Вы находитесь на странице: 1из 17

Model Usrah

BAB 12
Strategi-strategi bimbingan dan kaunseling dari
perspektif Islam:-
• Usrah (Perbincangan)
• Qiamulail (Ibadat Malam)
• Tazkirah (Memberi peringatan)
• Mauizah(Bimbingan)
• Uswah Hasanah (Model)
• Ciri-ciri pembimbing yang perlu ada pada
kaunselor mengikut perspektif Islam:-
• Sidik-Amanah- Tabligh- Fatonah- Sifat-sifat
Mahmudah
• Istilah nasihat yang menjadi inti perbincangan dalam
ilmu kaunseling sebenarnya merupakan satu
daripada kaedah teras dalam ilmu dakwah.
Rasulullah SAW menegaskan Islam adalah agama
nasihat (al-Din al-Nasihah).
• Islam juga terlebih dahulu dan secara lebih
terperinci mendalami kelakuan serta sifat manusia
sama ada zahir dan batin bagi menyediakan asas
yang kukuh bagi pendekatan nasihat atau kaunseling.
• Secara lebih khusus, Islam mewajibkan perlaksanaan
dakwah yang menyeru manusia kepada kebaikan dan
mencegah daripada perbuatan yang munkar.
• Hakikat ini berdasarkan dua firman Allah swt.
bermaksud:

• “Hendaklah ada antara kamu suatu umat yang


memerintah kepada kebaikan dan melarang
kemungkaran. Mereka itulah orang yang beroleh
kejayaan”. (Ali Imran: 104).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik,
dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan
itu) dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.” (al-
Nahl: 125).
• Kedua-dua ayat di atas menggambarkan hubungan
langsung antara dakwah dan kaunseling.
• Ayat pertama secara umumnya menggesa
kewajiban umat Islam supaya menyeru ma’ruf dan
mencegah mungkar.
• Ia juga secara tidak langsung membawa pengertian
bahawa umat Islam perlu menubuhkan suatu
institusi bagi menangani perkara tersebut.
• Ayat kedua pula mengaitkan kalimah ud’u (serulah)
dengan tiga kaedah iaitu hikmah (bijaksana),
maw’izah (nasihat) dan mujadalah (debat).
• Ketiga-tiga kaedah ini mempunyai kaitan yang rapat
dengan pendekatan kunseling moden.
• Kaedah pertama iaitu hikmah mempunyai
pengertian yang luas. Menurut Dr. Wan Hussein
Azmi, hikmah bagi para pendakwah ialah bersifat
dengan sifat-sifat kenabian (benar, amanah, cerdik
dan tabligh), berlaku adil, bersabar dan mempunyai
ilmu serta pengalaman yang luas. Kaedah kedua
iaitu maw’izah adalah secara jelas mengaitkan
nasihat atau kaunseling sebagai cara berdakwah.
Ahli-ahli tafsir mentafsirkan wa’az (memberi kesedaran/nasihat)3
dengan beberapa pentafsiran, antaranya ialah;
1. Menghindarkan diri manusia dari keburukan dengan cara
menimbulkan kegemaran dan perangsang untuk
meninggalkannya, dan menanamkan rasa tidak mahu
melakukannya. Cara ini dapat melembutkan hati umat
yang akan membawanya kepada rasa khusyu’.
2. Memberi rasa kepada pendengar-pendengar bahawa
wa’az atau nasihat itu ialah untuk kebaikan.
3. Nasihat yang disampaikan dengan lemah-lembut sehingga
ia dapat meresap ke dalam hati dengan halus dan
mendalam serta dapat masuk ke dalam jiwa dengan lembut.
4. Nasihat bukanlah tengking herdik dan celaan, dan bukan dengan
mendedahkan kesalahan yang berlaku dengan sebab jahil atau
bertujuan baik. Lemah-lembut dalam menasihati dapat memberi
petunjuk kepada hati yang sesat dan dapat menjinakkan hati
yang liar, serta dapat mendatangkan natijah yang baik.
4 ) Berdebat yang menjadi pendekatan terakhir dalam ayat di
atas boleh dikaitkan dengan proses kaunseling, khususnya
dalam keadaan yang tertentu dan sesuai. Berdiskusi dalam
dakwah bertujuan untuk menjauhkan pendengar dari
berasakan bahawa pendakwah itu menyerang aqidah dan
kehormatan mereka. Sebaliknya, pendakwah digalakkan supaya
menjadi rakan sebaya yang saling hormat-menghormati dalam
merintis kebenaran. Dalam suasana seperti ini, dakwah hidup
bersama-sama dengan orang yang didakwahkan. Mereka
kurang berasa tertekan tetapi berasa seperti dimuliakan dan
diraikan. Tiada yang kalah atau menang dalam perdebatan ini
tetapi yang ada ialah usaha bersama untuk mencari kebenaran.
Pendekatan diskusi dalam dakwah seperti ini sebenarnya
kerapkali berlaku dalam proses kaunseling dalam bentuk
perbincangan bagi menyelesaikan masalah.
5) Di samping itu, istilah tarbiyyah yang sering diasosiasikan dengan dakwah
diterima sebagai suatu aspek penting dalam kaunseling Islam.
Asosiasi ini sebenarnya tidaklah menghairankan justeru pendidikan
dianggap sebagai ‘a purposeful activity directed to the full development
of individuals.’
Tarbiyyah dilihat sangat penting dalam menjana pembangunan insan
bertaqwa yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT.
Ia berperanan menjadikan manusia insaf tentang hakikat penciptaannya.
Ia melahirkan satu bentuk hubungan yang erat antara yang dicipta
dengan pencipta. Bila dimensi terbina dan manusia yakin bahawa yang
menjadikannya itu adalah Tuhannya yang sebenar, maka ia akan
melahirkan implikasi yang positif dalam perjalanan hidupnya serta
memberi impak dalam hubungannya dengan manusia dan makhluk lain
ciptaan Allah.
Matlamat tarbiyyah dicapai melalui 5 aspek penting - Tarbiyyah bi al-
Mauizah (melalui nasihat), Tarbiyyah bi al-Qissah (melalui cerita), Tarbiyyah
bi al-Ahdath (melalui peristiwa), Tarbiyyah bi al-Qudwah (melalui teladan)
dan Tarbiyyah bi al-Uqubah (melalui denda). Semua dimensi tarbiyyah ini
didokong oleh para ulama dan sarjana Islam terkemuka seperti Dr. Abdullah
Nasih Ulwan dan Dr. Abdul Rahman Umairah dalam Tarbiyyah al-Aulad fi al-
Islam dan Manhaj al-Quran fi Tarbiyyah al-Rijal.
6) Unsur-unsur kaunseling seperti tazkiah, wa’az dan
diskusi sebenarnya adalah sebahagian daripada
pendekatan dakwah.
Justeru itu, kefahaman terhadap dakwah dan
tarbiyyah boleh dijadikan asas dalam meneroka suatu
bentuk pendekatan kaunseling Islam yang mantap.
Penemuan baru dalam bidang kaunseling moden pula
(sekiranya selaras dengan Islam) pasti memberi
manfaat kepada kemajuan pendekatan dakwah.
Ringkasnya, kaunseling dan dakwah adalah saling silih
berganti (interchangeably) dalam menjayakan
perkembangan dan kegemilangan agama Islam,
walaupun mungkin terdapat perbezaan yang ketara
dalam konsep dan pendekatan masing-masing.
Gerakan Islam dan Kaunseling
• Secara tradisi, dakwah dan kaunseling telah diamalkan secara
individu oleh para Khalifah Islam yang bersifat terbuka kepada
teguran, nasihat dan beraninya sanggup berdepan dengan mata
pedang sekiranya melanggar ketentuan agama Islam.
• Pendekatan ini sangat berkesan kerana umat diasuh dengan suatu
pola pemikiran dan tindakan yang berorientasikan dakwah dan
kaunseling secara terbuka, telus dan berani, walaupun tidak
mengkhusus memahami dari perspektif moden yang diagung-
agungkan oleh manusia.
• Dari sudut intitusi pula, ia boleh dihubungkan dengan konsep dan
aktiviti hisbah yang dilaksanakan oleh kerajaan sebuah negara
Islam. Konsep hisbah ini dihayati dan dikendalikan oleh para
pemimpin pada kurun-kurun pertama kebangkitan Islam.
• Pendekatan yang sistematik terhadap kaunseling mula diberikan
perhatian apabila wilayah Islam semakin bertambah luas.
• Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab menubuhkan institusi Hisbah dan
dianggap sebagai suatu profesion.
• Baginda mengangkat muhtasib (penasihat atau
kaunselor) yang berkebolehan membimbing
manusia kepada kebaikan dalam segala bidang.
Mereka menawarkan khidmat bimbingan kepada
masyarakat khususnya dalam urusan keagamaan.
• Hisbah dijalankan oleh semua golongan seperti
khalifah, amir-amir, guru-guru, imam, suami, jiran
dan ibu bapa. Hisbah dilaksanakan di rumah-
rumah, masjid, pasar, madrasah, jalan dan kebun.
• Khalifah-khalifah seterusnya menjadikan institusi
Hisbah sebagai suatu institusi yang penting dan
dihormati dalam sistem pemerintahan negara
Islam.
• Selain dari institusi kerajaan seperti Hisbah, para ulama
juga memainkan peranan penting dalam memastikan
aspirasi Islam dapat dicapai menerusi kaedah nasihat-
menasihati.
• Bahkan sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri
dalam menyatakan al-Haq @ kebenaran sehingga dipenjara
dan dibunuh.
• Mereka - para mujaddid yang dibangkitkan bagi proses
koreksi dan refomis yang hebat dalam sejarah Islam
walaupun tidak memimpin gelombang kebangkitan gerakan
Islam yang ulung.
• Nama-nama seperti Imam Hanbali dan Hanafi terus segar
sebagai para mujaddid dan mujahid yang mendokong
peranan sebagai seorang kaunselor kepada negara dan
umat Islam pada zaman kegemilangan.
• Hakikat ini tidak dapat difahami oleh pemikiran yang
menobatkan kaunseling dari perspektif formal atau
interpretasi yang berkaca-matakan nilai-nilai Barat yang
sarat dalam kaunseling moden.
• Kejatuhan kerajaan Islam di Turki pada 1924 menyebabkan timbulnya
banyak gerakan Islam yang berusaha ke arah penubuhan sebuah negara
Islam.
• Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan Jamaat Islami di Pakistan yang dianggap
pelopor kepada kebangkitan Islam moden turut terlibat secara aktif dalam
dakwah dan tarbiyyah.
• Bahkan, Ikhwan dirujuk sebagai suatu model tarbiyyah yang berjaya
mempengaruhi umat Islam menerusi kaedah-kaedah yang sistematik dalam
aktviti seperti Usrah dan Daurah.
• Peranan gerakan Islam dalam dakwah dan tarbiyyah yang telah menjadi
asosiasi rapat ini seterusnya dapat dilihat secara jelas apabila negara umat
Islam mencapai kemerdekaan.
• Perjuangan gerakan Islam yang dahulunya bertujuan bagi membebaskan
negara dari cengkaman penjajah kini beralih tumpuan kepada usaha
dakwah atau tarbiyah pula.
• Banyak parti politik umat Islam dan organisasi baru yang ditubuhkan di atas
semangat ini kerana mereka berasakan kemerdekaan yang dicapai masih
lagi tidak menepati matlamat sebagai sebuah negara Islam.
• Dakwah dan tarbiyyah adalah merupakan proses yang berterusan bagi
mengubah suasana dunia Islam ke arah menghayati Islam dalam erti kata
yang sebenarnya.
RUJUKAN
1. Dr. Hassan Langgulung, ‘Applikasi Beberapa Kaedah Kaunseling Dalam
Dakwah’, dalam Dr. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusof Che Mamat dan
Ideris Endot (ed.), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan
Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 1998), hlm. 137-140.
2. Ideris Endot, ‘Peranan Psikologi Masyarakat Islam dalam Dakwah Islamiah’ dalam
Sidi Ghazalba dan Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, (Bangi:
Penerbit UKM, 1993), 124-125.
3. Wa’az berasal dari kalimah wa’aza dan wa’izu yang bererti to preach, appeal to, to
warn and take advice. Lihat Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic,
Arabic English, (ed.) J. Milton Cowan, (London: MacDonald & Evans Ltd., 1974),
hlm. 1082.
4. Dr. Wan Hussein Azmi, Ilmu Dakwah, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1984), hlm. 34-37.
5. Ibid.
6. Abd. Ghafar Don, ‘Tarbiyyah Dalam Kaunseling Islam’, dalam Dakwah dan
Kaunseling Islam
di Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 2006), hlm. 99-105.
7. Kamal Abd. Manaf, Kaunseling Islam Perbandingan Antara Amalan dan Teori
Kaunseling Barat, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1995), hlm.
19-20.
Q&A

Вам также может понравиться