Вы находитесь на странице: 1из 11

ADAT

KUNJUNG-
MENGUNJUNG
 Kunjung bermaksud pergi untuk melihat-lihat
tempat atau menemui seseorang.
 Kunjung –mengunjung pula bermaksud
mendatangi untuk melihat-lihat tempat atau
menemui seseorang , melawat atau menziarahi.
 Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-
mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat-
handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi
sebahagian daripada budaya kita.
 Contoh Kunjungan:
 Merisik
 Meminang
 Perkahwinan
 Menziarahi orang sakit
 Menziarahi jiran tetangga
 Menziarahi sanak saudara pada musim
perayaan.
 Merisik :
 Kunjungan merisik bertujuan untuk menentukan
sama ada si dara yang berkenan di hati telah
berpunya atau belum.

 Biasanya, si teruna akan menghantar wakil untuk


merisik.

 Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan


menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara
bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk
masuk meminang dan seterusnya bertunang.
 Meminang :
 Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil
teruna akan masuk meminang secara rasmi.

 Biasanya pihak teruna akan membawa


bersama hadiah beberapa dulang hantaran
termasuk sebentuk cincin atau sebagainya.

 Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan


menetapkan tarikh ijab kabul dan
persandingan mengikut kesesuaian kedua
belah pihak.
ADAT BERKUNJUNG
MASYARAKAT MELAYU
 Bagi pengunjung beragama Islam, hendaklah
memberi salam dengan ucapan
‘Assalamualaikum’.
 Bagi pengunjung bukan Islam, memadai
dengan menyeru nama tuan rumah dan
mengucapkan selamat.
 Sebelum masuk ke rumah orang Melayu,
pengunjung hendaklah menanggalkan kasut di
depan pintu.
 Jika pada masa itu telah ada tetamu
lain, pengunjung hendaklah
mengenalkan diri mereka dan
menundukkan sedikit kepala tanda
hormat sambil berjabat tangan.

 Apabila berjalan lalu di hadapan satu


kumpulan hendaklah menundukkan
sedikit kepala dengan menghulurkan
sebelah tangan. Ucapan yang sesuai
bagi maksud ini ialah ‘maafkan saya’/
‘tumpang lalu’/ ‘minta jalan’.

 Menjadi tradisi rumah Melayu, tetamu


dan tuan rumah duduk bersila.Bagi
orang lelaki silanya bersilang kaki dan
bagi orang perempuan bersimpuh.
 Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang
sopan apabila seseorang itu bersilang kaki
sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus
ataupun membuka kaki dengan luas.
 Apabila tuan rumah menghidangkan makanan
adalah tidak manis untuk tetamu menolaknya.
Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia
merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
 Bagi pengunjung yang merokok elakkan daripada
membuang habuk rokok ke dalam piring atau
dalam mana-mana bekas makanan walaupun
bekas itu hanya mengandungi sisa makanan.
 Tetamu hendaklah mengelakkan diri dari
menjenguk ke dapur atau ke bilik tidur kecuali
jika mereka diminta berbuat demikian.
 Apabila ingin meninggalkan rumah yang
dikunjungi, kita hendaklah memohon pulang
kepada tuan rumah dengan mengatakan ucapan
minta diri sambil berjabat tangan dengan tuan
rumah dengan menggunakan sebelah atau
kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu
ke muka atau ke dada.
 Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus
dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu
waktu sembahyang maghrib.
Soalan :
 Menurut tradisi Melayu, bagaimanakah cara sila
bagi lelaki dan wanita?

 Berikan 3 contoh kunjungan yang terdapat dalam


masyarakat Melayu.

 Nyatakan cara berjabat tangan yang betul


sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu.
BIBLIOGRAFI
 Abdul Rahman Al- Ahmadi, 1998.Tamadun
Rumpun Budaya Melayu, Kuala Lumpur :
Perpustakaan Negara Malaysia.
 http://www.malaysiabanner.com/wedding/lamara
n/adatmeminang.html
 http://www1.moe.edu.sg/nadi/budaya/Warisan%
20Kita/adat_dan_pantang_larang_makan.htm

Вам также может понравиться