You are on page 1of 16

Semasa kita berbual dengan rakan, telefon bimbit kita

akan menukarkan tenaga bunyi kepada isyarat elektrik yang


akan dipindahkan sebagai gelombang mikro. Gelombang
mikro ini seterusnya akan ditukarkan semula kepada bunyi
oleh telefon bimbit rakan anda.

Telefon bimbit beroperasi menggunakan gelombang


mikro dengan frekuensi 900 MHz atau 1800 MHz atau 3000
MHz. Kuasa gelombang radio ini sangat rendah iaitu dari 0.5
– 1.0 Watt. Bahkan, sebuah lampu suluh kecil memerlukan
6.0 Watt kuasa untuk berfungsi. Inilah sebabnya telefon
bimbit tidak boleh berfungsi seperti ketuhar gelombang
mikro untuk memasak makanan.
Gelombang mikro adalah sejenis radiasi. Radiasi boleh jadi
radiasi mengion atau radiasi bukan mengion. Radiasi
mengion mempunyai tenaga yang tinggi dan mampu
menyebabkan pemecahan ikatan kimia yang seterusnya
menyebabkan perubahan kimia. Ini mampu merosakkan tisu
hidup.
Radio FM Radio Cellular 3G 4G
Amatur (GSM)
65 - 108 1.8 -
Frekuensi 3-300 Mhz 0.9 GHz 2 - 8 GHz
MHz 2.5GHz
Jenis
Gelomban Radio Radio Microwave Microwave Microwave
g
Tonton Video 1
Tonton Video 2