Вы находитесь на странице: 1из 12

EDUP3083

ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU
Alviera Shafira Abu Lakar Norsyafikah Ambotuo
Norika Kadir Nurul Atiyah Pring
Darayani Johari
CIRI-CIRI PROFESION

Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli


sesuatu profesion bolehlah diertikan sebagai seorang
yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah
dan yang pakar dalam bidang pekerjaan yang
dijalankannya. Ciri-ciri atau atribut yang terdapat
pada sesuatu profesion diutarakan oleh Greenwood
(1957), Wilensky (1964), Lubell (1978) dan Bayles (1988).
1. PERKHIDMATAN UNIK

Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan


yang unik dan tetap yang diperlukan oleh masyarakat.
Contohnya, hanya doktor perubatan memberi khidmat
perubatan, hanya jurutera memberi khidmat
kejuruteraan.
2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Ahli sesuatu profesion mempunyai kemahiran yang tinggi


dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam pekerjaan
masing-masing. Contohnya, seorang peguam perlu
mengetahui segala undang-undang, akta, peraturan yang
berkaitan.
Seorang profesional telah melibatkan diri secara peribadi
dengan kerjayanya, dan kepuasan tidak setakat ganjaran
wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelaran dan anugerah.
Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan “Dr”
dan bagi engineer pula singkatan yang digunakan ialah “Ir
3. LATIHAN KHUSUS

Seorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan


latihan yang berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi
atau universiti. Seseorang itu juga boleh mendapat pensijilan
dengan belajar secara jarak jauh.
Contohnya, seorang boleh menjadi akuantan dengan
mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti dan
menjadi profesional.
3. LATIHAN KHUSUS

Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli mereka mempunyai


lesen atau sijil. Ahli sesuatu profesion diberikan lesen atau sijil
yang menggariskan peringkat bidang kuasa pekerjaan selaras
dengan kriteria di mana mereka mempunyai pengaruh yang
agak besar.
Contohnya, sesuatu projek pembinaan tidak akan dilulus oleh
pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh jurutera
perunding yang bertauliah.
4. AUTONOMI

Seorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab


tentang pekhidmatan yang diberikan kepada orang ramai
yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang diterima.
Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia mempunyai
kuasa menentukan rawatan yang anda wajar menerima. Oleh
kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman
sewajarnya, anda tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan
yang diberikan.
5. TANGGUNGJAWAB

Walau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan


autonomi, dia terpaksa juga memikul tanggungjawab
semua tindakan dan keputusan yang dibuat.
Contohnya, doktor bertanggungjawab apabila pesakitnya
mati selepas sesuatu pembedahan. Saudara-mara boleh
mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka dapati
doktor berkenaan cuai.
6. KOD ETIKA

Profesional mematuhi piawaian tingkah laku yang


berorientasikan perkhidmatan yang jelas, sistematik dan
mengikat, menetapkan hubungan rakan sekerja yang
membantu dan menyokong sama sendiri, dan dikuatkuasakan
oleh persatuan-persatuan mereka.
Integriti sesuatu profesion dipantau dengan berpegang kepada
kod etika. Kod etika mengawal selia tingkah laku individu
daripada sesuatu profesion.
7. BADAN KAWALAN

Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau


organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa,
pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk
mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.
Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika
yang telah persetujui (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984).
7. BADAN KAWALAN

Doktor • Majlis Perubatan Malaysia


Perubatan (Malaysian Medica Council)

• Majlis Bar Malaysia (Malaysian


Peguam Bar Council)

Arkitek • Persatuan Akitek Malaysia

Вам также может понравиться