Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Perbalahan politik yang tidak sealiran kerap menjadi penyebab kepada kegagalan
tertubuhnya negara Islam seperti yang berlaku di Palestin dan Indonesia
Ideologi barat seperti sekularisme, globalisasi dan liberalisasi kian membawa
kepincangan kepada peradaban manusia.
Penjajahan minda dan budaya melalui globalisasi dilihat barat sebagai proses
kebebasan (liberty), walhal ia banyak menghakis nilai-nilai agama dan adat
ketimuran.
Sekularisme atau keduniaan ciptaan barat yang memang tidak sesuai dipegang
oleh umat Islam, kerana ianya jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekularisme memisahkan soal agama dari duniawi.
Perkara seperti ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam industri hiburan
dimana pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pakaian
yang menjolok mata dan tidak menghormati nilai-nilai agama.
Begitu juga dengan tarian-tarian dan nyanyian yang bersifat merangsang nafsu
syahwat, tidak beradab, disamping melanggar etika dan batas-batas hukum
agama Islam.
Para saintis di barat banyak berpegang kepada falsafah logik akal dan
kebebasan dalam menerima apa sahaja hasil daripada kerja mereka.
Selain daripada itu kecanggihan teknologi audio visual yang bermaklumat dan
interaktif seperti internet dan telefon bimbit yang menggunakan teknologi
satelit telah mengundang perniagaan baru kepada orang barat. Mereka
mengaut keuntungan hasil daripada industri perjudian online tanpa
memperdulikan implikasinya ke atas golongan muda yang jelas menjadi
ketagih dengan melayari laman-laman web ini
Blog-blog juga banyak diwujudkan dan seperti juga sms dari telefon bimbit
ianya banyak dipergunakan untuk menyebarkan maklumat palsu berbau
hasutan, fitnah dan provokasi.
Pada era perang dingin dan pasca kejatuhan ideologi komunis banyak berlaku
tindakan ketenteraan negara-negara kuasa besar yang merupakan
penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negara-negara kecil bukan
barat iaitu negara-negara islam seperti Bosnia, Palestin, Afghanistan dan
banyak lagi.
Hingga kini, umat Melayu pada umumnya masih kuat berpegang kepada nilai-nilai
universal Islam dalam dunia Melayu ini.
Manusia moden pada hari ini sedang berusaha supaya segala bentuk kepercayaan
kepada Tuhan, dan komitmen generasi baharu kepada agama, haruslah dihapuskan
sama sekali kerana mereka memberikan hujah bahawa agama, dan manusia yang
mempercayainya, tidak lagi relevan dalam zaman ini, terutamanya dalam jangka
masa satu atau dua dekad terakhir ini, ketika dunia menyaksikan krisis politik,
ekonomi dan sosial, yang dicetuskan oleh pengikut agama..
Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini bukan sahaja berbentuk serangan
fizikal tetapi ia turut melibatkan serangan pemikiran dalam menanggapi
perubahan yang berlaku pada zaman ini.
Ada dikalangan sarjana barat yang cuba menyerang dari aspek psikologi
manusia dengan mengatakan bahawa selepas keruntuhan kuasa soviet, maka
musuh barat seterusnya adalah Islam.
Umat Islam masih melihat segala yang dibarat itu adalah manifestasi
kemajuan, sedangkan kemajuan fizikal mega-mewah itulah yang sering
ditegur oleh Ibn Khaldun di mana beliau meramalkan melalui teori kitaran
tamadunnya bahawa akan berlaku pertukaran tamadun berasaskan peredaran
zaman. Sesuatu yang dipuncak itu pasti akan mengalami kemunduran, dan
kemunduran inilah yang sangat digusari barat kerana mereka tidak bersedia
untuk berada di bawah kuasa lain terutama kuasa Islam, walaupun sejarah
membuktikan di bawah pemerintahan Islam-lah masyarakat Kristian dan
Yahudi boleh tinggal secara aman damai dalam sebuah negara.