Вы находитесь на странице: 1из 9

Tajuk 3

Perundangan Berkaitan
Guru dan Pendidikan
Pensyarah: Encik Zakaria Abdul Wahab
Dr. Rohani Che Hashim
Kumpulan 2 :
Leong Mung Ting
Joanne Sim Sing Rui
Tan Xiao Xuan
Woon Qin Huan
Kod Etika
Perguruan
Malaysia

Hak Asasi Perundangan Peraturan


Kanak- Berkaitan Tatakelakuan
kanak Guru dan dan Tatatertib
Pendidikan Penjawat Awam

Akta
Pendidikan
1996
1. Kod Etika Perguruan
Malaysia
• Kod Etika Perguruan Malaysia merupakan
suatu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia.
• Seseorang guru perlu mematuhi kod etika
demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan
keperibadian seseorang guru.
Tatasusila Profesion Keguruan
Malaysia: Ikrar
“Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab
dan berkebolehan, menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian
hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip
Rukun Negara.”
“Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya:
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid
kami daripada hal-hal lain
• Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik
darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar tanpa
sebarang bayaran
• Menunjukkan suatu cara berpakaian, peraturan dan
tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar
• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah
tangga
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai
anak mereka sebagai sulit dan tidak akan mebocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya
• Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijasana
• Mengelakkan diri daripada atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab Terhadap
Masyarakat dan Negara
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara
atau yang bertentangan dengan Rukun Negara
• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab, berguna,
menghormati orang tuadan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama
• Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru
dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat
• Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat
• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima
oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari
dengan baik
Tanggungjawab Terhadap Rakan
Sejawat dan Profesion Keguruan
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan sebagai guru
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan
tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami
terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam
profesion perguruan
• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan
• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
Rujukan
Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim. Asas kepimpinan dan
perkembangan professional guru. Sungai Petani:
Percetakan Peladang (M) Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться