Вы находитесь на странице: 1из 36

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

NAZLINDA ISMAIL
Bahagian Pengurusan Psikologi
TUJUAN KEMAHIRAN KAUNSELING

• Melancarkan sesi kaunseling yang akan


dikendalikan
• Kaunselor perlu buat persediaan
tertentu sebelum berhadapan dengan
klien.
Kemahiran yg diperlukan:
• Kemahiran membina perhubungan
• Kemahiran kedudukan & pergerakan
• Kemahiran memberi tumpuan
• Kemahiran menyoal
• Kemahiran parafrasa
• Kemahiran membalas
• Kemahiran mendengar
• Kemahiran menggunakan
dorongan/sokongan minima
• Kemahiran berkonfrontasi
• Kemahiran merumus kecil dan besar
1) Kemahiran Membina Perhubungan
• Kemahiran menghadapi klien
• Setting
• Suasana dalam bilik
• Kedudukan kerusi
• Penampilan diri
• Ekspresi muka
2) Kemahiran kedudukan & pergerakan
tubuh badan
Cara duduk
Pergerakan kaki & tangan
Senyuman
Nada suara
Kontak mata
Cara Duduk

• Gaya duduk seorang kaunselor adalah seperti


berikut:
• Condong sedikit ke arah klien
• Keadaan yang menunjukkan kaunselor bersedia
untuk menghadapi klien, bersifat terbuka dan
mesra.
Senyuman

• Senyuman kaunselor meredakan ketegangan


emosi klien.
• Senyuman mengikut kesesuaian dalam sesi
kaunseling.
• Kaunselor harus peka dengan jenis
senyuman- Tutup perasaan malu, takut,
risau dsb.
Kontak Mata

• Kegunaan kontak mata dengan baik


• Sesekali alihkan pandangan ke
tempat lain.
• Jangan merenung mata klien terlalu
lama sehinggakan klien merasa
malu atau tidak selesa
Nada Suara
• Kaunselor haruslah menjaga
intonasi suara
• Intonasi/tinggi/rendah. Suara
menunjukkan kaunselor berminat
terhadap klien.
• Tidak menggangu klien. Intonasi
yang tinggi adalah apabila kita
membuat provokasi atau ketika ada
konfrantasi dengan klien
3) Kemahiran Memberi Tumpuan

• Memastikan klien tidak akan


bercerita sehingga terkeluar
daripada topik perbualan.
• Perlu pandai pilih tajuk apa yang
perlu difokuskan.
4)Kemahiran membalas (responding)
layanan lisan
Penstrukturan
a) peranan kaunselor
b) peranan klien
c) jangka masa
d) etika
“Dalam sesi ini,saya sebagai kaunselor dan anda
sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa
lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara
ringkasnya untuk mendengar, memahami dan
cuba untuk membantu anda. Peranan anda
adalah untuk menceritakan apa yang
mengganggu hidup anda. Sesi ini akan
dirahsiakan dan kerahsiaan ini terbatas
sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan
keselamatan nyawa anda atau nyawa orang lain”.
5.Kemahiran menyoal
Soalan terbuka
Matlamat: Bagaimanakah?
• Menggalakkan penerokaan &
perkembangan sesuatu perkara Apakah? Sejauh
• Ruang untuk klien meluahkan manakah?
perasaan Mengapakah?
• Klien memberi maklumat tanpa
rasa defensif
• Peluang klien untuk mengeluarkan
pendapat sendiri
• Peluang untuk klien menimbulkan
perkara yang dirasakan penting
• Untuk klien menjelaskan perkara
tanpa dinilai terlebih dahulu
Soalan tertutup
Matlamat: Adakah? Di manakah?
• Kepastian fakta Siapakah? Berapakah?
Bilakah? Sudahkah?
• Maklumat khusus
• Memberitahu yang
tahu
• Memberi
arah/memimpin
Contoh soalan:

Soalan tertutup: Adakah saudari berasa


jemu?
Soalan terbuka: Boleh saudari jelaskan
kenapa saudari berasa
jemu?
…Kemahiran menyoal

Soalan berfokus
Bolehkah anda ceritakan
sesuatu dengan lebih
khusus?
6)Kemahiran mendengar

• Merupakan kemahiran yang paling


asas dan penting dalam kaunseling
• Panduan mendengar yang berkesan
– Seboleh mungkin kekalkan tumpuan
mata
– Gunakan pendengaran yang aktif
– Tidak buat penilaian dan hukuman
– Fikir dan fahami apa yang diperkatakan
Kesalahan dan kesilapan semasa
mendengar
– Di peringkat permulaan telah buat andaian
– Memotong cerita atau idea klien
– Mengkritik atau menentang idea atau
tindakan klien
– Berpura-pura mendengar dan memikir
perkara lain
– Perhubungan sehala
7) Kemahiran parafrasa

Matlamat:
Tunjukkan kepada klien bahawa mesejnya mula
difahami
Menjelaskan bahawa mesej itu betul
Memberi peluang untuk klien merasakan kembali apa yg
dikatakannya
Contoh-contoh parafrasa:

Klien: Dah lama saya menunggu keputusan


darinya…selama tiga belas tahun, satu
respons pun tak ada

Kaunselor: Selama 13 tahun, anda


menunggu respons darinya tapi
satu respons pun tidak ada
Parafrasa
Respon kaunselor setelah mendengar isi dan
memerhati tingkah laku klien
Guna ayat yang pendek
Peranan:
Pada peringkat awal hubungan kaunseling
Pernyataan semula kenyataan/mesej klien
Digunakan untuk membuat refleksi
Untuk memulakan penerokaan diri klien
Memahami isi & memasuki ruang rujuk klien
8)Kemahiran Dorongan/Sokongan Minima

• Bertujuan memberi dorongan supaya


klien teruskan perbincangan.
• Lisan- “Hmmm… ,ya teruskan”
• Bukan lisan- angguk, senyum, eye
contact
9) Kemahiran berkonfrontasi

• Biasanya digunakan apabila terdapat


percanggahan cakap awal klien dengan
percakapannya sekarang.
• Contoh:
“ Tadi anda kata anda ingin berjaya, tapi
nampaknya anda tiada langsung usaha ke
arah itu”.
10) Kemahiran Merumus

• Bertujuan untuk menyedarkan klien dan


mengimbaskan kembali apa yang telah
dibincangkan semasa sesi kaunseling
tersebut.
• Kaunselor boleh membuat rumusan sama
ada di awal, tengah atau akhir sesi.
Rumusan kecil
Biasanya rumusan kecil dibuat beberap
kali dalam satu sesi bertujuan untuk:
• Membantu klien dan kaunselor mengingat
kembali apa yang sedang diperbincangkan
• Menyemak persepsi klien dan kaunselor agar
berada di tahap yang sama.
• Membantu memberi fokus kepada sesuatu
isu
Rumusan besar
• Hanya digunakan sebelum
menamatkan sesi kaunseling.
• Kaunselor merumus semula apa yang
dirundingkan dan telah dipersetujui
untuk membantu klien mengingat
kembali serta membantu klien
mendapatkan struktur yang jelas untuk
bertindak pada masa akan datang.
Kesimpulan
• Kaunselor harus fahami segala kemahiran
yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke
atas klien pada tempat, masa dan keadaan
yang sesuai.
• Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak
sesuai digunakan maka ia mempengaruhi
seluruh proses kaunseling kerana klien hilang
keyakinan dan kepercayaan pada kaunselor.
SIMULASI KEMAHIRAN
KAUNSELING
(PERKONGSIAN KES)
TATACARA SIMULASI
• Dilakukan secara berpasangan –
kaunselor dan klien.
• Aplikasikan kemahiran –
kemahiran kaunseling
• Mempersilakan
duduk
FASA 1 • Pengenalan awal
(Prasesi dan • Buka pertanyaan
Membina • Penstrukturan
• Matlamat
hubungan)
• Memilih masalah yang
dibincang dengan
menggunakan kemahiran-
kemahiran asas
contohnya soalan
FASA 2 terbuka,
parafrasa,refleksi
(Teroka
masalah)
• Pastikan masalah
sebenar
• Pandu klien bercerita
• Galakan/sokongan
FASA 3 • Tunjukkan minat
(Mengenal • Rumusan kecil
• Kemahiran parafrasa
pasti
masalah)
• Brainstorming/alternatif
penyelesaian
Mendapatkan seberapa banyak
alternatif dari klien
Senaraikan buruk/baik setiap
alternatif

FASA 4
Menilai semula alternatif yang dipilih
• Kemahiran penggunaan
soalan
(Strategi (terbuka/tertutup)

penyelesaian) • Dorongan minima


• Bersedia bina matlamat
bersama – bina matlamat
yang jelas, realistik dan
boleh diukur
• Konfrontasi
• Rumusan besar
FASA 5 • Penamatan Sesi

(Merancang
dan ambil
tindakan)
PENUTUP

• SEKIAN SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN


BERJAYA MENJADI AHLI RAKAN PEMBIMBING YANG
BERKESAN.
• SELAMAT MAJU JAYA
TERIMA KASIH

Вам также может понравиться