Вы находитесь на странице: 1из 16

AKTA-AKTA BERKAITAN

DENGAN KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
DISEDIAKAN OLEH:
TEH YI CHENG
WOON QIN HUAN
LEONG MUNG TING
JONG SUK JOO
1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
- Peraturan Pendidikan khas 2013

2. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta


685)
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

BAB 8 – PENDIDIKAN KHAS


MENTERI HENDAKLAH MENGADAKN PENDIDIKAN
KHAS
SEKSYEN 40.
- Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas yg ditubuhkan di bawah perenggan
34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
KUASA UNTUK MENETAPKAN TEMPOH
DAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
SEKSYEN 41 (1)
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh
melalui peraturan-peraturan menetapkan:
a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai
dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan
dengan Pendidikan Khas;
c) Kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan
kaedah yg sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap
kategori sekolah khas;
d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri
suaimanfaat atau perlu bagi maksud bab ini.
SEKSYEN 41 ( 2)
• Tempoh yang ditetapkan oleh menteri
di bawah perenggan 1(a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum
pendidikan rendah atau menengah,
mengikut mana-mana yang berkenaan,
yang diperuntukan di bawah akta ini.
SEKSYEN 41 ( 3)
• kurikulum yang ditetapkan di bawah
perenggan 1( b) hendaklah mematuhi
kehendak kurikulum kebangsaan
setakat yang semunasabahnya praktik.
Akta Orang Kurang Upaya 2008
(Akta 685)

Akses kepada pendidikan

Akses kepada rekreasi, santai


dan sukan
Akses kepada pendidikan
(1) Orang kurang upaya tidak boleh
dikecualikan daripada sistem pendidikan
umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-
kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada pendidikan prasekolah, rendah,
menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan
dengan orang atau kanak-kanak upaya,
termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat.
(2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta
hendaklah, bagi membolehkan orang dan
kanak-kanak kurang upaya melanjutkan
pelajaran, menyediakan penyesuaian
munasabah yang sesuai dengan keperluan
orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi,
antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan
pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum
dan bentuk sokongan lain yang memenuhi
pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak
kurang upaya.
(3) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah
mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan
kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan
pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan
setara mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut:
(a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif,
kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format
komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan
memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran;
(b) untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia
dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak; dan
(c) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya
kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan
dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai
bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan
pembangunan akademik dan sosial.
Akses kepada rekreasi,
santai dan sukan
• untuk memastikan bahawa kanak-kanak
kurang upaya mempunyai akses setara
dengan kanak-kanak upaya lain kepada
penyertaan dalam aktiviti permainan,
rekreasi dan santai serta sukan, termasuk
aktiviti dalam sistem persekolahan;
Implikasi Akta Pendidikan 1996

1.Pelaksanaan Pendidikan inklusif / Percantuman


• 1962 kelas ini telah dimulakan apabila 3 pelajar
cacat penglihatan telah belajar di kelas
biasa denganbantuan guru khas resos.
• 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran
telah ditempatkan ditingkatan enam rendah
di SMK(L)Methodist Kuala Lumpur .
• Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek
rintis14 buah sekolah di Malaysia bagi program
KKBP.
2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.
• Satu jabatan ditubuhkan yang membolehkan
pelajarkurang upaya terbela dari segi
akademik.-Peluang belajar telah dilanjutkan
keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan
SPM.-1999/2000 telah wujud peluang
pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam
bidang vokasional melalui kemasukan ke
Sekolah teknik dan vokasional
3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan
• Terlaksanannya akta ini membolehkan ibu
bapa mendesak kerajaan menubuhkan
sekolah khas sejak peringkat pra lagi.

• Bagi pihak kerajaan pula akta ini


membolehkan seseorang pelajar khas yang
belum bersedia ditolak penempatanya
setelah tamat tempoh percubaan.
4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel
• Akta Pendidikan 1996 (Bah.11/4)
membolehkan pihak guru mengubahsuai
kurikulum , kaedah atau teknik P&P
mengikut kesesuaian dan kemampuan
murid.
• Memberi peluang kepada guru membentuk
dan reka kurikulum vakasional dan
kemahiran hidup di peringkat rendah dan
menengah.
KAHOOT TIME !!!!

Вам также может понравиться