Вы находитесь на странице: 1из 32

EDUP 3013 - Pembentangan

Soalan : Menganalisis
model kurikulum dan
pelaksanaan kurikulum di sekolah .

Ahli Kumpulan : Grace Tiong Lik Ying


Ivy Ling Zhe Yun
Ng Chin Pei
Brenda Ting Shu Tien

Pensyarah : En Milatu Samsi Bin Hayon


Apakah itu kurikulum?
• Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang
pelajaran di sekolah.
• Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan “kurikulum”berasal
drpd perkataan Latin “curriculum” yg bermaksud ruang
tempat di mana pembelajaran berlaku.
• Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru
& murid-murid perlu meliputi dalam proses pembelajaran.
• Kerr (1968) pula mendefinisikan kurikulum sebagai “semua
jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh
sekolah sama ada dalam kumpulan / secara individu,
didalam / di luar sekolah.”
• Hirst(1975) mendefinisikan kurikulum sebagai satu
program yang mengandungi aktiviti pembelajaran &
disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid
mencapai objektif yang telah ditentukan.
• Tafsiran umum kurikulum = aktiviti-aktiviti yang dialami
oleh seseorang individu dari peringkat kematangan
kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.
• Tafsiran spesifik pula = pelbagai aktiviti pembelajaran
yang dijalankan di dalam & di luar bilik darjah.
• Pengertian kurikulum juga merujuk kepada bidang-
bidang mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Kurikulum Mengikut Konteks Malaysia
• Menurut Laporan JawatanKuasa Kabinet 1979, dalam konteks
Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai :

• “Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah


atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat
pendidikan”.
Apakah Pembangunan Kurikulum?

• Pembangunan kurikulum pula adalah perihal pembinaan


dan pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum
dibentuk, ianya akan melalui tahap penyebaran, tahap
pelaksanaan, tahap penilaian, tahap pembaharuan yang
akan membawa kepada pembentukan dan pembinaan
kurikulum yang baru pula (Razali Arof, 1996).
Proses Pembangunan Kurikulum
Model Kurikulum
Model
Kurikulum

Model
Model Proses
Objektif

Model
Model Model
Kurikulum
Kurikulum Kurikulum
Stenhouse
Tyler (1949) Taba (1962)
(1975)
Hilda Taba 1962

• Model Taba diasaskan daripada hasil kerja.


• Taba lahir di desa kecil Kooraste, Estonia.
• Memulakan pendidikannya di Sekolah Paroki Kanepi.
• Kemudian belajar di Võrus Girls Grammar School dan
mendapatkan gelaran sarjana dalam Bahasa Inggeris dan Falsafah
di Universiti Tartu.
• Menyambung pelajaran Master Degree di Bryn Mawr College
Pennsylvania pada tahun 1927 dan Teachers College di Columbia
University (Ph.D. 1932)
Menurut Hilda Taba,
• Kurikulum seharusnya direka oleh guru-guru dan bukan
ditentukan oleh pihak berkuasa atasan.
• Mengambil pendekatan induktif dalam pembentukan
kurikulum.
• Menekankan objektif sebagai platform untuk aktiviti di
sekolah semasa merancang kurikulum.
• Objektif memandu keputusan kurikulum seperti isi
penyampaian, aspek yang ditekankan, jenis isi kandungan
yang dipilih dan jenis pengalaman yang perlu
dititikberatkan.
Model Kurikulum Taba (1962)
• Dikenali sebagai model pembangunan konsep .

• Mengutamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran


dalam proses P&P.
• Kaedah berkesan untuk mengajar kandungan kurikulum
dalam bentuk generalisasi dan diskriminasi.

• Guru memainkan peranan utama dan harus membantu


dalam proses perkembangan kurikulum.
• Menurut Yusuf Hashim (2000), Model Taba
menggunakan pendekatan “grass-root” untuk membina
kurikulum.

• Ia menggunakan pendekatan bawah ke atas (bottom-up).

• Kurikulum seharusnya dibina oleh guru dan bukannya


diturunkan dari atas ke bawah.

• Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah.


Strategi Pengajaran
• Menyenaraikan data yang • Diskriminasi antara data
diperlukan. dalam kategori berlainan.
• Mengumpulkan dan • Pengasingan antara
mengkategorikan data hubungkait kesan dan
ikut persamaan. PEMBENTUKAN INTEPRETASI akibat.
• Menyusunkan kategori. • Rumusan / inferens
KONSEP DATA
daripada pemerhatian.

INTEPRETASI,
APLIKASI
• Menganalisis masalah. PERASAAN, • Penyelesaian masalah
PRINSIP
• Meramalkan SIKAP & NILAI interpersonal.
penyelesaian masalah. • Perbincangan dan
pertimbangan nilai.
Langkah-langkah
Model Kurikulum Taba
2.Membentuk
objektif
tingkah laku
4. Menyusun
1.Mendiagnosis
bahan
kepentingan
pembelajaran
pembelajaran
3. Memilih 6. Menyusun
bahan pengalaman
pembelajaran pembelajaran
yang sesuai
5. Memilih
pengalaman
pembelajaran 7. Menentukan
bahan
pembelajaran
yang akan dinilai
dan cara-cara
untuk menilai
1. Mendiagnosis Kepentingan Pembelajaran
• Langkah ini menitikberatkan keperluan pelajar sebagai permulaan
dalam mengembangkan kurikulum .

• apa yang pelajar inginkan dan perlu untuk belajar juga perlu diberi
perhatian .

• Perlu mengenalpasti keperluan pelajar iaitu mereka yang menjadi


target kurikulum yang dirancang .

• Mewujudkan kesediaan belajar dengan merancang isi pelajaran


mengikut kebolehan pelajar serta susunan yang sesuai .
2. Membentuk Objektif Tingkah Laku

• Taba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan menentukan jenis


pelajaran yang perlu diikuti .

• Pembentukan objektif perlulah jelas dan komprehensif .

• Selepas mengenalpasti keperluan yang diambil perhatian objektif


untuk kurikulum perlu dibentuk .
3. Memilih bahan Pembelajaran yang Sesuai

• Objektif yang dipilih atau yang dibentuk membayangkan mata


pelajaran dan kandungan kurikulum.

• Berdasarkan kepada tujuan yang harus dicapai , yang telah


ditetapkan pada langkah kedua untuk memilih isi kurikulum .
4. Menyusun Bahan Pembelajaran

• Penyusunan isi kandungan adalah dengan menyusun dengan


urutan yang betul dan secara tersusun , dengan mengambil kira
kemantangan pelajar , pencapaian pelajar dan minat pelajar .

• Jelas melihatkan arah tujuan sesuatu kurikulum itu dirancang .


5. Memilih pengalaman pengajaran
• Isi kandungan yang disampaikan kepada pelajar perlu
menarik perhatian pelajar.

• Kaedah pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi


kandungan.

• Pengalaman-pengalaman belajar yang harus dimiliki pelajar


untuk mencapai tujuan kurikulum.
• Melalui pengalaman harian yang pelajar lalui, pengalaman
pelajar atau pengetahuan sedia ada perlu dikaitkan dengan
pelajaran baru seperti topik yang lalu.

• Pengetahuan dan pengalaman ini harus ada kaitan dengan topik


yang akan diajar.
6. Menyusun Pengalaman Pembelajaran
• Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran perlu teratur dan tersusun.

• Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira dalam melaksanakan


sesuatu aktiviti pembelajaran.

• Menggunakan pengalaman pelajar, teknik generalisasi.

• Guru menentukan bagaimana menyesuaikan pengalaman-


pengalaman belajar yang telah ditentukan itu ke dalam aktiviti belajar.

• Guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi pengalaman


yang bermakna kepada pelajar.
7. Menentukan Apa & Bagaimana Menilai
Kurikulum
• Perancangan kurikulum perlu mengenal pasti apakah objektif yang
dicapai dan prosedur penilaian perlu diperuntukan oleh guru dan
pelajar.

• Langkah 7 dilakukan untuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman


belajar dan cara belajar.

• Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam


menilai hasil aktiviti yang dijalankan seperti memberi kuiz atau ujian.

• Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada


kebijaksanaan guru.
• Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam
menilai hasil aktiviti yang dijalankan seperti memberi kuiz atau
ujian.

• Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada


kebijaksanaan guru.
Kekuatan dan Kelemahan
Model Taba
Kekuatan Model Taba
• Proses P&P dirancangkan berasaskan matlamat kurikulum.

• Guru bukan hanya pelaksana kurikulum semata-mata tetapi juga


pemaju dalam menjaya matlamat kurikulum.

• Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan


kreatif, apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan.

• Kaedah induktif mewujudkan suasana lebih fleksibel apabila


tidak terikat dengan pihak atasan.
• Rasional model yang logik strukturnya menjadikan
sebagai dasar yang berguna dalam perancangan dan
pemikiran kurikulum.

• Mengelakkan salah faham, sebuah tugas yang susah dari


perspektif kebanyakan pengembang kurikulum.

• Memodifikasi model dasar Tyler agar lebih representatif


dan sesuai terhadap perkembangan kurikulum di
sekolah-sekolah.
Kelemahan Model Taba
• Proses pelaksaannya memerlukan masa yang panjang.

• Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar


belakang pelajar yang berbeza-beza.

• Model ini lebih membebankan guru selaku pendidik dan


guru perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan
model ini.
• Latar belakang pengalaman dan kurangnya persiapan
diri seorang pendidik untuk berfikir dan mengembangkan
pemikirannya secara logik dan sistematik akan
mengalami kesulitan dalam menggunakan model ini.

• Kurang jelasnya hakikat belajar mengajar, kerana


seringkali pembelajaran justru terjadi di luar tujuan-
tujuan tersebut.

• Terlalu berlebihan menekankan pada formula hasil seperti


mementingkan tujuan perilaku (behavior objectives).
Rumusan
• Model taba mengaitkan pengetahuan dengan proses
perancangan dan pembelajaran. Aspek yang perlu
dipertimbangkan semasa proses perancangan pelajaran
ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan
membuat generalisasi / prinsip dari konkrit kepada
abstrak. Dalam proses pembelajaran, teknik
meningkatkan daya pemikiran pelajar adalah penting
untuk memperoleh dan menguasai generalisasi dan
prinsip yang abstrak.
Rujukan
Mastura Bazdis (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif . Jurnal Pusat Penyelidikan PerkembanganKanak-kanak Negara
(NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin (2016). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.

Qaisara Din. Kekuatan Dan Kelemahan Model Tylef Dan Model Taba. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEMAHAN_MODE
L_TYLER_DAN_MODEL_TABA

Sanjaya, Wina. (2009). Kurikulum dan Pembelajaran, Teori dan Praktik Pengembangan KTSP.
Jakarta: Kencana.

Taba, Hilda. 1962. "Curriculum Development" In Evaluation in the Eight Year Study.Columbus,
OH: Progressive Education Association.http://www.answers.com/topic/hilda-taba
Terima Kasih

Вам также может понравиться