Вы находитесь на странице: 1из 50

Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

  Pengaruh Rakan Sebelah di


Dalam Kelas Mempengaruhi Minat
dan Tingkah Laku Pelajar
Terhadap Pelajaran
Nama Ahli :

Siti Aishah Maulad Jainudin


Judith Ambrose
Kenneth ak Jarin
Siti Zulaikha binti Salim
Voon Ming Hann
Penjelasan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
pengaruh rakan sebelah di dalam kelas dalam
mempengaruhi minat dan presatsi pelajar. Hal ini
adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada
rakan sebelah di dalam kelas mampu memberi
pengaruh dalam prestasi dan minat pelajar. Di
samping itu, terdapat juga isu yang meyatakan
bahawa personaliti rakan sebelah di dalam kelas
itu mampu mempengaruhi dalam perkembangan
minat dan seterusnya mempengaruhi prestasi
pelajar.
Penghargaan
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga terutama sekali kepada Puan Pengetua
yang sudi memberi peluang kepada kumpulan kami
untuk menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada
guru – guru Tingkatan Enam, khususnya Puan Azizah
binti Baharudin yang telah banyak bertungkus –
lumus membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang
penyelidikan ini dijalankan. Kami juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan –
rakan kerana telah memberi kerjasama semasa kajian
ini dijalankan. Tanpa kerjasama dari mereka semua,
kami tidak mungkin akan dapat menyiapkan kajian
ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Abstrak

Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk


mengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelas
benar-benar memberikan pengaruh dalam minat dan tingkah
laku pelajar terhadap pelajaran. Kami menjalankan kajian
melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar tingkatan
enam atas tahun 2010. Melalui respon soal selidik yang
kami peroleh, kami mendapati bahawa majoriti pelajar
tingkatan enam atas bersetuju bahawa individu yang duduk
di sebelah di dalam kelas banyak mempengaruhi minat dan
tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Kajian ini penting
dalam mengenal pasti sama ada personaliti rakan sebelah di
dalam kelas ini dapat memberi impak dalam mempengaruhi
minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.
MASALAH PENYELIDIKAN
Pengenalan kepada masalah penyelidikan
Kajian ini penting untuk memberi pendedahan terhadap pengaruh rakan
sebelah di dalam kelas ke atas minat dan tingkah laku yang turut dipengaruhi
oleh pelbagai faktor lain seperti faktor sosial dan persekitaran fizikal. Kelas
merupakan tempat yang terbaik untuk pelajar belajar, mengulangkaji serta
tempat untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, sekiranya keadaan
persekitaran ini tidak memuaskan, perkara ini boleh memberi pengaruh yang
negatif terhadap pelajar, khususnya dalam bidang akademik.
Tambahan pula, setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiat masing –
masing, dan adakalanya mereka amat mudah terpengaruh dengan orang –
orang di sekeliling mereka. Oleh itu, pelajar yang berada di dalam
persekitaran yang baik akan mendatangkan kesan positif ke atas diri mereka.
Warga SMK Matang Jaya amat menggalakkan pertumbuhan sosial dan emosi
yang baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Pelajar dididik dengan
amalan yang baik di dalam kelas sejak dari peringkat sekolah agar menjadi
perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.
Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan kajian ini ialah :


I. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai
hubungan yang signifikan ke atas pencapaian
pelajar.
II. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai
hubungan yang signifikan ke atas perubahan dan
tingkah laku pelajar.
III. Faktor gender mempunyai hubungan yang
signifikan ke atas pencapaian pelajar.
IV. Faktor gender mempunyai hubungan yang
signifikan dalam perubahan tingkah laku pelajar.
Kekangan Penyelidikan

Kajian ini dilaksanakan ke atas 44 orang


pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Matang
Jaya. Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada
pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja. Kajian ini
hanya menggunakan kaedah soal selidik yang
dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh
sebab itu, keberkesanan kajian ini adalah
sangat bergantung kepada sejauh mana
kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam
menjawab borang soal selidik yang diberikan.
RUJUKAN

Teori
Menurut Hoel, Parker dan Rivenberg (2004), terdapat kesan yang tinggi antara
kualiti akademik rakan sebaya atau rakan sebelah dengan pencapaian akademik
pelajar. Penyelidik mendapati kelayakan akademik rakan sebaya atau rakan sebelah
boleh merangsang dan mendatangkan kesan ke atas pencapaian pelajar sama ada
dalam semester pertama mahupun semasa melalui zaman karier mereka. Penyelidik
turut mendapati pelajar yang cemerlang dalam akademik berpunca daripada tabiat
dan tingkah laku rakan sebelah dan juga rakan – rakan.
Laar, Levin, Sinclair dan Sidanius (2004 : 329) mendapati rakan sebelah dari latar
belakang etnik yang berbeza, sama ada secara paksaan atau sukarela berpotensi
untuk menyumbang tingkah laku yang negatif.
Piaget dan Erikson (1995) berpendapat bahawa persekitaran menolong remaja
mencapai potensinya. Piaget menjelaskan bahawa masyarakat berperanan
membantu remaja membina identiti yang positif. Individu pula tidak akan dapat
berkembang langsung selepas peringkat pengendalian konkrit dalam masyarakat
yang kurang maju. Erikson pula berpendapat identiti bergantung kepada sokongan
yang diterima oleh generasi muda.
Dusek (1995) pula menjelaskan bahawa pada tahap operasi formal ini, remaja
boleh berfikir secara mendalam, membuat andaian dan berfikir tentang masa
depan. Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepada pembentukan
Penyelidikan yang berkaitan

Sulaiman Shamsuri (1985, dalam Hasmaliza Husain 1990 :


8) menjelaskan bahawa kemajuan seseorang pelajar dari segi
fizikal, mental dan psikologi bergantung kepada pelajar itu
sendiri dan dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu latar
belakang keluarga, pengalaman dan reaksi terhadap
pengalaman itu sendiri.
 Menurut Baharuddin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin
dan Nordin Mamat (2002 : 73) pula, pengaruh rakan sebelah
terhadap seseorang individu lebih banyak berbanding
pengaruhnya dalam membentuk personaliti serta gaya
tingkah laku positif atau negatif. Selain itu, pengaruh rakan
sebelah juga boleh memahirkan lagi pembelajaran melalui
perbincangan terutamanya bagi rakan yang cemerlang.
METOLOGI PENYELIDIKAN

Reka Bentuk Penyelidikan


Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah soal selidik .
Kaedah ini digunakan kerana
membolehkan penyelidik memahami
keseluruhan skop kajian dengan sampel
yang kecil serta dapat mengukur
pendapat, sikap dan tingkah laku
responden ( Fox, 1986).
Populasi
Populasi untuk kajian ini ialah seramai 44 orang responden pelajar
Tingkatan 6 Atas di SMK Matang Jaya. Oleh sebab bilangan
responden lelaki Tingkatan Enam Atas hanya 22 orang responden
sahaja, jadi kami telah memilih seramai 22 orang responden
perempuan yang terpilih untuk menyeimbangkan bilangan
responden lelaki. Tujuan kami menjadikan pelajar Tingkatan
Enam Atas tahun 2009/2010 sebagai responden kerana akan
memudahkan penyelidikan kami di samping dapat mengecilkan
lagi skop kajian yang dijalankan.

Kaedah Penyelidikan
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan. Kajian
tinjauan merupakan satu kajian deskriptif. Data deskriptif biasanya
dikumpul dengan mentadbir soal selidik, menemu bual subjek,
memerhatikan peristiwa atau menganalisis sumber – sumber
dokumentari. Kami juga mengedarkan sendiri borang soal selidik
kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan data.
Prosedur Pengumpulan Data

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal
selidik yang dibuat menerusi perbincangan dengan guru penasihat
kami, iaitu Puan Azizah binti Baharudin. Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu :
Bahagian A : Soal selidik tentang maklumat peribadi pelajar
Bahagian B: Soal selidik mengenai pengaruh rakan sebelah di dalam
kelas mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap
pelajaran.
 Item – item dalam bahagian A dibina untuk mengetahui maklumat
peribadi responden manakala bahagian B pula digubal untuk
mendapatkan maklumat mengenai hubungkait pengaruh rakan
sebelah mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap
pelajaran. Item dalam bahagian B berbentuk soalan yang
menggunakan skala dari “ Tidak Setuju” hingga ke “Sangat Setuju”.
KEPUTUSAN ENYELIDIKAN

Maklumat Pemaklum Balas


 Minat
 Tingkah laku
Dapatan Penyelidikan

A) Minat
Berdasarkan Jadual 1 dan graf 1,seramai 14 orang atau 31.8% responden sangat setuju rakan
sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadap pelajaran,manakala 19
orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 15 orang
responden atau 34.1% serta seramai 6 atau 13.6% orang responden tidak setuju mengenai
pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju
perbincangan bersama rakan sebelah mempengaruhi prestasi pelajaran mereka.

Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setuju
rakan sebelah mempengaruhi minat pelajaran .Seramai 8 orang responden lelaki atau 18.2%
setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang
setuju dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% bilangan responden lelaki
serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 11 orang responden atau 50% sangat setuju
mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju
rakan sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadap pelajaran mereka
serta 1 atau 2.3% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya
mencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidak setuju pula juga
hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 2 dan graf 2,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju
perbincangan bersama rakan sebelah yang berkaitan dengan pelajaran mempengaruhi prestasi
pelajaran mereka,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula
mencatatkan sebanyak 15 orang responden atau 34.1% serta seramai 1 atau 2.3% orang
responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden
sangat tidak setuju perbincangan bersama rakan sebelah mempengaruhi prestasi pelajaran
mereka.

Manakala dari segi gender pula,seramai 4 atau 9.1% orang responden lelaki sangat setuju
perbincangan bersama rakan mempengaruhi prestasi pelajaran mereka.Seramai 11 orang
responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang
responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju tidak mencatatkan sebarang bilangan responden
lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 8 orang responden perempuan atau 18.1% setuju perbincangan
bersama rakan mempengaruhi prestasi pelajaran mereka serta 9 atau 20.5% kurang setuju dengan
pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 1 orang responden perempuan atau
2.3% dan sangat tidak setuju pula juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden
perempuan.
Berdasarkan Jadual 3 dan graf 3,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju bahawa
berasa gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah,manakala
21 orang responden atau 47.7% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 10 orang
responden atau 22.7% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden tidak setuju mengenai
pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka
gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah.

Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setuju
bahawa mereka gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan
sebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas
manakala 4 atau 9.1% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan 3
atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3%
orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.7% setuju mereka berasa
gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah serta 6 atau
13.6% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 1 orang
responden perempuan atau 2.3% dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3%
orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 4 dan graf 4,seramai 5 orang atau 11.4% responden sangat setuju mereka
tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran,manakala 22
orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 10 orang responden
atau 22.7% serta seramai 5 atau 11.4% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas
dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka tidak pernah berasa
jemu apabila berbincang dengan rakan sebelah mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju
bahawa mereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan pelajaran oleh
rakan sebelah.Seramai 10 orang responden lelaki atau 22.7% setuju mengenai pernyataan di atas
manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan
3 atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau
2.3% orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 12 orang responden perempuan atau 27.3% setuju mereka tidak
berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran oleh rakan sebelah
serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya
mencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidak setuju juga hanya
mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 5 dan graf 5,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju mereka tidak
berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran,manakala 18
orang responden atau 40.9% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 14 orang responden
atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas
dan seramai 3 orang atau 6.8% responden sangat tidak setuju bahawa mereka tidak berasa bosan
setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan berkaitan tentang pelajaran.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa
mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan tentang
pelajaran oleh rakan sebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai
pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju
pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula
mencatatkan 1 atau 2.3 orang responden lelaki.

 Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau 11.4% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju mereka tidak berasa
bosan setiap kali rakan sebelah meengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran oleh rakan sebelah
serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula tidak
mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya
mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 6 dan graf 6,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setuju mereka
akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji
pelajaran,manakala 18 orang responden atau 40.9% setuju, kurang setuju pula mencatatkan
sebanyak 14 orang responden atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5% orang responden tidak setuju
mengenai pernyataan di atas dan seramai 3 orang atau 6.8% responden sangat tidak setuju mereka
akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju
bahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah
mengulangkaji pelajaran.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai
pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju
pula mencatatkan sebanyak 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju
pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau11.4% sangat setuju
mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju bahawa
mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelah mengulangkaji
pelajaran, serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula
tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya
mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 7 dan graf 7,seramai 13 orang atau 29.5% responden sangat setuju prestasi
akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi rakan sebelah untuk mereka berusaha
bersungguh-sungguh,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula
mencatatkan sebanyak 4 orang responden atau 9.1% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden
tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 4 orang atau 9.1% responden sangat tidak
setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah mempengaruhi mereka untuk berusaha
bersungguh-sungguh.

Manakala dari segi gender pula,seramai 7 atau 15.9% orang responden lelaki sangat setuju
bahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha
bersungguh-sungguh, manakala kurang setuju tidak mencatatkan sebarang bilangan responden
dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% orang bilangan responden lelaki serta
sangat tidak setuju pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden lelaki.

 Untuk gender perempuan pula ialah seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju
mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.8% setuju bahawa
prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-
sungguh, serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula tidak
mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya
mencatatkan 4 atau 9.1% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 8 dan graf 8,seramai 4 orang atau 9.1% responden sangat setuju bahawa
mereka mengulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara
sukarela,manakala 22 orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak
12 orang responden atau 27.3% serta seramai 4 atau 9.1% orang responden tidak setuju mengenai
pernyataan di atas dan sebanyak 2 orang atau 4.5% responden sangat tidak setuju bahawa mereka
mengulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara sukarela.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa
mereka megulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secara sukarela,setuju
pula mencatatkan sebanyak 11 orang responden atau 25%, manakala kurang setuju hanya
berjumlah 5 atau 11.3% bilangan responden dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 3 atau
6.9% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang
responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 22.8% setuju bahawa prestasi
akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh,
serta 7 atau 15.9% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya
mencatatkan 1 bilangan responden perempuan dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1
atau 2.3% orang responden perempuan.
Berdasarkan Jadual 9 dan graf 9 ,seramai 4 orang atau 9.1% responden terdorong untuk bertanya
kepada guru setiap kali rakan sebelah bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran ,manakala 24
orang responden atau 54.5% setuju, kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 11 orang responden
atau 25% serta seramai 1 atau 2.3% orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan
sebanyak 4 orang atau 9.1% responden sangat tidak setuju bahawa setiap kali rakan sebelah
mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada
guru juga.

Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setuju bahawa
setiap kali rakan sbelah mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong
untuk bertanya kepada guru juga,setuju pula mencatatkan sebanyak 13 orang responden atau
29.5%, manakala kurang setuju hanya berjumlah 4 atau 9.1% bilangan responden dan tidak setuju
pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula
mencatatkan 3 atau 6.9% orang responden lelaki.

Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setuju mengenai
pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 25% setuju bahawa setiap kali
rakan sebelah mereka bertanya kepada guru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk
bertanya kepada guru juga, serta 7 atau 15.9% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak
setuju pula mencatatkan bilangan responden perempuan sebanyak 1 atau 2.3% dan sangat tidak
setuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.
B) Tingkah Laku
Berdasarkan Jadual 1 dan Graf 1, seramai 8 orang responden atau 18.2% sangat setuju,
setuju pula seramai 18 orang responden atau 40.9% dan kurang setuju pula mencatatkan
seramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa rakan sebelah merupakan
antara faktor yang mendorong mereka mengubah sikap. Walau bagaimanapun, bilangan
responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3
orang atau 6.8%.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4%
sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju
dan 7 orang responden atau 15.9%kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak
setuju dengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5%
menyatakan mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju rakan sebelah
merupakan faktor yang mendorong mereka untuk mengubah sikap ialah seramai 3 orang
atau 6.8%, diikuti pula seramai 10 orang responden atau 22.8% setuju serta 5 orang
responden atau 11.3% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang
responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3% sangat tidak
setuju dengan penyataan di atas.
Berdasarkan Jadual 2 dan Graf 2, seramai 9 orang responden atau 20.5% sangat setuju,
setuju pula seramai 20 orang responden atau 45.4% dan kurang setuju pula mencatatkan
seramai 11 orang atau 25% terhadap penyataan bahawa mereka tidak pernah berasa
marah apabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka. Walau bagaimanapun,
bilangan responden yang tidak setuju ialah hanya seorang sahaja atau 2.3% dan seramai
3 orang responden atau 6.8% sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4%
sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju
dan 7 orang responden atau 15.9% kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak
setuju dengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5%
menyatakan mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan tidak
pernah berasa marah apabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka ialah seramai
4 orang atau 9.1%, diikuti pula seramai 12 orang responden atau 27.2% setuju serta 4
orang responden atau 9.1% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Hanya seorang
responden lelaki atau 2.3% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan di
atas.
Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3, seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju,
setuju pula seramai 19 orang responden atau 43.2% dan kurang setuju pula mencatatkan
seramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa mereka berasakan sikap mereka
semakin positif apabila bersama – sama rakan sebelah. Walau bagaimanapun, bilangan
responden yang tidak setuju ialah seramai 4 orang atau 9.1% dan bagi yang sangat tidak
setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 3 orang responden atau 6.8%.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 3 orang responden perempuan atau 6.8% sangat
setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7 orang atau 15.9% setuju dan 8 orang
responden atau 18.3% kurang setuju. Bilangan responden yang tidak setuju dan sangat tidak
setuju mencatatkan bilangan yang sama iaitu hanya 2 orang responden sahaja atau 4.5%.

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan berasakan
bahawa sikap mereka semakin positif apabila bersama – sama rakan sebelah mereka ialah
seramai 4 orang atau 9.1%, diikuti pula seramai 8 orang responden atau 18.2% setuju serta 4
orang responden atau 11.4% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang
responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidak setuju
dengan penyataan di atas.
Berdasarkan Jadual 4 dan Graf 4, seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat
setuju, dan bilangan responden yang setuju dan kurang setuju dengan penyataan di
atas mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 15 orang atau 34.1% . Bilangan
responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju juga mencatatkan bilangan yang
sama iaitu seramai 4 orang atau 9.1%.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuan atau 4.5%
sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7 orang atau 15.9%
setuju dan 10 orang responden atau 22.8% sangat tidak setuju. Bilangan responden
yang tidak setuju pula ialah hanya seorang sahaja atau 2.3% dan sangat tidak setuju
pula seramai 2 orang responden atau 4.5%.

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan tidak
kisah seandainya rakan sebelah menegur sebarang tingkah laku mereka ialah seramai
3 orang atau 6.8%, diikuti pula seramai 12 orang responden atau 27.3% setuju serta 4
orang responden atau 9.1% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 2
orang responden lelaki atau 4.5% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3%
sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.
Berdasarkan Jadual 5 dan Graf 5 , seramai 10 orang responden atau 22.7% sangat setuju,
setuju pula seramai 18 orang responden atau 40.9% dan kurang setuju pula mencatatkan
seramai 8 orang atau 18.2% terhadap penyataan bahawa mereka terdorong untuk merubah
sikap apabila rakan sebelah mereka lebih berdisiplin. Walau bagaimanapun, bilangan
responden yang tidak setuju ialah seramai 5 orang atau 11.4% dan bagi yang sangat tidak
setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 3 orang responden atau 6.8%.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 4 orang responden perempuan atau 9.0% sangat
setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 10 orang atau 22.8% setuju dan 5
orang responden atau 11.4% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setuju
pula ialah seramai dua orang atau 4.5% dan sangat tidak setuju pula hanya seorang
responden sahaja atau 2.3%.

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan terdorong
untuk merubah sikap apabila rakan sebelah mereka lebih berdisiplin ialah seramai 6 orang
atau 13.7%, diikuti pula seramai 8 orang responden atau 18.2% setuju serta 3 orang
responden atau 6.8% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orang responden
lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidak setuju dengan
penyataan di atas.
Berdasarkan Jadual 6 dan Graf 6 , seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju, setuju
pula seramai 14 orang responden atau 31.9% dan kurang setuju pula mencatatkan seramai 16
orang atau 36.3% terhadap penyataan bahawa mereka tidak akan menemani rakan sebelah
bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru sedang mengajar. Walau
bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju ialah seramai 4 orang atau 9.1% dan
bagi yang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 6 orang responden atau
13.6%.

Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuan atau 4.5% sangat
setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 5 orang atau 11.3% setuju dan 10 orang
responden atau 22.8% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setuju hanya
seorang responden sahaja atau 2.3%. dan sangat tidak setuju pula seramai 4 orang atau 9.1% .

Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan mereka tidak
akan menemani rakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru
sedang mengajar ialah seramai 2 orang atau 4.5%, diikuti pula seramai 9 orang responden atau
20.5% setuju serta 6 orang responden atau 13.7% kurang setuju dengan penyataan tersebut.
Seramai 3 orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5%
sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.
KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Kesimpulannya, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas telah


memberi kesan terhadap minat dan tingkah laku pelajar-pelajar
Tingkatan 6 Atas terhadap pelajaran di SMK Matang Jaya Kuching
Sarawak. Pengaruh lebih cenderung baiknya dalam akademik
setiap pelajar manakala rakan sebelah merupakan pengaruh utama
dalam membentuk minat dan tingkah laku para pelajar.

Hal ini telah menunjukan bahawa pelajar Tingkatan 6 Atas mudah


terpengaruh dengan sikap rakan sebelah mereka di dalam kelas.
Para pelajar lebih cenderung terhadap minat dan tingkah laku yang
positif dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh yang
negatif. Selain itu, mereka mempunyai inisiatif sendiri untuk
mengelakkan diri mereka daripada terpengaruh dengan pengaruh-
pengaruh negatif.
CADANGAN PENYELIDIKAN

Menerusi kesimpulan di atas, kumpulan kami telah membincangkan cadangan


dalam merubah minat dan tingkah laku rakan sebelah terhadap pembelajaran di
dalam kelas ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas.

Cadangan penyelidikan kami ialah;


I. Para guru di SMK Matang Jaya boleh menentukan tempat duduk para pelajar
bersesuaian dengan prestasi akademik dan sikap mereka.
II. Guru subjek juga boleh menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas
bersesuaian dengan rakan di sebelah yang boleh mendorong pelajar yang lemah
identit yang lebih cemerlang.
III. Para pelajar juga boleh memilih rakan sebelah mereka mengikut pencapaian
akademik dan tingkah laku yang sesuai dengan mereka.
IV. Semua cadangan di atas boleh membentuk generasi yang cemerlang menerusi
pengaruh rakan sebelah yang baik. Oleh itu, pengaruh rakan sebelah di dalam
kelas memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku
pelajar terhadap pelajaran dan perubahan sikap pelajar ini boleh menonjolkan
identiti sebenar seorang pelajar.
BIBLIOGRAFI

Hoel J, Parker J, and Rivenberg J (2004).


Peer Effects : Do First-Year Classmates,
Roomates and Dormmates Affects
Student’s Academic Success.
Sekaran U (2003). Research Methods for
Business. A Skill Building Approach, 4th
Edition. New Jersey : John Wiley and sons.
William Wiersma (2002) : Research Methods
in Education An Introduction 7th Edition,
University of Toledo, Allyn and Bacon.

Вам также может понравиться