Вы находитесь на странице: 1из 12

PENDIDIKAN MENURUT

PERSPEKTIF SOSIOLOGI
Pendidikan Menurut Perspektif
Fungsionalisme
• Pendidikan berlaku di sekolah
• Fungsi utama sekolah?
• menyampaikan ilmu pengetahuan
• tingkah laku yang dikehendaki
• memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.
• tugas utama pendidikan?
• untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan:
• norma,
• nilai-nilai dan
• peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat
• fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat (Emile
Durkheim):
• nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat
yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem
pendidikannya.
• Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu
menolong dan menyokong antara satu sama lain untuk
memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan
dengan lancar supaya matlamat yang ditetapkan boleh
tercapai bersama.
• Teori fungsionalisme menekankan kepada aspek memilih dan
melatih?
• semua kanak-kanak akan mendapat peluang yang sama untuk menyumbang
kepada perkembangan masyarakat.
• Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi dalam hierarki
masyarakat.
• Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.
• Sebagai contoh: dalam sebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana
struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam sekolah
berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat
yang telah ditetapkan.
Pendidikan Menurut Perspektif Konflik
• Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik
dengan pendidikan.
• Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik
pelajar tentang status budaya.
• Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik
di antara individu dan kumpulan.
• Kapitalisme
• Mempengaruhi dan memberi kesan kepada sistem pendidikan dalam
masyarakat.
• sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status budayanya
diperkukuhkan melalui pengalaman, kehendak, dan acuan sekolah.
• “orang luar” berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan
mereka di sekolah.
• Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,
kemahiran, intelektual, dan sosialisasi.
• Menurut kajian: jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan
dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonomi
tinggi dan sebaliknya.
• Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk
mengisi susun lapis masyarakat.
• Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.
• Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang
mementingkan “credential”?
• satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
• Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan
menikmati keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam
masysarakat.
• Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.
• guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka
perlu menjalankan tugas mengajar.
• timbul konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang
diarahkan.
• pelajar pula di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat
keputusan yang cemerlang.
• merampas sebahagian usia kanak-kanak
• Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya
• Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah
membuat mereka terpaksa menerima tekanan. Jika gagal?
• dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.
Pendidikan Menurut Perspektif Simbolik
Interaksi
• David Hargreaves - “Intepersonal Relation And Education”.
• Memerhati makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang
terlibat terutamanya guru dan murid.
• melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti
sosial.
• tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.
• Contoh: mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi
dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar
belakang kelas sosial dalam masyarakat.
• Blackledge dan Hunt (1985) telah menjelaskan beberapa andaian
yang selalu digunakan oleh perspektif mikro. Iaitu:
• Aktiviti harian:
• Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia
melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian. Sistem pendidikan dihidupkan oleh
aktivit-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru, murid-murid,
pentadbiran dan seumpamanya. Perubahan dalam pendidikan adalah hasil
daripada aktiviti harian.
• Kebebasan:
• Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat
tetapi aktiviti-aktiviti yang dilakukan masih mempunyai autonomi dan
kebebasan yang tersendiri.
• Makna:
• Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada
pelakunya. Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripada budaya
oleh si pelakunya.
• Interaksi:
• Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya
melibatkan interaksi dengan orang lain. Misalnya apabila guru menyoal, murid
mungkin mengangkat tangan untuk menjawab. Guru perlu menginterpretasi
makna angkat tangan tersebut, sama ada murid mengangkat tangan ingin
menjawab soalan, tidak faham, ingin mengelak diri atau tidak mahu dianggap
bodoh.
• Rundingan:
• Makna dan interpretasi bukanlah sesuatu yang statik dan tidak berubah.
Manusia selalu mengubahsuai pandangan mereka. Mereke selalu berkongsi
pemahaman. Perkongsian ini diperolehi melalui proses rundingan.
• Pendekatan subjektif:
• Kita perlu menginterpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut kaca
mata pelaku itu sendiri.
• interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan
bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial.

Вам также может понравиться