Вы находитесь на странице: 1из 67

KETURUNAN DAN

VARIASI
Sains
BAB 3 T4
PEMBAHAGIAN SEL

Kromosom

Manusia mempunyai 46 kromosom. Kromosom


terdapat dalam nukleus. Kromosom terdiri daripada
DNA dan protein. Gen yang terdapat pada kromosom
membawa maklumat genetik.
• DNA – Deoksiribonukleik Asid
Gen

Gen merupakan bahan baka atau


pembawa sifat-sifat keturunan yang
terdapat dalam kromosom.

Terdiri daripada DNA yang berfungsi untuk


merekodkan sifat-sifat keturunan, iaitu
memindahkan maklumat baka dari satu
generasi ke generasi yang seterusnya.

Wujud secara berpasangan, satu diwarisi


daripada bapa dan satu diwarisi
daripada ibu.

Tersusun disepanjang kromosom


• Jenis-jenis pembahagian sel
• Mitosis
• Meiosis

Mitosis:

Proses pembahagian sel untuk menghasil sel


baru yang mempunyai bilangan kromosom
sama seperti sel induk

Berlaku dalam sel soma (semua sel dalam


badan kecuali pada sel di organ pembiakan.

Satu sel induk menghasilkan dua sel anak.

Bagi tumbuhan berlaku di hujung pucuk , tisu


kambium dan hujung akar.
MITOSIS
KEPENTINGAN MITOSIS

• Menghasilkan sel-sel baru untuk pertumbuhan dan


menggantikan sel-sel mati/rosak

• Menjamin sel anak mempunyai sifat yang serupa


dengan sel induk

• Membolehkan organisma menjalankan pembiakan


aseks seperti belahan dedua dan pembiakan
vegetatif.
PERINGKAT MITOSIS
LATIHAN

• Nyatakan di mana mitosis berlaku:


• Haiwan :
• Tumbuhan :
• Lukiskan dan terangkan peringkat-peringkat mitosis.
• Nyatakan kepentingan mitosis.
MEIOSIS

• Proses pembahagian sel untuk membentuk gamet


(sel anak) dengan bilangan kromosom dalam
gamet diseparuhkan
• Berlaku dalam sel organ pembiakan
Ciri Organisma
Haiwan Tumbuhan
Organ Jantan Betina Jantan Betina
pembiakan
testis ovari anter ovari

Gamet Sperma ovum debunga ovul


• Satu sel induk menghasilkan empat sel anak
• Pindah silang:
• berlaku semasa meiosis
• berlaku semasa pasangan kromosom tersusun di satah
khatulistiwa sel
• Bahan genetik daripada satu kromatid satu kromosom
bertukar dengan bahan gentik kromosom yang lain.
• Menyebabkan variasi genetik berlaku
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MEIOSIS

MEIOSIS 1
1. Kromosom menjalani penduaan menghasilkan 2
kromatid
2. Membran nukleus hilang
1. Pasangan kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
2. Pindah silang atau pertukaran maklumat pada
kromosom homolog berlaku
1. Sel membahagi kepada 2
2. Pasangan kromosom berpisah
3. Kromatid-kromatid bergerak ke kutub sel yang
bertentangan

MEIOSIS 2
1. Kromosom tersusun d satah khatulistiwa
2. Pasangan kromatid berpisah
3. Kromatid-kromatid bergerak ke kutub sel yang
bertentangan
1. Sel berpisah menghasilkan 4 sel anak
2. Setiap sel anak mempunyai separuh daripada bilangan
kromosom sel induk
KEPENTINGAN MEIOSIS

• Kepentingan:
• Proses yang menghasilkan gamet.
• Bilangan kromosom dalam gamet separuh daripada
bilangan kromosom dalam sel induk.
• Tujuan: Memastikan
Zigot yang terhasil selepas persenyawaan mempunyai
bilangan kromosom yan sama dengan sel induk
• Menyebabkan variasi genetik antara spesies-spesies yang
sama melalui pindah silang
PERBANDINGAN ANTARA
MITOSIS DAN MEIOSIS
Bil Ciri Mitosis Meiosis
Menghasilkan sel-sel Menghasilkan sel
1 Tujuan
baru gamet
Dalam sel organ
2 Tempat berlaku Dalam sel soma
pembiakan
Bilangan pembahagian
3 Satu kali Dua kali
bagi nukleus sel induk
4 Bilangan sel anak terhasil 4 2 gamet
Bilangan kromosom dalam
5 sel anak berbanding Sama Disetengahkan
dengan sel induk
Berlaku dalam
Proses penduaan
6 Berlaku pembahagian sel
kromosom
pertama
7 Pindah silang kromosom Tidak berlaku Berlaku
8 Variasi genetik Tidak berlaku Berlaku
PEWARISAN SIFAT

Ada dua jenis gen:


(a) gen dominan
(b) gen resesif

Gen dominan: gen yang menunjukkan sifatnya tidak


kira samada gen yang berpasangan dengannya
adalah gen dominan atau gen resesif

Gen resesif: gen yang hanya menunjukkan sifatnya


jika gen yang berpasangan dengannya adalah gen
resesif
Sifat Dominan Sifat Resesif

Cuping telinga bebas Cuping telinga lekap

Tinggi Kerdil

Ada lesung pipit Tiada lesung pipit

Iris hitam Iris biru

Berambut kerinting Berambut lurus

Boleh menggulung lidah Tidak boleh menggulung


lidah
Tangan kanan Kidal
Cuping telinga
Ketinggian
Lesung pipit
Warna Iris Mata
Rambut
Lidah
AMARAN !!!!!! JANGAN TIRU AKSI INI…… buruk perangai…..
Tangan
MEKANISME PEWARISAN

• Satu sifat dikawal oleh dua gen


• Satu gen diwakili oleh satu huruf
• Gen dominan diwakili dengan huruf besar
• Gen resesif diwakili dengan huruf kecil
• Kombinasi gen:
(a) Sifat dominan baka tulen : contoh: ( MM )
(b) Sifat resesif baka tulen : contoh: ( mm )
(c) Sifat baka kacukan/hibrid/tidak tulen : contoh: ( Mm )

• Baka Hibrid/kacukan – apabila mengandungi den


dominan dan gen resesif.
PERWAKILAN

• T = Tinggi
• t = kerdil/rendah/pendek

• K = tangan kanan
• k = kidal

• H = bulu hitam
• h = bulu putih
• Gregor Mendel – orang yang pertama mengkaji
pewarisan sifat secara teratur dan mendalam.
Segi empat Punnet menunjukkan percantuman
gamet-gamet pada F1

GEN T t
T TT Tt
t Tt tt
Kacukan antara pokok tinggi baka tulen
dengan pokok kerdil baka tulen

Pokok Tinggi Pokok Kerdil


X
(baka tulen) (baka tulen)

Induk TT tt

Meiosis

Gamet T T t t

Persenyawaan

Generasi
filial
pertama Tt Tt Tt Tt
, F1
Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi
Generasi
filial genotip Tt Tt Tt Tt
pertama
, F1 fenotip
Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

• Semua pokok dalam generasi filial pertama, F1,


adalah tinggi ( 100% )
• Keadaan ini menunjukkan bahawa sifat tinggi
dikawal oleh gen dominan , manakala sifat rendah
dikawal oleh gen resesif.

• Dikenali sebagai GENOTIP .


Tt • Genotip merujuk kepada kandungan
gen dalam suatu organisma.

• Dikenali sebagai FENOTIP.


Tinggi • Fenotip merujuk kepada sfat-sifat fizikal
yang dapat dilihat dalam suatu
organisma.
KACUKAN ANTARA POKOK TINGGI BAKA
KACUKAN /TIDAK TULEN/HIBRID SESAMA SENDIRI

Pokok Tinggi Pokok Tinggi


X
(baka tak tulen) (baka tak tulen)
Generasi
filial
pertama , Tt Tt
F1

Meiosis

Gamet F1
T t T t

Persenyawaan

Generasi
filial TT Tt Tt tt
kedua , F2

Tinggi Tinggi Tinggi Kerdil


Generasi genotip TT Tt Tt tt
filial
kedua , F2
fenotip Tinggi Tinggi Tinggi Kerdil
25% 25% 25% 25%
¼ ¼ ¼ ¼
Nisbah 1 tinggi 2 tinggi 1 kerdil
genotip (baka tulen) : (baka hibrid) : (baka tulen)

Nisbah
fenotip 3 Tinggi : 1 Kerdil

• Nisbah pokok tinggi kepada pokok kerdil adalah 3:1

• Kebarangkalian untuk mendapat pokok yang tinggi


dalam generasi kedua ialah 75% atau ¾

• Kebarangkalian untuk mendapat pokok yang kerdil


dalam generasi kedua adalah 25% atau ¼.
PEWARISAN SIFAT PADA MANUSIA

• Pewarisan sifar daripada eksperimen Mandel boleh


digunakan untuk menerangkan pewarisan sifat
dalam manusia.
• Sifat-sifat yang diwarisi oleh seseorang bergantung
pada gen-gen yang diturunkan daripada
ibubapanya.
• Sifat-sifat dalam seseorang anak bergantung pada
jenis gen sama ada dominan atau resesif
• Jika seorang lelaki yang normal (Kk) berkahwin
dengan seorang perempuan yang kidal (kk),
tentukan kebarangkalian anak yan dilahirkan
adalah kidal.
• [K : gen dominan (normal), k: gen resesif (kidal)]
LELAKI X PEREMPUAN

Induk Kk kk

Meiosis

Gamet K k k k

Persenyawaan

Genotip Kk Kk kk kk
anak
Fenotip Normal Normal Kidal Kidal
anak

Kebarangkalian mendapat anak yang kidal ialah ½ atau 50% .


PENENTUAN SIFAT KETINGGIAN
DALAM MANUSIA
• Amin dan Aminah adalah tinggi (Tt). Tentukan
kebarangkalian mereka untuk mendapat:
• anak yang tinggi
• Anak yang rendah
[ T : gen dominan ( tinggi ) ; t: gen resesif ( rendah )]
LELAKI X PEREMPUAN

Induk Tt Tt

Meiosis

Gamet T t T t

Persenyawaan

Genotip TT Tt Tt tt
anak
Fenotip Tinggi Tinggi Tinggi Rendah
anak

a) Kebarangkalian mendapat anak yang tinggi ialah ¾ atau 75 %.


b) Kebarangkalian mendapat anak yang rendah ialah ¼ atau 25 %.

NOTA : ibu bapa tinggi tidak semestinya melahirkan anak yang tinggi
PENENTUAN SEKS ANAK DAN
KEJADIAN KEMBAR PADA MANUSIA

Kromosom manusia

Sel badan

23 pasang kromosom

22 pasang autosom 1 pasang kromosom seks

fungsi

fungsi Menentukan seks/jantina

Menentukan
Kromosom X Kromosom Y
sifat individu
Bil Lelaki Perempuan

1 Testis 44+ XY
-------------

2 Ovari ----------
44 + XX

3 Sperma (Ada 2 jenis) 22 + X atau 22 + Y -------------


----------
4 Ovum (ada 1 jenis) 22 + X
Gambar rajah skema penentuan seks anak

Bapa X Ibu
Proses ini
Induk 44 + 44 +
menghasilkan
gamet yang XY XX
mengandungi
separuh bilangan Meiosis
kromosom sel
soma
Berlaku Secara
rawak Gamet 22 + X 22 + Y 22 + X 22 + X

Seks / Jantina
anak ditentukan Persenyawaan
semasa proses ini

Peluang 44 + 44 + 44 + 44 +
mendapatkan anak XX XX XY XY
lelaki atau
perempuan
adalah sama Jantina Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki
• Jantina anak ditentukan oleh jenis kromosom seks
yang dibawa oleh sperma
• Jika sperma yang mengandungi 22 + X kromosom
bersenyawa dengan ovum, maka anak
perempuan dilahirkan.
• Jika sperma yang mengandungi 22 + Y kromosom
bersenyawa dengan ovum, maka anak lelaki
dilahirkan
• Nisbah mendapat anak lelaki dan anak
perempuan ialah 1:1 / 50%: 50%
AKTIVITI

• Buku SPS
• m/s 26 -28
PEMBENTUKAN KEMBAR
• Kembar seiras
• Kembar tak seiras
KEMBAR SEIRAS

• Terbentuk apabila satu ovum


yang disenyawakan oleh satu
sperma membahagi dua zigot
• Dua zigot berkembang menjadi
dua bayi yang sama jantina
• Dua zigot berkongsi satu
plasenta yang sama
• Mempunyai kandungan genetik
yang sama
• Ciri-ciri keturunan juga sama
KEMBAR TAK SEIRAS

• Dua ovum dibebaskan serentak


oleh ovari
• Kedua-dua ovum disenyawakan
oleh dua sperma
• Dua zigot yang berasingan
dibentuk dan mempunyai dua
plasenta yang berlainan
• Ciri-ciri keturunan yang berbeza
• Kembar tak seiras mempunyai
jantina yang sama atau
berbeza.
PERBEZAAN ANTARA KEMBAR SEIRAS
DAN KEMBAR TAK SEIRAS
Bil Ciri
Kembar seiras Kembar tak seiras
Dua sperma dan 2
1 Bilangan sperma dan ovum terlibat 1 sperma dan 1 ovum
ovum

2 Bilangan zigot terhasil


1 2
3 Zigot terhasil membahagi dua Ya Tidak
Kandungan kromosom dan gen
4 Sama Berlainan
dalam kedua-kedua zigot
Perkongsian plasenta oleh kedua- Mempunyai plasenta
5 Berkongsi plasenta
dua bayi dalam kandungan. tersendiri.

6 Seks kedua-dua bayi


Sama Sama atau berlainan

7 Sifat fizikal antara kedua-dua bayi


Sama Berlainan
MUTASI

• Perubahan secara spontan yang berlaku pada gen


atau kromosom

• MUTASI
• Mutasi gen
• Mutasi Kromosom
MUTASI GEN : ALBINISME
MUTASI GEN: ANEMIA SEL SABIT
MUTASI GEN: BUTA WARNA
MUTASI GEN : HEMOFILIA
MUTASI KROMOSOM : SINDROM DOWN
MUTASI KROMOSOM : SINDROM
KLINEFILTER
MUTASI KROMOSOM : SINDROM
TURNER
VARIASI DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
• Variasi ialah perbezaan
sifat semulajadi antara
individu dalam spesis
yang sama.

• Contoh variasi yang


biasa dilihat pada
manusia adalah seperti
ketinggian, warna kulit
dan warna rambut.

Terdapat 2 jenis variasi, iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar.
VARIASI SELANJAR

• Variasi selanjar merujuk kepada ciri yang tidak


menunjukkan perbezaan yang ketara untuk suatu
sifat dalam kalangan individu daripada spesis yang
sama.

• Dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti suhu,


air, cahaya dan pemakanan.

• Tidak boleh diwarisi


• Contoh :
• Tinggi
• Kecerdasan
• Berat badan
• Warna kulit
• Kepintaran
• Lebar bahu
• Panjang tapak kaki

• Variasi selanjar dapat ditunjukkan dengan


menggunakan histogram.
HISTOGRAM
Bil pelajar

Ketinggian badan

Cara mengenali jenis variasi selanjar:


• Sifat boleh berubah sepanjang hayat
• Graf bar dilukis rapat ( histogram )
VARIASI TAK SELANJAR

• Perbezaan yang nyata dan tetap.

• Tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

• Dipengaruhi oleh faktor genetik.

• Boleh diwarisi
• Contoh :
• Kumpulan darah
• Kebolehan menggulung lidah
• Warna mata
• Cap ibu jari
• Lekapan cuping telinga
• Kidal
• Kehadiran lesung pipit
GRAF BAR

Bil murid

A B AB O Kumpulan darah

Cara mengenali jenis variasi tak selanjar:


• Sifat tidak boleh berubah sepanjang hayat
• Graf bar dilukis tidak rapat ( histogram )
KEPENTINGAN VARIASI

• Pengubahsuaian diri dengan perubahan


persekitaran memastikan kemandirian spesis.

• Membolehkan kita mengenali antara setiap


individu dalam satu populasi

• Menghasilkan spesis atau variati tumbuhan yang


baru.

Вам также может понравиться