat.
• berlaku krisis antara keluarga kerana masing-masing
akan bertindak untuk mengatakan anak merekalah
yang paling terbaik dan wajar dipilih untuk memegang
pucuk pimpinan syarikat. Kebiasaannya, pengasas
akan memilih pengganti berdasarkan kriteria seperti
umur, jantina, kelayakan dan prestasi yang
ditunjukkan. Namun, umur dan jantina bukanlah
penentu terbaik bagi mencari calon yang paling
sesuai.

5/22/2018
iii- Pembelajaran
• Latihan dan pembelajaran merupakan proses yang
penting dalam proses penggantian kerana pengganti
perlu didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan
untuk memimpin syarikat dengan lebih berkesan.
• sukar bagi ibu bapa untuk melatih anaknya sendiri.
• syarikat boleh melantik sama ada orang dalam
ataupun luar syarikat untuk memberi tunjuk ajar
kepada bakal pengganti
• Antara latihan yang kebiasaannya dibuat penilaian
termasuklah:
– Proses membuat keputusan
– Kemampuan memimpin
– Orientasi risiko
– Kemahiran interpersonal
– Kebolehan menangani dan menghadapi tekanan.

5/22/2018
iv- Peralihan
• Pemindahan pemilikan yang sebenarnya
berlaku.

5/22/2018
SEBAB PENGEKALAN PERNIAGAAN KELUARGA

1- Perniagaan dalam kawalan keluarga merupakan salah


satu cara yang berkesan melindungi kekayaan
keluarga dan keselamatan jangka panjang.
2- Tanpa perniagaan keluarga, akan wujud jurang
perhubungan antara ahli keluarga yang ada kerana
setiap ahli keluarga membawa haluan masing-masing.
3- Mengekalkan khazanah warisan sesebuah keluarga
(mempertahankan dan membina tradisi, sejarah dan
nilai sentimental keluarga).
4- Menyelamatkan pekerja-pekerja yang komited
daripada disingkirkan.
5- Simbol dan kebanggaan ahli keluarga – bukti
kesungguhan dan pencapaian yang perlu dijaga
kesinambungannya oleh generasi seterusnya.
5/22/2018
Ward (1987) - sebab kenapa perniagaan keluarga perlu
dikekalkan:
1- Mengalihkan peluang kepada anak-anak.
• Memberi peluang dengan melepaskan kawalan
perniagaan kepada pengganti terutamanya di
kalangan anak-anak.

2- Mengeratkan kerjasama keluarga


• Melalui penglibatan dalam perniagaan, membolehkan
ahli-ahli keluarga untuk bekerja bersama-sama. Oleh
yang demikian, hubungan antara ahli-ahli menjadi
lebih erat, kerana mereka mempunyai masa untuk
bersama-sama menjalankan perniagaan dan
menikmati manfaat daripadanya.

3- Memastikan persaraan sendiri


• Melalui penggantian, pemilik boleh membuat
perancangan untuk persaraan.
5/22/2018
4- Tempat sandaran keluarga
• Ahli-ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan
kewangan semasa mereka menghadapi kesulitan.
• tempat latihan kepada ahli keluarga yang baru
menghabiskan pengajian mereka sebelum berjaya
mendapatkan pekerjaan lain yang bersesuaian
5- Sumbangan untuk masyarakat
• mewujudkan pekerjaan baru kepada masyarakat.
• P. keluarga kebiasaannya akan melibatkan diri dalam
badan-badan amal, yang diwujudkan atas dasar
kesejahteraan masyarakat.

5/22/2018
ISU-ISU DALAM PERNIAGAAN
KELUARGA
1- Penglibatan -Merujuk kepada siapa yang boleh
melibatkan diri dalam perniagaan keluarga tersebut
dan dalam keadaan bagaimana penglibatannya.
2- Kepimpinan dan pemilikan- Bagaimana untuk
mempersiapkan generasi akan datang supaya
bersedia untuk menerima tanggungjawab di dalam
perniagaan.
3- Melepaskan jawatan -Bagaimana untuk membantu
pengasas untuk melepaskan perniagaan keluarga
yang diterajuinya selama ini.

5/22/2018
4- Menarik dan mengekalkan eksekutif yang terdiri
daripada bukan ahli keluarga.
5- Pampasan kepada ahli keluarga.
6- Menguatkan keharmonian keluarga.

• Kesemua isu di atas boleh menyebabkan timbulnya


konflik dan stres di kalangan ahli keluarga.
• pengurus perniagaan keluarga PERLU mengenal
pasti isu-isu yang boleh mendorong berlakunya konflik
dan stres tersebut.

5/22/2018
SOALAN-SOALAN

• Jelaskan latar belakang perniagaan keluarga yang


anda ketahui.
• Sebutkan dua perbezaan ketara antara nilai keluarga
dengan nilai perniagaan.
• Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan
keluarga. Bincangkan tiga kekuatan dan tiga
kelemahan ini?
• Terangkan mengapa penting bagi pemimpin untuk
mengekalkan perniagaan keluarga.
• Terangkan punca-punca pengambilalihan perniagaan
keluarga.

5/22/2018
• Apa yang membezakan antara perniagaan keluarga
dengan perniagaan-perniagaan yang lain ialah dari segi
pemilikan dan pengurusan perniagaan yang dipegang
oleh sebuah keluarga pada satu-satu masa dan
berpindah daripada satu generasi ke satu generasi yang
lain.
• apa yang menjadi cabaran kepada usahawan dalam
sebuah perniagaan keluarga ialah kebijaksanaan untuk
memimpin melalui pemisahan antara nilai sebuah
keluarga dan perhubungan antara keluarga dengan nilai
yang sepatutnya diamalkan dalam sebuah perniagaan.

5/22/2018

Вам также может понравиться