Вы находитесь на странице: 1из 22



Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke Model Ekonomi Baru

(MEB) yang hendak dicapai melalui ProgramTransformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.

Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Tonggak seterusnya ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada tahun ini.

Model pertumbuhan lepas menjanakan tiga dekad pencapaian cemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global. Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses kepada teknologi moden. Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap.

 Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar,


kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya.


MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan. Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamat yang lebih luas, bukan sekadar merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta.

MEB mengambil pendekatan holistik, dengan turut memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia dan menyedari bahawa meskipun kita berjaya mengurangkan kemiskinan dengan banyaknya, namun peratusan yang besar, iaitu 40% daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat. Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung.

Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020. Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang lain. Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih atas kekayaan daripada sumber asli yang sememangnya tidak kekal. Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian sosial. Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk mengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.

 

BERPANDUKAN PASARAN

KEUSAHAWANAN

TADBIR URUS YANG RAPI

INOVATIF

BERINTEGRASI SERANTAU

Keterangkuman

merupakan komponen

matlamat utama

kedua bagi

dan MEB.

merupakan

Ini

menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan.

Pertumbuhan yang menyokong golongan miskin akan memastikan bahawa tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan keperluan asas rakyat akan dipenuhi.

Keluarga akan diberikan peluang dan keupayaan untuk memburu impian mereka di bandar, pecan dan kampung yang moden, canggih dan mudah hubung.

Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di tempat yang bebas daripada rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan diskriminasi dan kekurangan keperluan.

Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti menyumbang dan berkongsi kekayaan negara. Meskipun kesaksamaan yang sempurna itu mustahil dicapai, namun masyarakat yang terangkum akan memastikan masalah ketaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk.

Komponen keboleh mampanan dalam MEB bertujuan untuk memastikan bahawa semua langkah saranan yang diutarakan di bawah model baru tersebut mestilah mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Kebergantungan Malaysia pada penggunaan sumber asli sebagai jentera utama pertumbuhan ternyata tidak mampan dalam kedua-dua aspek berkenaan.

Ini tidaklah bermaksud untuk mencadangkan bahawa penggunaan sumber asli tidak harus menjadi

komponen utama pengeluaran negara.

Namun, ini bererti bahawa di bawah model baru, keputusan pelaburan dan dasar hanya akan dibuat setelah mempertimbangkan keseluruhan impak

jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang akan sampai kepada semua rakyat jika langkah dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, kita mesti menyedari bahawa penyampaian pelbagai manfaat ini memerlukan masa.

Sementara itu, beberapa segmen penduduk mungkin melihat impak negatif lebih daripada manfaat ataupun mereka mendapat manfaat yang kurang berbanding orang lain.

Kerajaan

mesti

berupaya

menyampaikan

kesaksamaan hakiki manfaat ini pada kemudian hari, menggesa komitmen diberikan kepada proses dan mewujudkan visi kebaikan bersama jangka panjang.

Dalam ekonomi berpendapatan tinggi, tinggi, rakyat boleh menjangkakan: menjangkakan:


y

Pilihan yang lebih banyak dan kuasa beli yang lebih tinggi Kualiti hidup yang lebih baik Peluang bagi meningkatkan mobiliti Ganjaran bagi inovasi dan kreativiti Keyakinan yang lebih tinggi terhadap kekukuhan ekonomi

y y

Semua rakyat akan berasa terangkum berikutan: berikutan:


y y y y

Hidup dan bekerja dalam persekitaran yang selamat Akses kepada maklumat yang sama rata dan mudah Saling menghormati dan maruah individu Setiap bahagian di Negara ini sama ada negeri, bandar, pekan atau kampung penting Golongan miskin tidak akan Dilupakan

Pendekatan mampan akan memberi rakyat: rakyat:


y

Keyakinan terhadap kerajaan Persekitaran yang lebih baik Pertumbuhan mampan Pengurusan dan pemuliharaan sumber yang mantap

Persekitaran saksama yang membolehkan pelabur berkembang maju, termasuklah: maju, termasuklah:
Hak Perniagaan.
y

Pengiktirafan hak yang sewajarnya dan tanggungjawab pemilik perniagaan yang sewajarnya

Kedaulatan Undang- Undang.


y

Keupayaan untuk mengurus perniagaan dengan jaminan system undang-undang yang adil dan boleh dipercayai

Kebebasan Pemilikan.
y

Bebas untuk memiliki sepenuhnya perniagaan sendiri dan memilih rakan niaga

Ekosistem berkesan bagi operasi perniagaan akan melibatkan: melibatkan:


Perkhidmatan Awam.
y

Kelulusan lebih pantas merentasi semua peringkat

Kecekapan Pelesenan.
y

Penghapusan pelesenan yang tidak perlu dan beban kawal selia yang tidak wajar

Kelompok Dinamik.
y

Manfaat diperolehi daripada skala melalui pengelompokan dan perangkaian industri

Modal Insan.
y

Akses lebih baik terhadap bakat yang terbaik berdasarkan keupayaan membayar

Pasaran cekap akan memberikan peluang pelaburan dan pertumbuhan melalui: melalui:
Ketelusan.
y

Keyakinan terhadap keterbukaan dan keadilan tender kerajaan

Penentuan Harga Pasaran yang Adil.


y

Dengan kekecualian yang minimum, subsidi dan kawalan harga akan dimansuhkan

Bebas Halangan.
y

Liberalisasi bagi semua sektor

Вам также может понравиться