You are on page 1of 12

MANDI

WAJIB
SK BANDAR MERSING
MANDI HADAS /
MANDI WAJIB
• Mandi wajib juga dikenali mandi junub
(mandi setelah hubungan suami isteri),
iaitu mandi yang perlu dilakukan oleh
seorang muslim untuk membersihkan
dirinya dari hadas besar dengan
melakukan rukun-rukunnya salah satunya
adalah mandi dengan meratakan air ke
seluruh anggota badan. Mandi wajib ini
adalah wajib ke atas orang Muslim
(Lelaki & Perempuan)
BILA PERLU MANDI WAJIB??
3 SEBAB (LELAKI & WANITA) :
KELUAR AIR MANI
BERSETUBUH LELAKI & WANITA WALAUPUN TIDAK
KELUAR AIR MANI
MATII

3 SEBAB (WANITA) :
KELUAR DARAH HAID
DARAH NIFAS
MELAHIRKAN ANAK (WILADAH)
RUKUN MANDI WAJIB

 Niat
 Menghilangkan najis di
badan
 Meratakan air ke seluruh
badan
NIAT

Aku berniat mandi wajib untuk mensucikan


hadas besar fardhu kerana Allah taala
HILANGKAN NAJIS YANG
ADA DARI SELURUH BADAN
Sekiranya anda mandi disebabkan keluarnya haid, cucilah
anggota sulit anda dan pastikan darah haid semuanya
sudah bersih

Sekiranya anda mandi disebabkan keluarnya air mani, cuci


anggota sulit anda dan hilangkan air mani tersebut

Hilangkan juga air kencing dan najis najis lain, sekiranya


ada di badan anda

Imam Nawawi, sekiranya ada najis pada badan,


ianya boleh dicuci sekali dengan mandi
MERATAKAN AIR KE SELURUH
TUBUH BADAN
Walaupun nampak mudah, pastikan air benar-
benar sampai ke kawasan berikut untuk mandi
wajib yang sempurna :
 Celahan rambut, janggut, misai, bulu ari-ari (bulu di
anggota sulit) dan bulu-bulu lain anda
 Bagi rambut yang berwarna, pastikan pewarna rambut
tersebut ialah yang disahkan halal oleh JAKIM. Ini bagi
memastikan air berjaya sampai ke rambut semasa mandi
wajib
 Di setiap lipatan anggota anda seperti celah ketiak, lipatan
di siku, lipatan di lutut kaki dan lain-lain

 Di setiap celahan seperti celahan punggung, celahan jari


tangan dan kaki

 Di bawah kuku. Sekiranya ada kotoran atau pewarna di


bawah kuku yang menghalang air untuk sampai, perlu
dibersihkan dulu semasa mandi
HADITH CARA MANDI
RASULULLAH S.A.W
Membaca niat sebaik air menyentuh kulit
Membaca “Bismillah” di awal mandi
Mencuci tangan sebanyak 3 kali
Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
Berwudhu’. Wudhu’ boleh dilakukan seperti biasa
Membasuh kepala dan telinga dengan mengusap
rambut menggunakan jari dengan air sebanyak 3
kali
Menyiram air ke kepala dimulai dengan sebelah
kanan kemudian barulah sebelah kiri
Memulakan mandi dengan bahagian kanan tubuh
Meratakan air ke seluruh badan
PERKARA SUNAT DALAM
MANDI
Seorang muslim sunat mengenakan kain
hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh
Rasulullah saw. Memakai kain basahan.

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap


kiblat, membaca bismillah, membasuh
tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok
seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu
berturut tanpa putus
KEMUSYKILAN ???