Вы находитесь на странице: 1из 43

KURSUS ELECTRONIC NEWS GATHERING (ENG) BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KEDAH 3 HINGGA 7 April 2011 Di MERDEKA BEACH

RESORT

Tajuk : PANDUAN DAN ETIKA KEWARTAWANAN FOTOGRAFI

Foto Kewartawanan yang


menjadi nadi dan memperkenalkan sesebuah daerah,parlimen,negeri,negara mahupun imej pemimpin,peniagaan,isu semasa dunia,peperangan,kemanusiaan dan lain-lain.

2.Fotografi (Photography) merupakan satu proses


rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya ke atas media atau bahan yang sensitive kepada cahaya (lightsensitive material),seperti filem atau sensor. 3.Corak cahaya yang dikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek akan melalui sesebuah lensa dan dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

4.Wartawan (Journalist) adalah seorang yang


mengambil berat tentang ketamadunan manusia dan dunia. Seorang wartawan melaporkan kepada dunia apa yang berlaku di satu-satu kawasan dan satu-satu ketika, atau dengan kata lain wartawan ialah Pelapor Peristiwa. 5.Penulisan seorang wartawan berkeupayaan membuat pembaca memahami subjek yang dilaporkan, hanya dengan penggunaan perkataan dan tatabahasa.

6.Seorang wartawan mampu menceritakan, bahkan mempengaruhi pemikiran pembaca tentang apa yang dilaporkan contohnya berkenaan krisis bekalan makanan. Namun, kekuatan mesej yang cuba disampaikan oleh wartawan akan bertambah kukuh dengan sokongan foto.

Foto Kewartawanan
Merakam Foto Kewartawanan (FK) mesti jujur dengan tidak memutarkan fakta. FK tidak boleh menipu pembaca atau penatap foto itu. Atas sifat foto berunsurkan berita maka ia tidak boleh bersifat bohong dan berbau fitnah. Seorang Wartawan Foto adalah seorang Pemberita yang menyampaikan berita dalam unsur foto.

mampu membuat pembaca lebih memahami apa disampaikan oleh wartawan dengan melihat foto sesuatu peristiwa yang ditulis. Seorang photojournalist adalah wartawan yang melaporkan peristiwa atau fakta dengan bantuan foto (visual).Saya ingin menjelaskan dari sudut Wikipedia, photojournalism perlu mengandungi perkara-perkara berikut; a.Susurmasa (Timeliness); gambar yang disiarkan berkait dengan kesinambungan peristiwa. b.Tujuan (Objectivity);situasi yang digambarkan mestilah tepat, benar, shahih dan menjurus kepada peristiwa yang diceritakan/dilaporkan. c.Penulis (Narrative); gambar-gambar kewartawanan bila dipadankan dengan penulisan atau sebarang bentuk penyampaian akan member lebih pemahaman kepada para pembaca berkenaan peristiwa atau berita yang disampaikan.

Photojournalism

Photographer vs Photojournalist
1.Jurufoto (Photographer); merakamkan gambar berkenaan nouns (kata nama) iaitu manusia,haiwan,benda, barang-barang atau tempat. 2.Wartawan Foto (Photojournalist); merakamkan gambar berkenaan verbs (kata kerja/perbuatan) seperti meletup,pergaduhan,ketawa,menangis atau dengan kata lain photojournalist merakamkan peristiwa atau berita. 3.Kadangkala photojournalist merakamkan kata nama juga, tetapi kata nama/benda yang dirakamkan MESTI menceritakan sesuatu peristiwa.

Etika Photojournalist
a.Photojournalist mesti jujur ketika membuat liputan berita dan tidak memutarbelitkan fakta. b.Gambar yang diambil tidak palsu (pose) tidak diubah secara digital atau tidak dimanupulasi. c.Mesti menyampaikan maksud sebenar peristiwa atau berita. Sifat berita dengan 5w 1H ( Who? What? When? Where? Why? & How?) diguna pakai dalam merakam foto-foto kewartawanan. 5W 1H juga digunakan di dalam membuat penjelasan (caption/Cutline) ke atas gambar yang diambil.

TIPS MERAKAM FOTO MAJLIS RASMI


Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah: Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod. Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur. Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.

Rakaman di majlis-majlis rasmi.


Photojournalist akan melibatkan majlis pemimpin dan pembesar negara. Rakaman yang dilaksanakan akan mengambil berat tentang bagaimana majlis tersebut berlangsung. Perlu diambil perhatian rakaman bagaimana pemimpin berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan pemimpin tersebut. Rakaman perlu dilakukan ketika suasana majlis itu berlangsung. Sebagai contoh pemimpinYang Berhormat memalu gong,memotong reben,menepung tawar, menyampaikan sumbangan atau hadiah. Adalah menjadi trend masakini, photojournalist suka merakam apa yang dilakukan oleh pemimpin dan tetamu majlis resmi tersebut. Contohnya, bersalaman dengan anak-anak yatim, warga emas atau merasai makanan yang dipamirkan.

Rakaman peristiwa atau kejadian


Merakam gambar dalam kategori perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa tersebut. Contoh suasana kemalangan atau kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi.

Tips dan teknik mengambil gambar


Berikut adalah tips-tips asas/umum untuk mengambil gambar ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. Fahami dan sayangi kamera anda. Banyak melihat gambar jurufoto professional. Bayangkan (visualize) gambar yang anda inginkan. Compose sebaik mungkin. Rajin mengambil gambar photo outing , lakukan ujikaji.

Gunakan aksesori yang bersesuaian untuk mengambil gambar, seperti ; tripod, flash & filter. Cetak gambar-gambar anda. Sertai komuniti jurufoto.

7. 8.

Tips tambahan ;
a.Fahami dan peka dengan cahaya b. Untuk mengambil gambar manusia ataupun gambar haiwandapatkan eye contact dan eye level subjek. c.Dekati dan fahami subjek anda d. Be a picture director bila berkesempatan.

Etika foto
FK tidak boleh merakamkan sebuah kemalangan ngeri. Sebab FK bukan foto yang dirakam oleh Polis untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Contohnya merakam wajah mangsa kemalangan dalam keadaan terputus kepala. Atau merakam foto mangsa pembunuhan yang rentung mati terbakar. Justeru itu etika dalam FK perlu dijaga. Mangsa mungkin memiliki keluarga dan sahabat lalu hasil foto sedemikian akan menguris perasaan mereka. Penampilan jurugambar sesuai dengan rambut, wajah, kasut, cara bercakap, berpakaian kemas dan perwatakan yang menyenangkan

1. Who?-Siapa yang menimpa kemalangan?Bangsanya Melayu, Cina, India dan sebagainya. 2. What?-Apa terjadi pada kejadian kemalangan itu?-Mati, cedera parah atau ringan. 3. When?-Bila kejadian itu- Jika malam fotonya tentu nampak suasana malam. Misalnya kebakaran terjadi waktu malam. 4. Where?-Di mana. Kebakaran itu di darat, laut, hutan, kampung setinggan, kilang 5. Why?- Kenapa nyawa tidak dapat diselamatkan dan sebagainya. 6. How?-Bagaimana kemalangan itu terjadi. Bas itu bertembung atau terbabas. Kebakaran itu terjadi bagaimana.

Di arena sukan
Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Penggunaan alatambahan seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi. Merakam aksi di arena sukan Jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan itu sendiri. Kawasan mana yang perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu. Jika merakam aksi sukan kebanyakannya Jurufoto dilarang menggunakan Flash. Begitu juga jika kita merakam foto di padang gofl maka pastikan tidak mengganggu aksi pemain. Kedudukan yang jauh dari pemain perlu dengan penggunaan Telephoto Lens.

Akhbar atau mana-mana media memerlukan foto yang boleh menjadi "Skop" untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan. Justeru anda walaupun bukan petugas media tersebut boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan foto yang dirakam. Contoh jika anda seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta foto mengenai kegiatan sekolah untuk dimuat dalam halaman pendidikan.

JURUFOTO SAMBILAN (STRINGER)


Begitu juga jika anda boleh mengirimkan bahan untuk dimuatkan dalam manamana ruangan kegiatan belia, masyarakat. Mungkin akhir sekali anda boleh dilantik menjadi Stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut. Ada ketikanya Stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut. Contoh jika berlaku kejadian yang mengemparkan di daerah anda, maka anda adalah orang pertama tiba kerana tempat kejadian itu berhampiran dengan rumah anda. Hasilnya liputan awal akan menjadikan agensi atau media anda menjadi media yang terawal menerima berita.

Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara. Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: Untuk gambar event, biasanya, kreativiti bukanlah perkara paling utama. Apa yang penting, gambar mestilah tajam, cukup terang dan semuanya perlu straight forward. Ini kerana, gambar event biasanya dijadikan sebagai rekod sebagai rujukan pada masa depan.

Pastikan anda mendapatkan ekspresi wajah yang baik. Elakkan merakam gambar orang yang tertutup mata, mulut ternganga dan sebagainya. Rakam wajah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain rakam wajah anda.

Tunjukkan suasana dengan background yang bersesuaian. Sebaiknya rakamlah gambar orang dengan background yang boleh menceritakan event tersebut. Contohnya, rakam gambar orang dengan latarbelakang pentas utama, ini lebih baik dari merakam gambar orang dengan background dinding kosong.

Gunakan komposisi dan sudut yang betul. Buang perkara yang tidak membantu menceritakan event tersebut. Contohnya, dalam gambar anda, tidak perlu ada gambar kerusi kosong di belakang VIP. Juga masukkan perkara yang boleh membantu menceritakan mengenai event. Contohnya, dapatkan gambar backdrop atau banner event tersebut sebagai latarbelakang.

Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.

Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.

Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguhsungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.

ETIKA DALAM BIDANG SENI FOTO:


Dalam apa jua profession yang diceburi, etika dan adap perlu dipatuhi. Begitu juga dalam bidang senifoto. Terutamanya bagi Jurufoto Professional (JP) yang menjadikan senifoto sebagai sumber rezeki. Namun para amatur juga tidak terkecuali kerana senifoto tidak boleh dibandingkan dengan profession lain. Contohnya Peguam, Doktor, Akuantan, Jurutera (sekadar beberapa contoh jawatan professional) mempunyai badan yang mengawal tingkah laku mereka. Jurufoto tidak ada badan begitu. Cuma kalau ada jurufoto akhbar dan majallah yang menjadi ahli dalam Pertubuhan Akhbar peringkat kebangsaan atau negeri yang mengawal mereka.

Jurufoto Amatur (JA) tidak terkecuali. Semua peraturan, etika, adap hendaklah dipatuhi oleh mereka. Jika tidak kerjaya mereka akan menjadi sukar diusahakan kerana tindakan yang mungkin diambil oleh pihak-pihak tertentu. Secara am, segala etika bergantung pada keadaan di mana jurufoto berada. Di negara kita jurufoto wajib mematuhi undang-undang Malaysia. Samada jurufoto Malaysia atau luar negara undang-undang disini perlu dipatuhi. Peraturan tertentu seperti di jabatan-jabatan kerajaan, syarikatsyarikat perlu dipatuhi. Mereka mempunyai paraturan khas. Tidak semua kawasan, premis tertentu boleh dimasuki begitu mudah.

Di Malaysia kerajaan menerusi Jabatan Penerangan mengawal dan mendaftar semua petugas akhbar dalam dan luar negara. Begitu juga petugas dari agensi kerajaan. Mereka akan diberikan Kad Pengakuan Akhbar. Kad ini akan mencetak nama, pertubuhan yang diwakili. Terdapat gambar sebagai pengenalan.Kad ini perlu dipakai ketika membuat liputan di majlis-majlis yang dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri dan para menteri. Namun kad ini tidak menjadi peraturan mutlak, kerana ada majlis-majlis tertentu tidak boleh digunakan kerana penganjur mengeluarkan pas khas acara-acara tertentu sebagai mengawal jumlah kehadiran petugas media. Mana boleh semua jurufoto membanjiri mana-mana majlis. Contohnya Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran di Istana. Majlis di Parlimen, Majlis Konvokesyen di Universiti. Secara umumnya tidak semua jurufoto boleh masuk ke mana-mana majlis anjuran kerajaan atau syarikat.

Merakam gambar premis tertentu juga perlu diberi perhatian. Tidak semua bangunan boleh dirakam sewenang-wenangnya. Anda boleh ditahan atau disoal siasat jika merakam gambar tanpa kebenaran. Umpamanya di kawasan Istana, bangunan kerajaan, kilang dan sebagainya. Bayangkan jika pihak kilang mengesyaki anda berniat jahat?

Majlis-Majlis Rasmi Saya ingin menurunkan beberapa etika ketika berada di majlis-majlis rasmi sebagai garis panduan semua jurufoto. Menjadi satu pemandangan biasa kita melihat jurufoto seperti bebas berada di majlis-majlis rasmi.Sebenarnya tidak. Mereka tetap dikawal oleh pegawai khas yang sentiasa memerhati gerak geri. Jika salah pergerakan, mereka akan diarah keluar!! Jurufoto juga diarah mengikuti peraturan majlis. Mereka akan ditempatkan di sudut khas. Ada masanya mereka tidak dibenarkan bergerak bebas. Lihat istiadat di Istana yang sering disiarkan oleh TV, anda mungkin tidak terlihat jurufoto bebas. Begitu juga di Parlimen. Jurufoto tidak boleh berada rapat dengan VVIP atau VIP. Jarak antara 15-20 kaki adalah jarak yang masih di dibolehkan jika di majlis Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri.

Jika VVIP berada diatas pentas, jangan merakam gambar dari atas pentas. Jurufoto perlu berada di bawah pentas. Di sinilah lens Telephoto/Zoom digunakan. Jika berada di majlis makan, jangan rakam gambar semasa tetamu sedang mengunyah makanan. Kalau perlu juga merakam gambar mereka waktu itu minta kebenaran (bukan Raja) mereka. Pakaian menjadi perkara yang utama ketika anda berada majlis-majlis rasmi. Jika majlis dihadiri oleh Duli-Duli Sultan, pakaian yang sesuai ialah suit lengkap. Jika majlis rasmi lain ialah pakaian bersopan. Jangan memakai TShirt dan Jeans, Seluar pendek! Namun apa yang mustahak jika anda terlibat dalam apa-apa jua majlis pastikan mendapat peraturan dari pegawai khas dalam majlis tersebut. Selain itu sebagai orang timur yang tinggi nilai sopan santun, fikirlah apa yang baik dalam budaya kita itu adalah yang sesuai dengan majlis tersebut. Takkanlah orang bersopan dalam majlis kita tidak? Yang mustahak kalau boleh ikutilah kursus-kursus protokol jika ada

Begitu juga jika anda terlibat dalam acara sukan, belajar undang-undang jika tidak anda akan berada di tengah padang pulak! Jurufoto perlu sedar dimana bumi dipijak. Sebagai jurufoto Islam, gunakan Islam sebagai panduan sempurna. Ingat perkara yang Islam larang itu adalah yang perlu ditinggalkan. Jangan musnahkan kemurnian Islam, negara, moral bangsa. Pegang amanah. Jangan rosakkan peribadi orang lain dengan ilmu dan kemahiran anda. Membentuk keperibadian yang unggul adalah lambang tamadun manusia. Sifat Amanah, Jujur, menyimpan rahsia adalah sifat yang baik perlu ditanamkan pada diri seorang jurufoto. Jangan menggunakan menjadikan senifoto sebagai pisau untuk memusnahkan orang lain. Bentuk peribadi yang mulia untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Lebihan guru Sains, Matematik Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my 2011/04/01
Cikgu kena ajar subjek lain patut diarah didik murid luar bandar

TANJUNG MALIM: Seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara. Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat. Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa, katanya.

TUGASAN 1 Tuan-tuan diminta keluar di persekitaran resort untuk mengambil gambar beberapa lokasi yang menarik dengan menggunakan teknik fotografi yang telah dipelajari secara berkumpulan. Dengan gambar tersebut tiap-tiap kumpulan dikehendaki merekabentuk satu flyer mengenai resort ini dengan cara mempromosikannya kepada sekolah-sekolah di Pusat Kegiatan Guru masing-masing. Dapatkan maklumat di foyer. Flyer yang telah siap hendaklah disavekan dalam bentuk fail JPEG dan serahkan kepada petugas untuk dicetak dan dilimunatkan. sila tulis nama ahli kumpulan di belakang flyer masing-masing. Dicadangkan 2 orang mengambil gambar , seorang mendapatkan maklumat di foyer dan selebihnya merekabentuk flyer.

TUGASAN 2 Tuan-tuan diminta merekabentuk dan menyediakan satu flyer yang menarik bagi menghebahkan satu acara atau program yang telah atau akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru masing-masing. Ukuran kertas A4 (inkjet paper). Setelah selesai dibuat rekabentuk, kerja tuan-tuan hendaklah dicetak dan diluminatkan dan serah kepada urusetia untuk penilaian sebagai kerja kursus. Tuliskan nama ahli di belakang flyer anda.

Вам также может понравиться