Вы находитесь на странице: 1из 23

KONSEP DISLEKSIA

Pemikir Visual Multidimensional


Seseorang yang mengalami disleksia
adalah pemikir visual yang multi
dimensional kerana mereka berfikir dalam
bentuk gambaran atau imej. Oleh itu
kadang kala sukar bagi mereka untuk
memahami huruf, nombor, symbol dan
perkataan yang ditulis (Davis,1982).
Alat-Alat Dan Bahan Bahan Mengajar

Sepatutnya dalam program disleksia


disediakan alat-alat yang boleh membantu
mengatasi masalah-masalah dalam
membaca, menulis dan tumpuan. Kaedah
ini akan membantu kanak-kanak dan orang
dewasa yang mengalami disleksia,
mengenal dan mengawal proses mental
yang diganggu oleh persepsi huruf dan
perkataan. (Davis, 1982).
Yakin Pada Diri
Seseorang yang mengalami masalah
disleksia seharusnya merasa yakin bahawa
persepsi mereka adalah tepat supaya
mereka boleh menyelesaikan punca
masalah mereka dalam pembelajaran
melalui kaedah yang dibina daripada
kreativiti dan kekuatan imaginatif mereka.
(Davis, 1982).
Bukan Satu Penyakit
Disleksia bukan satu penyakit dan juga tidak
dihasilkan daripada kecederaan atau kerosakan
otak. Individu yang mengalami disleksia berfikir
dalam bentuk gambaran atau imej, tidak dalam
bentuk perkataan-perkataan. Mereka mengalami
kesukaran dalam pembelajaran symbol seperti
huruf-huruf dan nombor-nombor. Apabila mereka
terkeliru atau kecewa mereka mula mengalami
gangguan persepsi seperti pembalikan huruf dan
akan menjadi penghalang untuk berjaya dalam
pembelajaran.
(Davis, 1982).
Kenal dan Kawal Mental
Individu yang mengalami masalah disleksia yang
dihasilkan daripada gangguan persepsi, boleh
belajar dengan cara mengenal dan mengawal
mentalnya untuk membendung masalahnya,
seterusnya didedahkan pula dengan cara belajar
yang baru, menggunakan pendekatan yang lebih
efektif dalam pembelajaran membaca, menulis,
mengeja dan kalkulasi matematik
(Davis, 1982).
Empat Kawasan Yang Perlu
Diketahui
Ada empat kawasan yang perlu diketahui
mengenai seseorang yang mengalami
masalah disleksia yang sentiasa
dibahaskan dan seharusnya di dalami
kefahamannya oleh penyelidik, ahli
falsafah pendidikan dan guru-guru.
Empat kawasan yang perlu
diketahui adalah:
 Tahap perolehan normal literasi untuk
mahir dalam membaca dan mengeja.
 kesukaran tertentu oleh seseorang yang
mengalami masalah disleksia,
Empat Kawasan yang perlu
diketahui
 mengkaji struktur prinsip-prinsip
kepelbagaian atau multi sensori dalam
pengajaran
 perkataan-perkataan dan organisasi
penulisan
(Jean Walker, 2000).
Pembelajaran dan Pengajaran
Disleksia
Program disleksia mengandungi diagnosis,
perancangan, pendekatan, kaedah dan
aktiviti dalam pembelajaran dan pengajaran,
terapi dan perubatan, bertujuan untuk
menangani masalah spesifik yang dialami
oleh murid-murid disleksia secara individu.
Konsep Pendidikan
Murid yang mengalami masalah
pembelajaran spesifik disleksia belajar
menggunakan kurikulum kebangsaan yang
mengandungi mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains
dan Agama Islam/Pendidikan Moral yang
sedia ada. Huraian Sukatan Pelajaran semua
mata pelajaran tersebut jika perlu diubah
suai pendekatannya dan aktiviti bagi
keperluan murid-murid disleksia.
Masalah disleksia Yang perlu
Tangani Dalam
Bidang Kemahiran Lisan

 Mendengar dan memahami arahan


berturutan.
 Mengingati dan menyatakan semula
arahan.
 Kemahiran menyatakan sesuatu mengikut
turutan.
Bidang "Interpersonel"

 Mengenali diri sendiri.


 Motivasi
Bidang Kefahaman Dalam Bacaan
 Memahami perbendaharaan kata.
 Memahami petikan cerita pendek.
 memahami dan menjawab soalan
berdasarkan petikan karangan.
Bidang Penulisan

 Mengeja.
 Menyalin semula petikan yang didengar.
 Menyalin semula petikan bertulis.
 Menyusun Idea-Idea memahami dan
menjawab soalan berdasarkan petikan
karangan.
 Mengarang cerita pendek berasaskan draf-
draf tertentu.
Bidang Aktiviti/Latihan Koordinasi
Pergerakan
 Latihan pergerakan kiri dan kanan
 Mengintegrasikan otak kiri dan kanan.
Bidang Modifikasi Tingkah Laku
 Pembentukan tingkah laku
 Pengukuhan tingkah laku
Bidang Modifikasi Tingkah Laku
 Pembentukan tingkah laku
 Pengukuhan tingkah laku
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

1. Murid disleksia duduk di hadapan


2. Percakapan guru jelas
3. Tulisan guru jelas
4. Beri ganjaran
5. Beri cukup masa untuk tugasan
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

6. Kurangkan aktiviti bacaan, penulisan dan


latihan mengeja. Banyakkan aktiviti
bermain sambil belajar dan tidak
dibebankan dengan kerja rumah. Beri
kerja yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid.
7. Jangan kelirukan murid dan memarahi
mereka kerana kesalahan bahasa
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

8. Guru membaca dan murid mendengar.


9. Guru membaca dan murid mengikut.
10. Membaca secara berpasangan.
11. Guru memberikan panduan cara-cara
untuk menyampaikan pesanan. Minta
murid tersebut menyampaikan pesanan
tersebut kepada murid lain.
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

12. Sila kesan pesanan tersebut sama ada


tepat, terpesong atau kurang tepat.
Guru boleh membetulkan pesanan-
pesanan yang kurang tepat atau
terpesong. Selain itu guru akan dapat
mengesan daya pendengaran murid
sama ada sempurna atau sebaliknya.
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

13. Guru digalakkan merakam suara murid


dan memperdengarkannya semula.
Kaedah sebut dan dengar semula amat
menarik perhatian murid. Murid akan
dapat membetulkan intonasi mereka.
14. Banyakkan aktiviti lisan, terokaan dan
eksperimental.
Aktiviti Menangani Masalah
Disleksia

15. Tunjuk kesalahan yang mereka buat


dengan sabar dan cara lembut dan
cara yang betul melakukannya
16. Ada pendapat mengatakan bahawa
kunci kejayaan mengajar murid
disleksia ialah dengan menggunakan
kata-kata peribahasa Cina.
SEKIAN, TERIMA KASIH

TAMAT

Вам также может понравиться