Вы находитесь на странице: 1из 24

Apakah maksud kurikulum?

Kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar


dan apa yang murid perlu belajar.
Kurikulum formal dan terancang di sekolah ialah
mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah
yang berasaskan sukatan pelajaran yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran.
 Di sekolah terdapat juga kokurikulum (kurikulum
tambahan) yang murid belajar secara terancang di
luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti sukan,
persatuan dan pasukan beruniform.

 Berikut ialah beberapa istilah atau konsep


berhubung dengan kurikulum di Malaysia.
Sukatan pelajaran (Syllabus)
Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan
sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya sukatan
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran
Matematik Tingkatan 1-3, dan sebagainya.
Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata
pelajaran itu, tajuk dan ringkasan kandungan yang
perlu diajar di sekolah.
Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran,
aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh
digunakan, dan kaedah pentaksiran. Biasanya ini
dibuat dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Program/Kursus Pengajian
Sesuatu program pengajian terdiri daripada satu set
atau siri kursus.
Di peringkat pengajian tinggi kurikulum atau sesuatu
program pengajian biasanya terdiri dari set kursus
dalam sesuatu bidang (misalnya dalam bidang
Pengajian Malaysia, Geografi atau Pengajian Islam),
yang pelajar perlu belajar dan lulus untuk dianugerah
sijil, diploma atau ijazah.
Rancangan kandungan kursus
 Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian
tinggi biasanya mengandungi sinopsis, rasional,
hasil pembelajaran, senarai tajuk dan isi kasarnya
sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu
diajar, kaedah pentaksiran, tempoh masa, dan
rujukan utama.
Pelan akademik

 Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan,


isi kandungan topik-topik dan urutannya, proses
instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan
kaedah pentaksiran.
Standard
Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai
oleh murid untuk dianggap sebagai telah lulus dan
mencapai tahap yang diperlukan.
Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yang
menentukan dahulu tahap atau kriteria yang murid
harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau
kursus.
Kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu
ditentukan dan dinyatakan (content standard).
Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam
bentuk sukatan pelajaran) untuk rujukan guru dan murid
bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
mencapai tahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu.
Skop dan urutan
Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran
yang diharapkan murid mencapainya. Urutan
diberi dengan menyenaraikan hasil pembelajaran
bagi setiap tahap pembelajaran.
Ini membayangkan skop kandungan dan hasil
pembelajaran mengikut topik tertentu.
Buku Teks
Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan
sukatan pelajaran yang ditulis oleh pengarangnya.
Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan
murid melihat liputan kandungan kurikulum sesuatu
mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari.
Jenis-jenis kurikulum
Kurikulum rasmi (official curriculum) – kurikulum
yang didokumen secara rasmi
Kurikulum operasi (operational curriculum) – isi
kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil
pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada
murid.
Kurikulum utama (core curriculum): semua murid
belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya.
Kurikulum luar (extra curriculum) – pengalaman yang
dirancang di luar kurikulum akademik.
Kerangka kurikulum
Proses merancang dan membina kurikulum rasmi
dipandu oleh apa yang dipanggil kerangka
kurikulum.
Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen
penting yang perlu ada dalam sesuatu rancangan
kurikulum secara keseluruhannya (misalnya
kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah)
dan bagi sesuatu mata pelajaran.
Panduan menentukan kurikulum sekolah
1. Apakah sepatutnya objektif pengajaran di
sekolah? (What educational purposes should the
school seek to attain?)
2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh
disediakan yang mungkin mengakibatkan
tercapainya objektif itu? (What educational
experiences can be provided that are likely to attain
these purposes?)
3. Bagaimanakah ‘pengalaman pembelajaran’ ini
harus disusun supaya berkesan bagi
pembelajaran? (How can these educational
experiences be effectively organized?)
4. Bagaimanakah kita menentukan yang hasil
pembelajaran itu tercapai? (How can we determine
whether the learning outcomes are being attained?)
Struktur pengetahuan
Kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran
sebahagian besarnya termasuk ‘pengetahuan’ dan
‘kemahiran’ dalam sesuatu mata pelajaran atau
topik.
Terdapat pelbagai pengertian dan kefahaman tentang
‘pengetahuan’ dan klasifikasi pengetahuan mengikut
ahli falsafah, ahli psikologi kognitif, ahli sains dan
ahli pendidikan.
Jenis-jenis Pengetahuan
• Pengetahuan deklaratif/proposisi
(Declarative/Propositional knowledge)
• Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural
knowledge)
• Pengetahuan struktur (Structural knowledge)
According to Jonassen (2000), “Structural
knowledge, which connects declarative and
procedural knowledge is knowledge of how the
ideas within a domain are integrated and
interrelated.”
Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai
• Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)
• Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge)
yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih
luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara
eksplisit.
• Pengetahuan fakta spesifik
• Pengetahuan istilah dan konsep
• Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur
• Pengetahuan klasifikasi
• Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori
• Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu
bidang atau disiplin (structure of knowledge of a
discipline)
Struktur kemahiran
• Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan
penggunaan minda seperti kemahiran berfikir (seperti
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan
kemahiran berfikir secara lateral) dan kemahiran
proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat
inferens, mengawal pembolehubah, menaakul, dan
sebagainya).
• Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan
penggunaan pergerakan otot (seperti kemahiran
manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan
sebagainya)
• Kemahiran afektif, yang melibatkan emosi individu
yang mengandungi sentimen, empati, simpati,
prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
• Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak
melibatkan perhubungan dengan pihak lain (seperti
kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja
dalam pasukan, dan sebagainya)
Latihan
 Pilih satu tajuk atau sub-tajuk dalam Pengajian
Malaysia.
 Tuliskan fakta, konsep, dan generalisasi bagi
membantu anda memahami struktur pengetahuan
dengan lebih baik.
LATIHAN
Contoh 1
• Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii)
Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur
dengan termometer, bacaan termometer meningkat.
• Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan – haba
diserap, (iii) Haba – satu bentuk tenaga yang berpindah
disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda.
• Generalisasi: Teori Kinetik Jirim – Cecair terdiri daripada
molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap
menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu
menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak
lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini
menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan
termometer meningkat.
Contoh 2
• Fakta: Suhu bulan Januari di Tanjong Malim ialah
350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah
hujan di Tg. Malim – x mm setahun, Kuala Lumpur – x mm
setahun,
• Konsep: Iklim – keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera,
jumlah hujan, dan lain-lain; suhu – darjah kepanasan,
tekanan atmosfera – daya seunit luas yang dikenakan oleh
atmosfera ke atas objek di permukaan bumi.
• Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat
ke satu tempat di Semenanjung Malaysia.
TERIMA KASIH

Вам также может понравиться