You are on page 1of 16

BENTUK-BENTUK KESALAHAN

DI BAWAH UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM

N U R SYAFI Q AH B I N T I SU HAI M I N
N U R S YA Z W A N I B I N T I R O S LY
HUSNA SAADAH BINTI ABDULLAH
NURUL ASFARINA BINTI KAMAL IDRIS
KAHWIN TANPA
KEBENARAN POLIGAMI TANPA
PENCERAIAN
PENDAFTARAN KEBENARAN
LUAR MAHKAMAH
NIKAH, CERAI DAN MAHKAMAH
RUJUK

SEGAJA TIDAK
MEMATUHI MELAKUKAN RUJUK YANG
PERINTAH PENGANIAYAAN TIDAK
MEMBAYAR TERHADAP ISTERI DIDAFTARKAN
NAFKAH

PERKAHWINAN DI LUAR NEGERI


YANG TIDAK DIDAFTARKAN DI
PEJABAT PENDAFTARAN NIKAH,
CERAI DAN RUJUK
JADI MURTAD ENGGAN HIDUP
BERSEKEDUDUKAN
UNTUK BERSAMA SETELAH
DENGAN BEKAS
MEMBATALKAN DIPERINTAHKAN
ISTERI TANPA RUJUK
PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH

TIDAK MEMBERI
ISTERI INGKAR
KEADILAN YANG MENGHINA
PERINTAH
SEWAJARNYA MAHKAMAH
MAHKAMAH
KEPADA ISTERI

PENCERAIAN YANG
TIDAK DILAPORKAN
SEKSYEN 40 : MENJUAL ATAU MEMBERIKAN ANAK
KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
Keterangan:-
Mana-mana orang yang MENJUAL, MEMBERIKAN atau
MENYERAHKAN anaknya atau kanak-kanak di bawah
peliharaannya kepada mana-mana orang yang tidak
beragama Islam

Hukuman:-
• Tidak melebihi RM3 000.00
• Penjara tidak melebihi 2 tahun
• Atau kedua-duanya sekali
Mahkamah boleh:-
Membuat apa-apa perintah yang difikirnya sesuai
berkenaan dengan anak-anak atau kanak-kanak itu.
ENAKMEN NAFKAH

Pemberian bekas suami kepada bekas isteri


(tempoh idah) dan anak.
 Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek
nusyuz
Seksyen 60. (1)

Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh


memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah
kepada isteri atau bekas isterinya.
HARTA SEPENCARIAN
 HARTA SEPENCARIAN – Harta yang diusahakan secara bersama
dan ditentukan oleh mahkamah

Sek. 122. (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila


membenarkan lafaz talak atau apabila berlaku sesuatu
perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang
diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan
usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya
mana-mana aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam
masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil
jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
ENAKMEN CERAI LUAR MAHKAMAH
Mesti didaftarkan di mahkamah melalui Pejabat Kadi

57. (1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya
dengan lafaz talak di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah,
hendaklah dalam masa tujuh hari dari perlafazan talak itu melaporkan kepada
mahkamah.

Jika tidak membuat laporan

126. (1) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah


Enakmen ini dan dia bersengaja cuai atau tidak berbuat demikian maka dia
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi RM1 000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda
dan penjara itu.
PERCUBAAN MENJADI MURTAD UNTUK
MEMBATALKAN PERKAHWINAN

131. Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau


isterinya dan dengan perdayaan cuba menjadikan dirinya
murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara
tidak melebihi setahun.
BERSEKEDUDUKAN SEMULA TANPA RUJUK YANG SAH

 132. (1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah


isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu
rujuk yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 3
bulan kedua-duanya denda dan penjara itu.

 (2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persedudukan semula itu
tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi RM1 000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya denda dan penjara itu.
 (3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu
kesalahan di bawah subseksyen (1)adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1
000 atau penjara tidak melebii 6 bulan atau kedua-duanya
denda dan penjara itu
MEMUJUK LARI PEREMPUAN BERSUAMI

 Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.

Mana-mana orang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau


membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara
mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang
ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5 000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tempoh tidak melebihi 3
tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh memerintahkan
perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.
MENGHALANG PASANGAN YANG SUDAH
BERNIKAH DARIPADA HIDUP
SEBAGAI SUAMI ISTERI

Seksyen 37.
Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup
sebagai suami isteri.

Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang


sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah
bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2 000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-
duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan
itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah
bernikah dengan sah
MENGHASUT SUAMI ATAU ISTERI SUPAYA
BERCERAI ATAU MENGABAIKAN KEWAJIPAN.

Seksyen 38.
Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau
mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk


mana-mana orang lelaki atau perepuan supaya bercerai
atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya
sebagai suami isteri adlah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5 000
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun
atau kedua-duanya.
MEMUJUK LARI ORANG PEREMPUAN

Seksyen 39.
Memujuk lari orang perempuan.

Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau


memujuk mana-mana orang perempuan supaya lari daripada
jagaan ibu bapanya atau penjagaannya adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi RM3 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai
berkenaan dengan orang perempuan itu.
SEKIAN
TERIMA KASIH…