Вы находитесь на странице: 1из 7

BAB 1

PENGENALAN ILMU
KETAMADUNAN
DEFINISI DARIPADA PELBAGAI SARJANA
Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun

• Pengajian ketamadunan
• membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak
• Sejarah tamadun
• Iaitu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya.

• Pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun
dibatasi faktor masa.

• Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang
hambar.
• Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta
dikembangkan.
• Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi kompenan dlm pengajian
ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan
teknologi dsb.
• Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa
depan.
• Istilah tamadun mula diperkenalkan pada abad 19 dan lebih sesuai
digunakan menggantikan istilah2 sebelum itu.
• Jurji Zaidan antara sarjana yg banyak guna istilah tamadun dalam
bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami
• Tamadun dlm bahasa Inggeris – ‘civilization’ – berasal drpd perkataan
latin ‘civitas’ (kota / bandar). Istilah lain – renaissance dan culture
Pengertian Tamadun dari Sudut Pengistilahan
• Idris al-Marbawi
• Tamadun ialah kehalusan adat pencapaian manusia yang hidup di kota dan berjaya
menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi.
• Arnold Toynbee
• Kebudayaan yang berkembang di dalam kota
• Syed Mohammad Naquib al-Attas
• Keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur
• Kesimpulan
• Tamadun diertikan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dll) yang tinggi,
luhur, baik, halus dan sopan yang berpusat di kota/bandar
Ciri Tamadun
1. Wujud sistem kepercayaan dan agama
2. Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan
yang membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah
Indus
3. Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
4. Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg
teratur
5. Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem
tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi
6. Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai
7. Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg
keselesaan hidup
8. Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati
falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika.
PRINSIP
Objektif

1.menjelas dan menerapkan nilai-nilai universal dalam umat kehidupan


manusia
2.memupuk jati diri individu, sifat tolerensi dan saling dalam menghormati
kehidupan bermasyarakat
3.memperkukuhkan falsafah dan cara hidup masyarakat
melalui dialog dan kesepakatan
4.melahirkan masyarakat berfikiran luas dan berpandangan sejagat
5.melahirkan bangsa yang berperadaban tinggi dan sanggup
memperjuangkan nilai-nilai universal
6.memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan ilmu pengetahuan seluruhnya.
7. untuk melahirkan masyarakat madani

Kesimpulannya:

Untuk memajukan kehidupan bermasyarakat dan bernegara ke arah mencapai


tahap kecemerlangan dan kegemilangan dalam aspek
kemajuan fizikal dan spiritual.

Вам также может понравиться