Вы находитесь на странице: 1из 7

CADANGAN MEWUJUDKAN PUSAT LATIHAN USAHAWAN KULINARI

YPU
1. PENGENALAN

Kertas ini dikemukakan sebagai cadangan konsep ringkas ke arah mewujudkan satu Pusat
Latihan Usahawan Kulinari YPU bertempat di Kompleks Usahwan Terengganu. Pusat Latihan
ini merupakan sebahagian daripada fungsi Akademik Usahawan YPU.

2. MATLAMAT

Sebagai usaha untuk memamer satu Program Latihan Keusahawanan Kulinari bagi
mewujudkan golongan Usahawan dan peniaga Kulinari serta membantu kalangan belia atau
golongan individu yang ingin menjadikan bidang Kulinari sebagai bidang kerjaya
keusahawanan
3. KONSEP PUSAT
LATIHAN
 Pusat Latihan ini memberi tumpuan kepada prinsip latihan Kulinari Komersil bagi memberi
kemahiran kepada peserta untuk menguruskan perniagaan Kulinari.

Sasaran Pusat Latihan untuk menyediakan :

Kursus asas modul kemahiran (praktikal) teknik Kulinari – Akan melibatkan pembelajaran 1 hari atau 2
hari. Diakhir kursus peserta diberi sijil penyertaan kursus.

Kursus modul pengurusan keusahawana Kulinari – Akan melibatkan pembelajaran 1 hari atau maksima
2 hari bergatung kepada modul. Di akhir penyertaan peserta akan diberi sijil penyertaan kursus.

Program Persijilan - Akan melibatkan pembelajaran bermodul lengkap iaitu gabungan modul
praktikal Kulinari dan Modul Pengurusan Keusahawanan Kulinari dengan tempoh masa berjangka
pendek antara tempoh 1 minggu atau maksima 1 bulan. Program ini adalah modul Lengkap
membentuk usahawan Kulinari. Diakhir penyertaan, peserta akan dianugerah pensijilan Kulinari
YPU
 Semua modul yang dibentuk memberi fokus untuk menerap kemahiran dan pengetahuan
bagi membolehkan peserta mampu menguruskan perniagaan Kulinari dengan prinsip modul
berasas 3 K ( Komersil, Keusahawanan, Kebersihan).

 Pusat juga akan menyediakan khidmat bibingan selepasa kursus bagi peserta ingin memulakan
dan mengembangkan perniagaan dan pembelian mesin serta bahan kimia makanan

 Perbezaan modul atau kursus Pusat Latihan Kulinari YPU dengan Pusat Pembelajaran Kulinari.

Pusat Pembelajaran
Pusat Latihan

 Tumpuan kepada
Tumpuan kepada kemahiran memberi pengetahuan
dan kebolehan mengurus dan kemahiran untuk
menjadi tenaga separuh
pernigaanKulinari dengan teras mahir dalam Industri
prinsip 3k iaitu komersil , Kulinari

Keusahawanan, Kebersihan

 Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan antara RM50.00 – RM80.00 untuk modul
kursus sehari.
4. CADANGAN TENAGA FASILITATOR

 Pusat Latihan Usahawan Kulinari YPU akan mengenalpasti tenaga fasilitator yang akan
mengajar modul- modul di kalangan

1.Usahawan Kulinari yang berpengalaman yang menganggotai dan menjadi Pembimbing Rakan
Usahawan (PPU) YPU.
2.Chef Hotel.
3.Pensyarah Kulinari daripada Kolej Komuniti atau UiTM.

Cadangan bayaran khidmat fasilitator bagi khidmat 1 hari / 8 jam adalah RM500- RM800.

5. PELAKSANAAN

 Sasaran 6 bulan pertama : Obligasi sosial dengan pelaksanaan dibiayai daripada


sebahagian perolehan bayaran yuran peserta dan peruntukan latihan daripada
Kerajaan Negeri. Justeru yuran penyertaan yang dikenakan melibatkan pengiraan
elemen bantuan peruntukan kerajaan.

 Sasaran selepas 6 bulan pertama adalah setiap kursus dilaksanakan berasaskan nilai
pasaran kursus dan elemen penggiiraan perolehan keuntung pengendalian kursus.
 Matlamat Pusat Latihan Kulinari ini mampu menjadi “ Center Cost” yang mampu berdikari
mengendalikan program.

 Bagi setiap kursus asas modul pratikal teknik Kulinari, bilangan peserta maksima dihadkan
seramai 25 orang sahaja. Ini untuk memastikan kebolehupayaan peserta mempratikalkan
teknik yang diajari.

6. PENUTUP

 Kertas ini merupakan cadangan ringkas konsep bagi mewujudkan Pusat Latihan
Usahawan Kulinari YPU. Bagi pelaksanaan selanjutnya satu kertas melibatkan anggaran
aliran tunai pengurusan Pusat Latihan dan jangkaan perolehan hasil perlu disediakan.
Namun begitu modul-modul asas yang dicadangkan boleh dilaksanakan terlebih dahulu
dengan dikendalikan oleh Unit Latihan Bahagian Pembangunan Usahawan.
KURSUS ASAS USAHAWAN KULINARI

 Belia / Pengusaha Makanan


Sasaran  Mereka yang baru diberhenti kerja kerana retrenchment.
Ibu tunggal / golongan miskin yang ingin menjadi Kulinari
sebagai kerjaya.
Individu yang berminat menjadi usahawan Kulinari.

Modul kursus latihan

Modul Pratikal Modul Pengurusan


Teknik Kulinari Keusahwanan Kulinari

Khidmat selepas kursus latihan


ke arah mewujud & Pensijilan
meningkatkan keupayaan Usahawan
usahawan Kulinari Kulinari

Khidmat Bimbingan

 Memula & mengembang Perniagaan.


Pembelian mesin , Bahan, Kimia makanan
Fasa Pelaksanaan Program

1. Fasa 1: Pengurusan modul asas Kulinari dengan jangka masa kursus


antara 1 hari hingga 2 hari sahaja

2. Fasa 2 : Mewujudkan program sijil usahawan Kulinari dengan latihan


berjangka masa pendek antara 1 minggu hingga 1 bulan

Вам также может понравиться