Вы находитесь на странице: 1из 35

Pengaruh Islam terhadap Kesultanan Melayu

Melaka
Sejarah Pembukaan Melaka
ò Terdapat beberapa pandangan tentang penubuhan kerajaan Melayu
Melaka, baik dari segi tarikh, pengasas dan juga pengislaman
kerajaan itu.

ò Mengikut pendapat Ferrand G dalam artikelnya, “Melaka, le Melayu et


Malayur” dalam Journal Asiatique Mai-Juin et Juilet- Aout, 1918,
bahawa Melaka telah wujud sejak kurun ke-8 Masihi lagi.

ò Beliau mengatakan kerajaan Malayur (Melayu) yang disebut oleh


Marco Polo dan Ma-il-yu-eul (Mo-lo-yo) dalam catatan Cina itu
adalah sebenarnya Melaka.

ò Namun, pandangan ini telah ditentang oleh kebanyakan sejarawan


hari ini.
ò Sajarah Melayu mencatatkan bahawa Melaka telah
ditubuhkan setelah pemerintah Singapura lari ke Melaka akibat
serangan Majapahit.

ò Pemerintah Singapura, Iskandar Syah dikatakan oleh Sejarah


Melayu telah melarikan diri ke Muar kemudian ke Bertam dan
akhirnya membuka negeri di situ yang dinamakan Melaka (A.
Samad Ahmad, 1986: 70-71).

ò Tetapi, penyataan ini telah dikritik.

ò Wolters upamanya telah mempersoalkan tentang kewujudan


Singapura itu sendiri. Menurut Wolters, Sejarah Singapura
sengaja diada-adakan oleh penulis Sejarah Melayu untuk
menyembunyikan zaman yang memalukan, iaitu zaman
kejatuhan Srivijaya Palembang dan digantikan oleh kerajaan
Malayu Jambi (Wolter, 1990: 92).
ò Namun secara umumnya, kebanyakan sejarawan menyatakan
bahawa Melaka hanya dibuka pada awal abad ke-15M (1400-
1402) kerana tiada catatan yang menunjukkan kewujudan
sebenar Melaka oleh tulisan-tulisan pengembara yang melewati
kawasan ini sebelum abad ke-15 seperti Marco Polo (1292M),
Odoric of Pordenone (1323M) dan Ibn Batuta (1345-46M).
ò Mengikut catatan-catatan Cina dan Portugis, Melaka telah
dibuka oleh seorang putera daripada kerajaan Palembang di
Sumatera bernama Parameswara.

ò Parameswara telah melarikan diri ke Temasik akibat


kekalahannya dalam pertempuran menentang Majapahit.
ò Majapahit telah menyerang Palembang kerana tindakan
Palembang yang berusaha untuk membebaskan diri daripada
kekuasaannya.
ò Setelah kemangkatan Patih Gajah Mada (1364M) dan Hayam Wuruk
(1389M), kerajaan Majapahit mula lemah. Perang saudara dan
rebutan kuasa berlaku antara putera dan menantu Hayam Wuruk,
iaitu antara Wirabumi (puteranya) dengan Wikrama Wardhana
(menantunya).
ò Keadaaan huru hara ini telah memberi kesempatan kepada jajahan-
jajahan takluknya untuk membebaskan diri. Kesempatan ini juga
telah dipergunakan oleh Parameswara untuk membebaskan
Palembang supaya dapat berdagang dan bernaung terus di bawah
kekuasaan China.
ò Mengikut Tome Pires, Parameswara telah mengisytiharkan dirinya
sebagai Mjcura ( Yang Bebas). Tindakan baginda ini telah
menimbulkan kemarahan Batara Tamaril, abang iparnya dan
pemerintah Jawa (Majapahit) kerana Parameswara telah mencabar
kekuasaan dan kedaulatannya. Baginda kemudian telah menyerang
wilayah-wilayah Palembang.

ò Bangka ditakluki pada mulanya dan semua penduduk pulau itu


dibunuh oleh tentera Majapahit.
ò Paramewasara cuba menentang tetapi dikalahkan menyebabkan
baginda terpaksa melarikan diri ke Singapura (A. Cortesao,
1944:19). Mengikut Ming Shih-lu , Majapahit telah menyerang
Palembang sekitar tahun 1390/91 M.

ò Sebelum ke Temasik, Parameswara telah singgah di Bentan dan


baginda telah diterima baik oleh Ratu Bentan. Dengan bantuan
orang Bentan, Parameswara telah berjaya menguasai Temasik
(Singapura).

ò Mengikut Tome Pires, pada masa itu Temasik diperintah oleh


gabenor Siam yang dikenali sebagai Sang Aji (Sam Agy). Setelah
lapan hari di Singapura, Parameswara telah merampas kuasa dan
Sang Aji telah terbunuh di dalam perebutan kuasa itu.

ò Perkara ini kemudiannya telah menyebabkan Raja Siam


memerintahkan tenteranya menyerang Temasik dan menghalau
keluar parameswara. Parameswara hanya dapat merajai Singapura
selama lima tahun.
ò Setelah keluar dari Singapura, Parameswara telah ke Muar
sebelum ke Bertam dan kemudiannya membuka Melaka.
Wolters menjangkakan pengembaraan Parameswara dengan
pengikut-pengikutnya dari Temasik hingga membuka melaka
itu adalah selama 1-2 tahun.
ò Dengan itu bermakna melaka telah dibuka sekitar tahun
1400/1401 M dan Melaka telah dibuka oleh seorang raja dari
palembang yang bernama Parameswara walaupun Sejarah
Melayu mengatakan namanya Iskandar Syah.
ò Mengikut Tome Pires, semasa Parameswara berundur dari
Singapura itu telah diikuti oleh orang seramai seribu orang.
Mula- mula mereka telah membuka negeri di Muar dan tinggal
di sana selama lebih kurang enam tahun.
ò Mereka telah bercucuk tanam di samping merompak sampan-
sampan yang mudik di Sungai Muar itu untuk memperolehi air
bersih.
ò Beberapa orang pengikut Parameswara yang terdiri daripada orang laut atau
Celates telah menetap di kuala sungai Melaka. Mereka ini menjemput
Parameswara supaya datang membuka negeri di suatu tempat lebih kurang 4
KM ke hulu kuala Melaka yang dipanggil Bertam.

ò Oleh kerana tempat itu sesuai dijadikan tempat kediaman, Parameswara telah
bersetuju berpindah.

ò Akan tetapi kemudiannya puteranya Xaquem Darxa (Iskandar Syah) telah


membuka tempat kediaman di sebuah bukit di pinggir pantai berhampiran
kuala sungai Melaka. Kawasan ini kemudiannya dipanggil Melaka.
ò Mengikut Tome Pires, perkataan Melaka berasal daripada perkataan malayo
yang bermaksud “persembunyian perlarian”.

ò Cerita yang dikemukakan oleh Tome Pires ini agak berbeza daripada kisah yang
diceritakan di dalam Salatus Salatin dan Sejarah Melayu. Kedua-dua kitab ini
menyatakan pelarian dari Singapura itu bermaksud Iskandar Syah. Bagindalah
yang membuka negeri Melaka.

ò Nama Melaka itu, menurut Sulalatus Salatin diperolehi daripada nama sejenis
pohon kayu tempat bersandar Iskandar Syah ketika baginda berehat semasa
membuka negeri di Bertam.

ò Menurut Sulalatus Salatin dan Sejarah Melayu, Bertam dan Melaka adalah
tempat yang sama, akan tetapi mengikut sumber Portugis, tempat-tempat itu
adalah berlainan.
Hubungan Melaka dengan Siam
ò Setelah Melaka dibuka, perhubungan antaranya dengan Siam semakin baik.

ò Akan tetapi pihak Ayuthia masih mahu menempatkan Melaka di bawah


jajahan takluknya. Untuk mengelakkan gangguan seterusnya Parameswara
telah menghantar utusan ke Ayuthia untuk mengaku tunduk kepada
kerajaan negara itu.

ò Dengan itu Melaka berjanji membayar ufti sejumlah 40 tahul emas setiap
tahun. Pengakuan tunduk ini telah membantu Melaka kerana Siam
membekalkan Melaka dengan beras, bahan makanan yang sangat
diperlukan oleh penduduk Melaka yang bertambah ketika itu.

ò Melaka tidak mampu mengeluarkan beras yang banyak kerana sebahagian


besar penduduknya tidak bertani. Mereka lebih menumpukan perhatian ke
laut, sama ada sebagai nelayan atau perompak laut.
Hubungan Melaka dengan China

ò Parameswara telah membuat hubungan dengan kerajaan Cina untuk


mendapatkan perlindungan kuasa besar itu. Kesempatan ini diperolehi oleh
Parameswara apabila salah sebuah rombongan kerajaan Ming yang
melawat Asia Tenggara telah singgah di Melaka pada tahun 1403M.
ò Kerajaan China pada masa itu memang berminat untuk menunjukkan
kekuasaan di seberang laut, telah bersetuju menaungi Melaka. Pada tahun
1405M Maharaja Ming Cheng Zhu (Yung Lo) telah mengirim surat ke
Melaka dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka serta
merasmikan sebuah bukit sebagai tiang seri negara.
ò Selain itu, dikirimkan juga beberapa alat kebesaran seperti cap mohor dan
pakaian.

ò Selepas itu, Melaka telah mengirimkan sebuah perwakilan ke China untuk


mengadu tentang kegiatan Siam yang mengganggunya. Maka, Laksamana
Cheng Ho telah diutuskan oleh Cheng Zu ke Siam untuk memberi amaran
supaya Melaka tidak lagi diganggu.
ò Hubungan rapat dengan China ini berterusan hingga ke tahun 1435M.

ò 12 rombongan diplomatik telah dikirimkan antara tahun 1414-1435M ini


termasuklah rombongan yang diketuai oleh pemerintah-pemerintah
Melaka sendiri:

ò Megat Iskandar Syah 1414M


ò Megat Iskandar Syah 1419M
ò Seri Maharaja (Muhammad Syah) 1424M
ò Seri Maharaja (Muhammad Syah) 1434-1435M
ò Namun, hubungan diplomatik ini terputus akibat perubahan polisi kerajaan
China. Sejak kemangkatan Cheng Ho (1435M), tidak ada lagi angkatan
laut China yang dikirimkan ke luar negara dan tidak ada lagi rombongan
diplomatik yang dikirimkan dari Melaka ke China.

ò Namun, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada mencatatkan tentang


perhubungan Melaka dan China pada zaman Sultan Mansur Syah hingga
membawa kepada perkahwinan antara sultan itu dengan salah seorang
puteri China yang bernama Puteri Hang Liu.
Pengislaman Melaka
ò Sejak dari awal penubuhan Melaka, dipercayai pedagang-pedagang
Islam telah berdagang di Melaka, sama ada secara paksa atau
sukarela.

ò Daripada pengaruh pedagang-pedagang ini akhirnya pemerintah


Melaka telah memeluk agama Islam.
ò Menurut Sejarah Melayu dan Sulalatus Salatin, raja Melaka yang
mula-mula memeluk agama Islam ialah Raja Kecil Besar, iaiatu
pemerintah Melaka yang ke-4.
ò Mengikut catatan Cina dan Tome Pires pula, Raja Melaka yang
pertama bernama Parameswara dan rajanya yang kedua adalah
Megat Iskandar Syah (Iskandar Syah). Jadi di sini, nama Iskandar
Syah itu merupakan nama pemerintah Melaka yang kedua bukan
yang pertama.
ò Menurut catatan Cina yang dikaji oleh Wang Gangwu, menyatakan
pada sekitar tahun 1414M, satu rombongan diraja dari Melaka telah
datang ke istana Ming di Peking. Yung lo Shih-lu mencatatkan:

Putera raja Melaka, Mu-ka-sa-yu-ti-er-sha, telah mengadap ke istana, dan


menjelaskan tentang kemangkatan ayahandanya Pai-li-mi-su-la. Satu perintah
telah dikeluarkan yang menyatakan Mu-kan-sa-yu-er-sha akan menggantukan
ayahandanya sebagai raja dan hadiah berupa emas, perak, kain bersulam emas,
sutera halus, tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan benang
emas diberikan (Wang Gungwu, 1968:48)
ò Berdasarkan penulisan Wang Gungwu, pemerintah pertama
Melaka masih belum Islam sebelum kemangkatannya.
Pemerintah Islam pertama Melaka ialah puteranya yang
dipanggil oleh orang Cina sebagai Mu-kan-sa-yu-er-sha (Megat
Iskandar Syah) .
ò Catatan ini adalah selari dengan catatan Tome Pires yang
mengatakan bahawa raja Melaka yang kedua Xaquem Darxa
(Iskandar Syah) yang mula-mula memeluk agama Islam.
ò Mengikut Winstedt, raja dan pembuka Melaka yang pertama
ialah Parameswara. Sekitar tahun 1413/14M baginda telah
memeluk agama Islam hasil desakan ulama-ulama Pasai.
ò Baginda juga telah mengahwini seorang puteri Islam Pasai.
Akan tetapi, catatan daripada sumber-sumber Cina dan
Portugis tidak dapat membenarkan dakwaan ini.

ò Setelah Parameswara mangkat pada tahun 1414M, mengikut


Sejarah Melayu versi 1536M, baginda (Iskandar Syah) telah
digantikan oleh puteranya (Sultan Megat). Sultan Megat inilah
yang telah pergi ke China sekitar 1414M untuk memberitahu
tentang kematian ayahnya dan meminta kerajaan China
mengiktirafnya sebagai pengganti.
ò Sultan Megat inilah yang dalam catatan Cina (Ming Shih-lu)
disebut sebagai Mu-kan-sa-yu-er-sha (Megat Iskandar Syah).
Melaka: Pelabuhan Entreport
ò Kedudukan Melaka amat sesuai untuk dijadikan sebagai pelabuhan
entrepot. Ia juga tidak jauh terpesong dari jalan pelayaran Timur-
Barat seperti Palembang. Hasil-hasil dari Kepulauan Melayu dengan
mudah dapat dibawa dan dikumpulkan di sini.
ò Sulalatus Salatin menyatakan sejak zaman Sultan Muhammad Syah
wilayah kekuasaan Melaka begitu luas sekali hingga meliputi Beruas
dan Ujung Karang di barat dan Terengganu di timur.
ò Dikatakan juga ramai pedagang dari Barat dan Timur mengunjungi
Melaka. Justeru itu, orang Arab memanggil Malakat, yang
bermaksud himpunan segala dagang.

ò Selain daripada itu, mengikut Muhammad Said, tidak lama setelah


Melaka ditubuhkan, ia dibanjiri oleh ramai pedagang dan
pendatang-pendatang Jawa.
ò Kemungkinan mereka ini merupakan orang Jawa Islam atau
yang memang telah lama bergaul dengan orang Islam kerana
mereka itu datang dari pelabuhan-pelabuhan Jawa yang
menjadi pusat kegiatan orang Islam seperti Gersik, Tuban dan
Demak.

ò Seterusnya, Melaka berkembang pesat dan kawasan takluk


Melaka semasa ini meliputi seluruh Semenanjung termasuk
Patani. Di samping itu, negeri-negeri di timur Sumatera seperti
Siak, Rokan, Kampar, Inderagiri, Jambi, Tungkal dan Siantan
juga dikuasainya.

ò Penguasaan ini membolehkan Melaka mengawal jalan


perdagangan yang melalui Selat Melaka dan menyebarkan
agama Islam.
Penyebaran Islam melalui Diplomatik

ò Islam telah disebarkan dari Melaka melalui hubungan diplomatik.


Pada zaman Sultan Mansur Syah, baginda telah mengirimkan
beberapa perutusan persahabatan ke negeri-negeri lain yang terdapat
di Kepulauan Melayu.
ò Di dalam Sulalatus Salatin ada menyarakan utusan muhibah telah
dikirimkan ke Goa, Majapahit dan Siam. Pada pertengahan abad ke-
15M ini Melaka menjadi begitu kuat hingga tidak ada kuasa lain
yang dapat menentangnya si sekitar Alam Melayu.
ò Walaupun kekuasaannya tidak sampai ke Jawa akan tetapi pengaruh
Majapahit lumpuh akibat kebangkitan Melaka.
ò Kebesaran Melaka pada abad ke-15M telah diceritakan oleh Tome
Pires dalam bukunya Suma Oriental. Diakatakan pelabuhan Melaka
tidak ada tolok bandingnya di dunia pada masa itu.
ò Semua jenis barang dagangan dari timur dan barat boleh
diperolehi di sini. Oleh krana terlalu banyak urusan
perdagangan, Melaka terpaksa mempunyai empat orang
Syahbandar.

ò Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, agama Islam


berkembang dengan pesatnya di Melaka. Pada zaman ini juga
ajaran tasawuf (sufi) mula berkembang dengan luas.

ò Ramai ulama dari Timur Tengah dan India datang mengajar di


Melaka. Antara mereka yang dicatatkan oleh Sulalatus Salatin
dan Sejarah Melayu ialah Maulana Abu Bakar, Maulana Yusuf
dan Khadi Munawar.
ò Dikatakan juga bahawa pemerintah Melaka iaitu Sultan
Mansur Syah sendiri meminti ajaran tasawuf dan telah berguru
kepada Maulana Abu Bakar, seorang ulama tasawuf yang telah
membawa kitab Duri’l-maslum ke Melaka.
Perkapalan dan Perdagangan Melaka

ò Ekonomi dan perkembangan kerajaan Melaka bergantung kepada


perdagangan dan perkapalannya. Kedudukannya yang strategik di
bahaguan tengah Selat Melaka telah menjadikkanya sebagai pusat
perkapalan dan perdagangan yang penting.
ò Tome Pires ada menyebut bahawa pelabuhan Melaka begitu baik kerana
kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan perdagangan boleh
dijalankan dalam keadaaan selesa.
ò Disamping itu, kebijaksanaan beberapa orang pemerintah awal Melaka telah
mewujudkan suasana perdagangan yang begitu sesuai di Melaka telah
mempercepatkan pembangunan kerajaan itu.

ò Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan menjadi bertambah penting


setelah pemerintahnya menerima Islam sekitar 1414M. Sulalatus Salatin
mencatatkan bahawa dalam zaman inilah Melaka telah berkembang pesat
dan makmur dan didatangi oleh ramai pedagang Islam dari Timur Tengah
dan India terutama Gujerat.
ò Mengikut Tome Pires terdapat juga pedagang-pedagang parsi, turki,
Tukomans dan Armaneia bersama mereka. Sebelum Islamnya Melaka,
mereka ramai bertumpu ke Pasai, pedir, Aru dan Jambi.
ò Di Melaka ketika itu dijalankan perdagangan tukar barang di antara barang-
barang Cina dan Asia Tenggara dengan barang-barang dari barat dan India.
ò Dari Kembayat (Cambay) dan Aden dibawa bijiran, kacang, kain bertekad
dan kemenyan.
ò Tome Pires mencatatkan bahawa dari barat dibawa empat puluh macam
dagangan. Dari Melaka, pedagang-pedagang dari Barat ini akan membawa
pulang cengkih, pala, bunga pala, kayu cendana, mutiara, tembikar dan
kasturi.
ò Mereka juga membeli emas, sutera putih, timah, sutera berbunga, sutera
berwarna dan burung yang berasal dari Pulau Banda. Sebahagian daripada
barangan ini diperoleh dari kepulauan Melayu, manakala yang lain dibawa
dari China dan Indo-China.
ò Selain daripada perdaganga cara tukar barang, perdagangan juga
dijalankan melalyui perantaraan mata wang tempatan. Wang tempatan
yang digunakan itu diperbuat daripada timah dan dipanggil olehTome Pires
sebagai calains. Selain daripada itu wang-wang syiling asing dari Kembayat,
Hormuz dan pasai juga laku digunakan di Melaka.
Mata Wang

ò Pada tahun-tahun awal penubuhannya, pedagang-pedagang yang


berdagang di Melaka menggunakan pelbagai jenis bahan sebagai
ganti wang seperti serbuk emas, kepingan-kepingan perak dan
bungkalan (jongkong) timah.
ò Untuk jual beli secara kecil-kecilan di pasar, cowrie (kulit-kulit
karang laut) juga pernah digunakan.
ò Di samping itu, wang syiling tembaga China juga pernah digunakan
di Melaka khususnya sejak Parameswara melawat China dalam
tahun 1411M.
ò Walaupun wang China telah digunakan di Melaka, akan tetapi
Melaka sendiri mempunyai wang syilingnya kemudian. Dikatakan
wang syiling sebenar Melaka ini berpunca atau ditiru daripada
kerajaan Pasai.
ò Kerajaan Samudera-Pasai yang lebih dahulu wujud telah
menggunakan wang syiling yang diperbuat daripada emas dan
perak, dan wang itulah yang digunakan di Melaka pada
peringkat awalnya.
ò Hanya pada sekitar pertengahan abad ke-15, dalam zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), wang itu
digantikan dengan syiling timah yang ditempa sendiri di
Melaka.
ò Sebagai contoh kepada fasal 5.4 Hukum Kanun Melaka
dinyatakan tentang denda durhaka kepada sultan sebab
membunuh utusan baginda adalah sekali lima tahil.
ò Sungguhpun begitu istilah dinar untuk wang emas yang
digunakan di Melaka ketika itu tidak pernah digunakan dalam
Sejarah Melayu. Istilah dinar ini dijumpai dalam Hukum
Kanun Melaka.
Pengaruh Islam dalam Undang- Undang Melaka

ò Oleh kerana perdagangan yang begitu banyak, Melaka


mempunyai undang-undang yang ketat untuk menjaga
kepentingan pedagang. Undang-undang ini dikenali
sebagai:
ò Undang-Undang Laut Melaka
ò Hukum Kanun Melaka
ò Undang-undang Melaka ini mendapat pujian daripada
Pires yang mengatakan, oleh kerana wujudnya undang-
undang ini Melaka hidup aman damai dan para
pedagang tidak kecewa berdagang di Melaka.
ò Kedua-dua undang-undang ini tidaklah disusun sekali gus,
tetapi peringkat demi peringkat. Ada kemungkinan berlaku
perubahan-perubahan pada undang-undang itu sendiri
mengikut masa.
ò Pembentukan undang-undang ini mungkin telah bermula sejak
zaman Megat Iskandar Syah lagi kemudian diikuti dengan
zaman Muhammad Syah dan Muzaffar Syah.
ò Sulalatus Salatin ada mencatatkan bahawa Muhammad Syah
merupakan pemerintah yang mula-mula menyusun peraturan
tentang pakaian dan adat tertib diraja.
ò Akan tetapi, hanya pada zaman Muzaffar Syah baru undang-
undang itu ditulis supaya hukuman yang dijatuhkan oleh
pegawai-pegawai (menteri) tidak berbeza-beza.
ò Sebelum itu, undang-undang hanya diingati atau dihafal oleh
para menteri.
ò Seperti yang dinyatakan terdahulu sungguhpun Melaka merupakan
sebuah negara Islam akan tetapi pemerintahannya tidaklah merupakan
pemerintahan Islam sepenuhnya.
ò Undang-undang yang dikatakan di atas tadi bukanlah
berdasarkan sepenuhnya undang-undang atau peraturan Islam.
Ia hanya mempunyai pengaruh Islam di dalamnya.
ò Hukum Kanun Melaka umpamanya hanya 40.95 % sahaja
hukum-hukumnya yang mengikut perhukuman Islam
manakala Undang-undang Laut Melaka hanya mempunyai
satu fasal sahaja daripada 25 fasal yang terdapat di dalamnya
yang mengikut hukum Islam sebenar.
ò Undang-undang melaka ini berasaskan kepada dua peraturan
iaitu:
ò Peraturan adat
ò Peraturan agama
ò Peraturan adat ini pula berlandaskan kepada A dat
Temenggung, manakala peraturan agama berlandaskan
Mazhab Syafii.

ò Hukum agama sering dimulakan dengan perkataan “mengikut


hukum Allah” atau “mengikut dalil Allah”. Akan tetapi
mengikut Muhamad Yusif Hashim, kebanyakan daripada
fasal-fasal yang bermula dengan ungkapan-ungkapan yang
sedemikian itu pun bukannya daripada hukum Islam
(1989:221).
Hukum Kanun Melaka

ò Hukum ini juga dikenali sebagai Undang-Undang Darat Melaka


atau Risalat Hukum Kanun.
ò Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan berkuat kuasa di
Melaka pusat dan juga di kawasan-kawasan yang menjadi jajahan
takluknya.
ò Antara lain kandungannya adalah mengenai:
1. Tanggungjawab raja serta pembesar-pembesar
2. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
3. Penghukuman kesalahan jenayah dan awam
4. Undang-undang keluarga
5. Permasalahan ibadah dan muamalat
6. Hukum perhumaan.
ò Seperti yang telah dinyatakan bahawa 40.95% atau 18 fasal sahaja daripada
Hukum Kanun Melaka itu yang menurut undang-undang Islam.

ò Antara yang jelas mengikut undang-undang islam ialah tentang


undang-undang keluarga.
ò Akan tetapi dalam hal-hal lain wujud percampuran antara hukum-
hukum adat dengan hukum-hukum syarak. Contohnya kesalahan
jenayah membunuh sering ada pilihan di antara hukum adat dengan
hukum syarak.
ò Dalam Fasal 14.2, yang bersabit dengan pembunuhan orang yang
bersalah, hakim mempunyai kuasa menentukan sama ada hukum
adat atau hukum syarak yang harus digunakan untuk menghukum
pesalah.
ò Dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat perbezaan hukum
antara kelas:
1. Kelas bangsawan (raja)
2. Orang Merdeka
3. Hamba
ò Perkara ini bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Di dalam Islam,
semua manusia adalah sama. Mereka akan dihukum dengan hukuman yang
sama mengikut kesalahan mereka.

ò Tidak sama juga hukuman yang dijatuhkan antara orang merdeka


dengan hamba walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.

ò Mengikut Hukum Kanun ini juga ada tiga kesalahan yang berat yang
tidak dapat diampuni oleh hakim iaitu:
1. Tidak membunuh orang
2. Mengambil isteri orang
3. Orang yang kelakuannya bermaharajalela.
ò Kesalahan-kesalahan itu hanya dapat diampuni oleh raja. Kesalahan
ini hanya menjadi salah sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh
rakyat (merdeka atau hamba). Manakala jika raja yang melakukan
kesalahan, dia tidak dianggap bersalah, malah terdapat peruntukan
di dalam Kanun yang membolehkan baginda berbuat demikian.
ò Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Fasal 5.4 adalah:
Adalah segala orang yang membawa titah raja itu, maka ia mengambil
isteri orang yang meredakan laki-laki itu, maka tiada dapat dibunuh oleh
lakinya. Jikalau dibunuhnya, durhakalah ke bawah duli sultan, maka
harus dibunuh pula hukumnya atau didenda ke atasnya sekati lima tahil.
Inilah adatnya (Liaw Yock Fang, 1976:70)
ò Di antara lain hukum-hukum yang berpandukan syarak adalah
seperti undang-undang keluarga. Di antaranya:

1. Perwalian seorang perempuan (Fasal 25.1)


2. Syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan (Fasal 25.2)
3. Hukum dan syarat saksi dalam pernikahan (Fasal 26)
4. Hukum-hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami
isteri (Fasal 27-28)
5. Hukum riba (Fasal 30)
6. Hukum jual beli (Fasal 31.1 –31.3)
Undang-undang Laut Melaka

ò Undang-undang Laut Melaka meliputi pelbagai perkara yang berkaitan


dengan kegiatan di dalam perahu dan pelayaran. Sebahagian yang agak
besar ditumpukan kepada kesalahan jenayah dan perahu.
ò 7 daripada 25 Fasal di dalam Undang ini menumpukan perhatian tentang
perkara itu. Yang lainnya berkaitan dengan peraturan pelayaran,
perniagaan dan adab di dalam kapal.
ò Undang-undang ini menyatakan dengan jelas tugas-tugas seorang pegawai di
dalam perahu yang meliputi nakhoda, jurumusi (malim), jurubatu,
guntung, senawi dan muda-muda (mata-mata). Setiap pegawai ada
tugasnya yang tersendiri.

ò Jika mereka leka dan lalai ketika menjalankan tugas, hukuman yang berat
akan dikenakan ke atas mereka. Sebagai contoh, jika malim lalai hingga
perahu atau jong terlanggar karang atau batu dan rosak, malim itu boleh
dikenakan hukuman mati. Akan tetapi, jika kemalangan itu tidak
disengajakan atau tidak kerana kelalaiannya barulah dia terlepas daripada
sebarang hukuman.
ò Undang-Undang Laut Melaka memberi kuasa yang besar kepada
seorang nakhoda. Nakhoda diibaratkan sebagai raja dalam
perahunya. Sebagai raja, dia mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman bunuh. Akan tetapi tidak seperti raja di negeri, kerana
nakhoda juga boleh persalahan jika dia benar-benar berbuat salah.
ò Terdapat juga undang-undang yang berkaitan dengan tatasusila
berniaga apabila kapal sampai ke pelabuhan. Orang yang pertama
membuka perniagaan adalah nakhoda. Setelah nakhoda berniga
selama empat hari barulah kiwi (pedagang) yang berlayar sama
dalam kapal itu berniaga selama dua hari. Selepas ity barulah orang
lain yang berada di dalam kapal itu boleh membuka perniagaan
mereka.
ò Terdapat satu Fasal yang menurut hukum syarak iaitu Fasal 2 tentang
hukuman zina. Dinyatakan jika seseorang yang sudah berkahwin itu
berzina di dalam perahu, maka mereka akan dikenakan hukuman
bunuh, tetapi seandainya meraka masih bujang (belum berkahwin)
kedua-duanya akan dikenakan hukum seratus kali palu (sebatan).
ò Halimi, A. J. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Rujukan

Вам также может понравиться