Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Definisi drama
Sejarah drama Dunia
Sejarah drama Malaysia
Kategori drama
Drama Realisme dan bukan Realisme
Konsep drama dalam Pendidikan
Sejarah perkembangan drama kanak - kanak
Disediakan oleh :
Dunstan Geraman anak Gerigih
Nurliyana binti Rusli
Pavitra A/P Gunentharan
Vaishaanee A/P Fenisan
DEFINISI DRAMA
• Berasal dari bahasa Yunani “Draomai” yang bermaksud buat, gerak, aksi
dan sebagainya.
• Perkataan drama dapat diertikan sebagai sesuatu pergerakan, tindakan
atau aksi.
• Pengertian drama secara umum adalah sebuah karya sastera dalam
bentuk dialog yang dipentaskan oleh pelakon.
• Pementasan drama pula dikenal sebagai pertunjukan teater.
• Drama merupakan bentuk kisahan yang menggambarkan kehidupan dan
watak manusia melalui tingkah laku (lakonan) yang dipentaskan. Kisah-
kisah di dalamnya tidak mempunyai banyak perbezaan dari kehidupan
nyata yang terjadi dalam persekitaran masyarakat.
• Drama merupakan karangan yang menggambarkan suatu kehidupan serta
watak manusia dalam berperilaku yang dipentaskan dalam beberapa
babak.
• Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) – drama bermaksud karya
yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau
televisyen, sandiwara
Berdasarkan
keberadaan
naskhah drama
JENIS DRAMA BERDASARKAN PENYAJIAN KISAH
2. Komedi: drama yang bercerita tentang komedi yang penuh dengan kelucuan.
4. Opera: drama yang dialognya dengan cara dinyanyikan dan diiringi muzik.
6. Pantomin :drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa
•Drama Moden ialah drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan
kepada masyarakat yang umumnya bertemakan kehidupan manusia seharian.
Drama moden menggunakan naskhah.
Realisme
• Dua buah drama iaitu Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Sirih Bertepuk
Pinang Menari karya Noordin Hassan menjadi drama kajian di peringkat STPM bagi
Kesusasteraan Melayu Moden.
• Tamu di Bukit Kenny merupakan drama realisme yang terkenal pada dekad 1960-an
manakala Sirih Bertepuk Pinang Menari merupakan drama non-realisme yang dihasilkan
pada dekad 1990-an.
• Dekad 1960-an drama-drama realisme menjadi amat popular dan diterima oleh
masyarakat kerana keupayaan drama berkenaan mengutarakan permasalahan
masyarakat, pemikiran, dan zaman drama tersebut dihasilkan.
• Drama yang tidak lagi terlalu bergantung kepada unsur-unsur realistik dengan ruang
tamu dan perabot yang pelbagai, dan cerita-cerita tentang kemiskinan dan protes
sosial yang semakin klise sifatnya.
• Drama yang digubah berdasarkan komposisi visual, ruang, imbangan, bentuk, warna
dan bayang-bayang.
• Kecenderungan drama realisme ialah pemaparan eskpresi terhadap permasalahan
semasa yang tampak dan bersifat fizikal.
• Apa yang dihasilkan oleh pengarang adalah sesuatu yang sezaman atau berkaitan
dengan zaman penulis itu sendiri.
• Realisme menjadi sebuah representasi yang peka kepada sesuatu yang konkrit dan
kontekstual sifatnya.
• Realisme akan menyalurkan segala protes atau kritikan terhadap realiti masyarakat.
• Drama realisme turut dikenali sebagai drama protes sosial, drama realisme sosial dan drama
masyarakat.
• Sebagai sebuah alat komunikasi langsung dengan audiens drama realisme gemar
menggunakan bahasa pertuturan sehari-hari
• Latar drama realisme sudah pastinya bersifat realistik dengan suasana ruang pentas yang
biasa oleh penonton seperti sebuah ruang tamu dengan perabot rumah yang biasa dan
natural sifatnya.
• Watak-watak yang dikemukakan adalah watak-watak manusia biasa dengan bahasa
pertururan bersifat sehari-hari.
• Persoalan-persoalan yang dikemukakan juga bersifat realistik iaitu sesuatu yang berkaitan
dengan masyarakatnya.
• Sebagai sebuah drama yang mengutamakan aspek realistik, unsur-unsur natural dalam
drama turut diperlihatkan dalam aspek lakonan dan penghayatan watak-wataknya,
penyusunan ruang pentas yang realistik, serta penggunaan lampu, kostum, dan tatarias
yang lebih realistik dan natural.
• Kehebatan sebuah drama realisme terletak pada keupayaan pengarahnya membawa realiti
ke pentas.
• Kepentingan terhadap keupayaan sebuah drama realisme menggarap aspirasi dan konflik
masyarakatnya didedahkan melalui plot yang mudah.
Bukan Realisme
• Sebuah drama non-realisme lebih bersifat konsep drama tanpa logika, anticerita,
antiplot, dan menyimpang dari konvensi drama.
• Drama non-realisme tidak mempunyai struktur plot yang khusus.
• Apa yang diutamakan dalam non-realisme bukan lagi isi ceritanya tetapi pemikiran,
falsafah atau makna yang cuba dipaparkan oleh pengarang dalam drama.
• Dalam non-realisme kerap ditemui pertembungan di antara tradisi dan moden.
• Unsur mitos, legenda atau imej tradisi dibawakan ke dalam non-realisme sebagai
pemaparan isi drama.
• Stail pementasan turut menggabungkan unsur tradisi dan moden serperti
membawakan unsur-unsur nyanyian, pantun, syair, seloka, mak yong, boria dan
sebagainya ke dalam drama.
• Drama non-realisme kerap dipenuhi dengan lambang, simbol dan citra tertentu yang
dipaparkan menerusi watak, peristiwa atau isi drama.
• Non-realisme turut dihiasi dengan penggunaan bahasa yang puitis untuk melahirkan
keindahan pengucapan dan variasi dalam drama.
• Stail pementasan turut mempunyai variasi tersendiri antara seorang pengarah atau
penulis dengan yang lain.
Konsep Drama Dalam Pendidikan
Hidup yang
Cerminan realiti
ditampilkan dengan
hidup.
gerak.
Pendapat Aristotle