Вы находитесь на странице: 1из 9

FALSAFAH & LOGIKA

MELAYU

ARTIFAK MELAYU(KERIS)
PENGENALAN
• Keris adalah salah satu daripada artifak Melayu atau lebih dikenali
sebagai bendawi Melayu.
• Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu
sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu,lebih daripada 800 tahun
yang lampau.
• Keris digunakan terutamanya oleh pendekar,pahlawan serta kalangan
pembesar istana untuk mempertahankan diri dan sebagai alat
kebesaran diraja.
• Keris juga selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar
biasa atau kedaulatan.
• Keris mempunyai 2 belah mata,melebar di pangkal dan tirus di
hujungnya serta tajam.Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok
dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga
sarungnya.
• Keris juga diibaratkan sebagai insan,sesetengah empu atau pembuat keris
memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu supaya ia
lebih memberikan kekuasaan.
• Keris mempunyai bahagian-bahagiannya yang tersendiri iaitu hulu
keris,pendongkok,bilah keris,dan batang.
• Berbagai jenis keris yang terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya
selain sebagai senjata,regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.
FALSAFAH DI SEBALIK
KERIS JAWA
• Orang Melayu meletakkan keris sebagai simbol tuah dan maruah kerana
mereka mempercayai bahawa keris mengandungi nilai,keutamaan yang
tertentu yang dapat dijadikan sebagai kekuatan batiniah dan lahiriah.
• Selain itu,keris dalam tradisi Melayu yang mewakili 10 fungsi dan antaranya
simbol harga diri dan jati diri kerana kepelbagaian bahan yang terkandung di
dalamnya selain dipercayai memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan rasa
berani,perkasa serta keyakinan diri.
• Tenas Effendy menjelaskan,dalam konteks kekuasaan keris mewakili simbol
daulat sehingga apabila Sultan mengirimkan keris tanpa sarung kepada
seseorang,ia menunjukkan tanda kemurkaan baginda dan isyarat kepada
hukum bunuh terhadap mereka yang mendapat keris itu.
• Di samping itu,Tenas juga mengatakan bahawa keris turut dianggap sebagai
wakil kepada pemiliknya sekiranya tidak dapat menghadiri upacara tertentu.
• Tenas menegaskan bahawa keris tidak boleh dipakai dalam keadaan hulunya
yang terlentang kerana ia menunjukkan isyarat untuk mengundang pihak
lawan.
• Pembinaan monumen keris yang diletakkan pada kedudukan terpacak di tanah
adalah satu penghinaan kerana ia menjadi simbol kepada kekalahan dan jika
mahu mengangkat maruah senjata masyarakat Melayu itu ialah dengan
meletakkan mata keris tegak menghadap ke langit dan perlu mengutamakan
nilai estetika yang ada pada senjata itu sehingga mengabaikan etika yang
sepatutnya dipelihara.
• Dalam tradisi Melayu sejak zaman dahulu lagi menganggap keris bukan hanya
semata-mata senjata untuk menyerang lawan sebaliknya turut dianggap
sebagai jiwa Melayu.
• Keris Jawa bermakna keris daripada rumpun Melayu yang membawa makna
keris Melayu.Pengiktirafan ini adalah satu kegembiraan di mana fungsi keris
itu dapat dilihat daripada pelbagai aspek termasuk sudut teknologi
pembuatan,nilai estetika,lambang kekuatan dan kepahlawanan hak warisan.
• Satu yang perlu diberi perhatian ialah nama mata dan sarung keris yang
digunakan di Semenanjung dan Jawa adalah berbeza walaupun terdapat nama
persamaan seperti Aring,Buntut,dan Ganja.
• Sebagai sebuah warisan budaya,keris adalah warisan khas kebudayaan
Nusantara atau Melayu.Oleh itu ianya selalu dipakai oleh orang-orang di
Riau,Bugis,Jawa dan Bali sebagai pelengkap bagi pakaian yang dipakai.
• Pada bahagian bilah melambangkan wujud lingga sedangkan bahagian ganja
melambangkan wujud yoni.Dalam falsafah Hindu,persatuan antara lingga dan
yoni adalah simbol kesuburan,keabdian dan kekuatan.
• Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja tidak tegak
lurus,kedudukan bilah keris yang senget dan condong ini adalah lambang sifat
yang terpuji,bahawa apapun kedudukan dan pangkat seseorang harus sentiasa
tunduk hormat bukan hanya pada sang pencipta namun juga pada
sesamanya.Hal ini kerana ia berkait rapat dengan falsafah atau budaya Melayu
itu sendiri yang selalu merendah diri kepada yang Maha Esa dan kepada
rajanya kerana Melayu itu tidak akan bertuan kepada yang lain selain rajanya.
• Dari segi fizikal hujung matanya yang serong itu berkait rapat dengan falsafah
permainan keris itu sendiri yang penuh dengan tipu helah,contohnya arah
tikaman tidak akan sama dengan sasaran tikaman.
• Hal ini sesuai dengan philosophy padi, “semakin berisi semakin
menunduk”.Berdasarkan falsafah ini pendapat yang mengatakan bahawa keris
adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.
• Dari segi falsafah keris itu sendiri bermata 3 iaitu Kalih,Hiris,dan
Rodok.Secara fizikalnya sememangnya kita tahu keris itu mempunyai 3 mata
secara dasarnya namun apabila kita campurkan permukaannya yang berpamor
kesat atau berlurah maka matanya menjadi 5.Sekiranya dicampurkan dengan
hujung hulu dan aringnya maka matanya menjadi 7.Kesemua mata ini
• Masih ramai yang keliru dan tidak memahami bagaimanakah sesebuah keris
mendapat gelarannya.Berdasarkan apa yang telah dikaji keris digelar oleh
orang ramai dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami identiti keris itu
sebenarnya.
• Hal ini semakin meruncing apabila pembuat keris terkini atau secara komersial
mula menempah sarung dan hulunya tanpa memahami falsafah,rekabentuk dan
sejarah keris itu sendiri.Pembuatan keris yang terkemudian dengan meniru
bentuk yang asal(tetapi tidak mengikut spesifikasi sebenar) akan menyebabkan
bentuknya akan terus kekal menyeleweng dan salah.
• Disebabkan ini tidak menghairankan sekiranya ada keris yang berhulu
Pekaka,bersarung sampir Majapahit,mempunyai buntut Bugis dan mata
kerisnya Sumatera.Keindahan senicipta keris semata-mata adalah tidak
mencukupi kerana ianya hanya akan merosakkkan identiti budaya dan imej
keris itu sendiri.
KESIMPULAN
• Walaupun terdapat senjata-senjata Melayu lain yang lebih lama dari keris seperti tombak
dan pedang,namun kelihatan keris yang lebih dikaitkan dengan aspek-aspek
“supernatural”.
• Status dan reputasi yang diterima oleh keris dalam worldview Melayu melambangkan
keris sebagai simbol kejantanan,simbolis,kekuasaan,keyakinan dan lambang identiti
Melayu jati.Tidak hairanlah percubaan Raffles pada 1822/23 untuk mengharamkan keris
di Johor mendapat bantahan keras daripada rakyat dan Sultan Hussien dan Temenggung
Ibrahim.Abdullah Munsyi juga melaporkan kekecohan berlaku di Singapura apabila
lelaki Melayu dilarang memakai keris.
• Kini,fungsi dan pengaruh keris dalam kehidupan menjadi semakin berkurangan.Sifat
utilitariannya telah diganti dengan tujuan regalia dan item dekoratif.Kuasa
“supernatural”telah diganti dengan sains dan pemodenan sejagat.Statusnya kini juga
telah berubah,namun apa yang pasti identiti keris mewakili bangsa dan budaya serta
menjadi simbol Kemelayuan.
• Keris tidak dilupakan oleh dunia Melayu memandangkan sifat sosial “symptom yang
universal di Kepulauan Melayu.Warisan yang tidak ternilai harganya ini haruslah
dipelihara sewajarnya agar ianya terus berkekalan selama-lamanya.

Вам также может понравиться