Вы находитесь на странице: 1из 31

EDU 3103 MURID DAN ALAM

BELAJAR
Disediakan oleh:

KUMP ULAN 4

Arni Rahayu Bt Mohd Rosli


Nur ‘Atifah Bt. Abd Ruddin
S2 / T1 SN2
SOALAN

Terangkan sebab-sebab lupaan


berlaku. Cadangkan strategi
bagaimana dapat mengatasi
lupaan bagi meningkatkan daya
ingatan untuk
mengaplikasikannya di dalam
pengajaran dan pembelajaran
DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah
dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi
yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.

Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang
dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk
disimpan dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima


dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya .
 Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk
menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk
menjadi pengalaman pada masa depan.

 Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan


manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya
ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
 Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/
mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg
telah dialami.
 Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai
perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-
idea yang telah dipelajari.
Eric Erikson (1963)
“ Lupaan merupakan satu motif, iaitu
perkara tertentu sahaja yang dilupai
kerana ia tidak penting atau tidak
berguna untuk seseorang individu
“.
JENIS-JENIS LUPAAN
1. Keusangan/ hilang kesan
ingatan.
2. Lupaan gangguan
3. Lupaan terdesak.
KEUSANGAN / HILANG KESAN
INGATAN
Otak akan akan melupai maklumat yg
disimpan dlm ingatan jangka panjang
kerana faktor keusangan.
Keusangan berlaku apabila maklumat yg
disimpan dalam ingatan jangka panjang
digunakan / diingat kembali.
Jika maklumat jangka panjang tidak
diaktifkan ia mudah dilupai.
LUPAAN GANGGUAN
Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg
tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
Contohnya, proses pembelajaran yg baru
mengganggu proses pembelajaran yg lama.
LUPAAN TERDESAK
Lupaan yg disebabkan oleh
gangguan emosi individu yg
mendesaknya untuk melupakan
maklumat yg tersimpan dalam
ingatan jangka panjang.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYEBABKAN LUPAAN
 Minat  Aras keyakinan.
 Perasaan takut dan  Gangguan proaktif &
bimbang gangguan retroaktif
 Keusangan  Terlalu banyak
 Pengalaman yang maklumat yg perlu
pahit. diingati.
 Masa yg tidak cukup
untuk mengingat
MINAT
 Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan
mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak
memberi penumpuan 100% semasa guru
mengajar.
 Mereka juga kurang berminat untuk melihat
perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh
menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
PERASAAN TAKUT &
BIMBANG
Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang
amat sukar utk mengingat kembali fakta
yg diajar oleh guru.
Guru yg garang dan tidak peramah juga
akan menyebabkan keupayaan pelajar utk
berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
KEUSANGAN
 Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran
mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg
berkaitang dengan dirinya.
 Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam
persekitaran yg baru.
 Contoh:
•Ahmad mempunyai pengalaman manis
tentang kampungnya. Namun, selepas dia
balik 25 tahun kemudian, dia mendapati
kampungnya sudah berubah dengan pesat.

•Maklumat lama dalam ingatan jangka


panjangnya sudah tidak boleh digunakan
lagi
PENGALAMAN YG PAHIT
 Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak
pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak
tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.
 Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak
timbul ke paras otak sedar manusia.
 Contohnya: seorang murid mengalami kemalangan jalan
raya, lalu menyebabkan kematian salah seorang ahli
keluarganya. Murid tersebut akan cuba untuk melupakan
peristiwa pahit tesebut
MASA YG TIDAK MENCUKUPI
UNTUK MENGINGAT
 Masa cukup penting dalam mempengaruhi daya
ingatan seseorang
 Contohnya: seorang murid melakukan ulang kaji
pada saat akhir sebelum peperiksaan menjelma.
Hal ini mengakibatkan murid tersebut lupa akan
fakta yang dibaca ekoran masa yang tidak
mencukupi
ARAS KEYAKINAN
 Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses
ingatan manakala aras keyakinan yg rendah
memudahkan proses lupaan.
 Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam
menyampaikan isi pengajarannya akan
melancarkan proses p&p.
GANGGUAN PROAKTIF &
GANGGUAN RETROAKTIF
 Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran
lama mengganggu pembelajaran baru.
 Gangguan retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran lama masih tidak difahami dengan
baik namun guru telah mengajar pembelajaran
yang baru.
TERLALU BANYAK MAKLUMAT YG
PERLU DIINGATI
 Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat
jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.
 Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila
terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.
 Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan

lupaan.
Cara-Cara Meningkatkan Ingatan
Belajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan


proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu
bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai
sepenuhnya.
Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan
terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
 Pemahaman

 Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan


bukan menumpukan kepada ulangan fakta.
 Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut
kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat
dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan
yang bermakna.
AKTIVITI: CUBA INGAT

Murid diberi angka berikut untuk diingat:

100816449362516941
Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk
disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah
sukar untuk mengingat kembali semua angka
tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu
tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di
atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10
hingga 1.
Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada
 Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru
yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima.
 Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, pengajaran menjadi lebih berkesan.
 Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara
pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori.
 Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
Mengajar dengan menggunakan bahan
pembelajaran yang bermakna supaya
lebih mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar


yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman
mereka, seterusnya membentuk konsep yang

betul.
Iklim pembelajaran yang kondusif.

 Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya


emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti
pembelajaran dimulakan.
 Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh
keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya
mengurangkan kuantiti ingatan.
Mengajar secara menarik untuk
menangkap perhatian pelajar.

 Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar


berasa seronok semasa pembelajaran.
 Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan
elakkan hukuman yang akan membunuh semangat
pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
Mengajar kaedah metakognitif

• Kaedah ini memerlukan guru mengajar murid membuat nota


ringkas, membuat peta minda. Kaedah mnemonik
• Kaedah mnemonik merupakan kaedah menyambungkan huruf di
awal perkataan menjadi ayat yang mudah di ingat.
KESIMPULAN
 Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting
yang berkaitan dengan pembelajaran.
 Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang
banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang
dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat
manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses
lupaan.
 Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-
langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan
semasa menjalani proses pembelajaran.
• BIIBLIOGRAFI:

CikguMat.( 2008). Mengapa Kita Jadi Pelupa. Retrieved 2 Ogos, 2010, from

http://cikgumat.ummisakinah.com/pychology/mengapa-kita-jadi-pelupa/

Ilhamku. ( 2009). Teori Model dan Jenis Ingatan. Retrieved 2 Ogos, 2010, from

http://naryzilhamku.blogspot.com/2009/04/teori-model-dan-jenis-ingatan.html

Вам также может понравиться