Вы находитесь на странице: 1из 39

ISU DEKADENSI MORAL

Kumpulan 5 : Mohd Saifulrizal Bin Abd Manaf Junainah Bt Juhari Nur Suhaina Bt Ab Wahab Sakthi a/p Mani a/p Nor Asiah Bt Ahmad

1. 2. 3. 4. 5.

PENDAHULUAN
 Sedekad yang lalu, masyarakat dikejutkan dengan beberapa insiden keganasan yang melibatkan para pelajar dan generasi muda.  Pada masa kini, masyarakat kita masih terus dibelunggu masalah moral dan gangsterisme yang makin

membimbangkan.  Tajuk ini membincangkan secara langsung dengan persoalan dekadensi moral atau keruntuhan akhlak yang mana menjadi impak utama kepada arus kemajuan dan industrilisasi.

TAKRIFAN ISTILAH
Menurut Kamus Dewan (1993: 263 & 834) dedikansi ialah kemerosotan nilai atau kemunduran berbanding dengan keadaan yang sebelumnya. Moral adalah merujuk kepada ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan atau kelakuan, sikap atau cara berkelakuan yang yang berasaskan atau yang diukur dari segi ketentuan-ketentuan baik buruk akhlak.

LATAR BELAKANG MASALAH


Berdasarkan laporan kajian, sejumlah 1/3 daripada remaja di negara ini terdedah kepada bahaya gejala kerendahan moral ternyata tidak boleh dipandang ringan. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Shukur Abdullah (1999) mengatakan bahawa gejala ini masih terkawal dan tidak membimbangkan. Namun begitu, masyarakat seharusnya belajar daripada pengalaman yang lalu di mana masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar, remaja dan generasi muda yang dahulunya dianggap kecil dan boleh dikawal akhirnya menjadi beban yang paling besar yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan negara. Statistik Jenayah di Malaysia

Sambungan Semuanya berpunca dari sikap kurang prihatin dalam menangani permasalahan yang timbul disamping terlalu mudah percaya kepada angka-angka yang tidak selalunya menggambarkan realiti sebenarnya. y Masyarakat telah digemparkan dengan beberapa siri salah laku yang melibatkan pelbagai peringkat usia terutamanya generasi muda seperti pembunuhan, pengedaran dan penagihan dadah, perkosaan, memukul guru, menonton video lucah dan sebagainya.
y

Sambungan Sambungan
y

Beberapa persoalan berkaitan masalah moral:


 Apakah masyarakat Malaysia hanya membuat sangkaan mudah bahawa masalah moral tidaklah begitu serius?  Berkesankah jawatankuasa kabinet yang dibentuk khas melibatkan tujuh kementerian bagi menangani masalah moral?  Sudahkah ia menggerakkan program yang telah dirancang?  Adakah program itu berjaya membendung masalah moral yang berlaku?  Kuasa polis tambahan yang diberikan kepada guru disiplin sudahkah dilaksanakan?  Peruntukan Akta Juvana 1972 yang membolehkan bon dikenakan terhadap ibu bapa jika anak-anak mereka terus melakukan kesalahan, sudahkah dikuatkuasakan dan sejauh manakah keberkesanannya?

Sambungan y Jika masyarakat Malaysia beranggapan bahawa pencapaian akademik menjadi ukuran kepada keharmonian ternyata bertentangan dengan statistik Polis Diraja Malaysia iaitu sejumlah 1/3 daripada masyarakat awam di negara ini terdedah kepada bahaya gejala jenayah. y Setiap hari terdapat 5 wanita menjadi mangsa rogol, 8 menghadapi masalah keganasan rumahtangga dan 7 menghadapi gangguan seksual, manakala 100 kanak-kanak didera setiap bulan (Berita Harian 16 Disember 2004). y Kes-kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002-2003 semakin kejam dan nekad (News Straits Times 1 Julai 2003). y Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun 2004, kadar jenayah di seluruh negara mencatatkan 92,349 kes manakala sepanjang tahun 2003, sebanyak 156,315 kes jenayah telah dilaporkan diseluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 22,790 kes melibatkan jenayah kekerasan dan 133,525 adalah jenayah harta benda (Utusan Malaysia, 10 Sept. 2004). y Menurut laporan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar, kadar jenayah diseluruh negara meningkat separuh bagi tempoh Januari hingga Julai tahun 2004 berbanding tempoh yang sama tahun 2003.

Sambungan y Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengatakan antara 1989 hingga Mei 2001 terdapat 40,000 orang dijangkiti virus HIV diseluruh negara. y Pada tahun 2002, Kementerian Kesihatan melaporkan 51,256 kes jangkitan HIV yang melibatkan 5,424 kematian.

Source: AIDS/STI Unit, Ministry of Health Malaysia. Prepared by: Resource Center. Malaysian AIDS Council

Sumber : Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia

Menurut Polis Bukit Aman pada tahun 2010 jumlah pelajar yang terlibat dalam jenayah adalah sebanyak 1,610 iaitu 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah yang dicatatkan di negara ini. Statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh tiga tahun (2008 hingga 2010) pula menunjukkan ia berada pada kadar purata 2.06 peratus. Kes penyalahgunaan dadah terus meningkat sedangkan banyak program dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang gejala ini? Malah, pelbagai undang-undang digubal dan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan dadah, termasuk hukuman mati mandatori. Sepanjang Januari hingga Jun tahun 2009, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya (Utusan Malaysia, 5 Mei 2011).

  

Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan dadah ini serius, tetapi ramai yang cuma mengeluh, tetapi tidak membantu. Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan masalah mereka atau tidak membabitkan anak atau ahli keluarga mereka. Barangkali ramai juga tahu anak jiran kita mengambil dadah, tetapi kita buat tak tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang lain. Ini bukan soal hendak jaga tepi kain orang, tetapi membabitkan masa depan generasi kita. (Mahfar Ali, Berita Harian, 28 Mei 2011) Persoalannya bolehkah masyarakat Malaysia meletakkan tanggungjawab mengangani masalah jenayah dan keruntuhan moral ke atas bahu pasukan polis dan setiap jabatan agama negeri-negeri. Fenomena kemerosotan moral tidak sewajarnya dipandang ringan walaupun ia masih terkawal dan tidak membimbangkan. Ianya tidak boleh diambil mudah sehingga keadaan menjadi serius baru tindakan mahu diambil. Masyarakat perlu belajar dari pengalaman agar tidak menjadi beban paling besar yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan negara sekarang.

PERANAN PELBAGAI PIHAK


    IBU BAPA Bentuk moral dari rumah. Menitikberatkan nilai murni. Pantau aktiviti anak-anak. Didikan agama.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN  Tingkatkan penguatkuasaan. INSTITUSI MASYARAKAT  Mengambil berat hal-hal sekeliling. SEKOLAH  Tidak sembunyikan masalah salahlaku murid.  Kuatkuasakan peraturan sedia ada.  Bekerjasama dengan polis dan ibu bapa.

ISU MORAL

Peranan Pelbagai Pihak


Dalam menangani masalah ini, peranan semua pihak terbabit perlu duduk bersama-sama mencari punca masalah dan jalan penyelesaiannya. y Sikap tuduh-menudh dan menyalahkan sesetengah pihak wajar diketepikan. y Setiap pihak perlu merenung kembali peranan masing-masing dan sumbangan yang dpaat mereka berikan untuk membendung masalah ini.
y

PUNCA MASALAH MORAL

     

FAKTOR LUARAN Faktor persekitaran Pengaruh media massa dan elektronik Kegilaan hiburan Sistem penguatkuasaan lemah Impak krisis ekonomi Tiada tokoh sebagai role model.

   

FAKTOR DALAMAN Tiada kekuatan minda Kerapuhan pegangan agama Sikap negatif terhadap pencegahan dan pemulihan Sistem muamalah dan jaringan komunikasi antara masyarakat yang rendah

5. Metod penyelesaian dekadensi moral


Generasi muda adalah aset negara kerana mereka merupakan pelapis generasi hari ini. Memetik kata-kata ulama Prof Dr Yusuf kataQardhawi:Jika Qardhawi:Jika masyarakat hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa depan, lihatlah genarasi muda pada masa sekarang. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat sekarang, tidak seimbang dari segi kebendaan dan kerohanian.

i) PENERAPAN DAN PENGAMALAN AJARAN AGAMA Fungsi agama merupakan satu mekanisme terpenting dalam membentuk akhlak dan sasiah diri seseorang. Penerapan dan pengamalan ajaran agama mempunyai hubung kait yang kuat dengan keberkesanan institusi keluarga. Agama haruslah diamalkan. Anak-anak Anakibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencoraknya.

ii) PEMIMPIN YANG BERKUALITI


Pemimpin berfungsi untuk membina dan mencorak masa depan bangsa dan negara. Kepimpinan yang gagal adalah yang terbina dari kronisme, tidak beriman, rasuah dan zalim akan menyebabkan negara lemah serta porak-peranda. porak Prinsip asas etika kepimpinan yang bertamadun adalah keimanan, kesetiaan, kejujuran, keadilan, keberanian, keterbukaan dan kebijaksanaan.

iii) PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA


Institusi keluarga sekarang dilihat gagal memainkan fungsi dalam membentuk generasi muda yang bersasiah tinggi. Ibu bapa lebih suka meletakkan tanggungjawab mendidik anak pada pihak sekolah. Banyak kes sosial generasi muda disandarkan kepada kegagalan institusi keluarga.

BUDAYA BARAT

BLACK METAL

BERZINA
% ZINA SEBELUM KAHWIN TELAH MENINGKAT

Berlaku pada wanita berumur antara 10 thn 55 thn Bilangan pelacur dibawah umur 21 thn menjangkau 10,000 dan boleh meningkat kepada 25,000 orang jika ditambah pada umur 21 thn keatas.

SETIAP HARI 19 ORANG MENGHIDAPI HIV AIDS

SETIAP HARI 3 KEMATIAN AKIBAT HIV AIDS

31,983 (Jan 2005 25 mei 2005) statistik oleh Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan. Melayu - 22,160 orang Cina India - 4,737 orang - 3,258 orang

Menurut Agensi Dadah Kebangsaan 70% Melayu dan 79% daripadanya adalah belia (20 -29 thn) 5 KES BARU PENAGIH SETIAP HARI

REMPIT ANAK MALAYSIA

iv. Sistem Pendidikan Yang Berkesan


Jangka masa 11 tahun alam persekolahan seharusnya mampu memberikan asas keilmuan yang kukuh kepada generasi muda. Pembinaan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan perindustrian (ILP), matrikulasi dan yang terbaru sekali, politeknik desa usaha berterusan pelbagai pihak unruk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu. Bagi masyarakat Islam, kepentingan mendapatkan ilmu terutama ilmu agama dilihat sama pentingnya dengan berjihad seperti yang disarankan al-Syahid Sayyid Qutb al(1982) dalam Fi Zilal al-Quran mentafsirkan ayat 122 aldari surah al-Taubah menyatakan: al-

iv. Sistem Pendidikan Yang Berkesan


Tidak sepatutnya bagi orang mukmin pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka mengenai agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya supaya mereka dapat menjaga dirinya. Kepentingan ilmu dari segi pandangan Islam dapat dimengertikan dan difahami dari ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah adalah berhubung dengan ilmu. (al-Alaq: 1-5). Persiapan keilmuan dilihat sebagai persiapan yang asasi dalam amanah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

iv. Sistem Pendidikan Yang Berkesan


Perlantikan Adam a.s. sebagai khalifah Allah di muka bumi; tunduknya para malaikat kepadanya adalah lantaran kelebihan Adam a.s. dari segi keilmuannya bukan kerana asal kejadiannya. (al-Baqarah: 30-31). Ilmu menjadi syarat utama untuk membolehkan manusia menjadi pemimpin dalam menjalankan tugas dan amanah kepimpinannya. (al-Baqarah: 30-31) Saidina Ali r.a. menegaskan ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga manakala harta dijaga. Ilmu menghukum, manakala harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanja, manakala ilmu itu bertambah apabila diberikan. (al-Ghazali 1939:53)

iv. Sistem Pendidikan Yang Berkesan


Kewujudan tokoh-tokoh besar seperti Imam Shafie, Imam Abu Hanifah, Ibn Sina, alGhazali, Ibn Khaldun dan lain-lain dengan karya-karya yang berpengaruh sehingga kini menjadi bukti masyarakat Islam telah membudayakan ilmu.

v. Pembudayaan Ilmu
Mencari dan membudayakan ilmu sama penting. Matlamat ke arah budaya ilmu ialah melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan iilmu dikumpulan tertinggi dalam sistem hidup mereka. Masyarakat ini sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki, mengembang, memanfaat dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam sejagat. Maksud budaya ialah himpunan kefahaman yang penting merujuk kepada tanggapan masyarakat terhadap sesuatu.

v. Pembudayaan Ilmu
Kefahaman dikaitkan dengan ilmu pengetahuan bahawa: a) Setiap manusia diwajibkan menuntut ilmu. b) Dengan ilmu manusia dapat memahami hakikat diri, hakikat manusia, hakikat alam dan hakikat Tuhan Maha Pencipta. c) Manusia dapat membangunkan diri dan martabat insan serta melaksanakan amanah dengan baik dan sempurna. d) Manusia dapat membangunkan alam serta mengambil manfaat darinya untuk kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia.

vi. Membina Kepimpinan Generasi Muda


Pada peringkat inilah sepatutnya generasi muda didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan. Kepimpinan bukan bererti perlu menjadi presiden dan ketua kumpulan, persatuan atau kelab. Pembabitan aktif generasi muda di dalam kegiatan kokurikulum seperti gerakan belia, kelab remaja, kelab rekreasi dan persatuan sudah memadai memberi pendedahan awal di dalam bidang kepimpinan. Pembabitan aktif bermaksud generasi muda mampu memberikan sumbangan bermakna seperti tenaga, masa dan fikiran di dalam sesuatu institusi, pertubuhan, masyarakat dan negara.

vi. Membina Kepimpinan Generasi Muda


Wahai semua manusia, sesungguhnya aku telah diangkat menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kalian. Jika kalian melihat aku berada di atas kebenaran, maka tolonglah aku, dan jika kalian melihat aku berada di atas kebatilan, maka luruskanlah aku. Taatlah kepadaku selagi aku takut kepada Allah di tengah kalian, dan jika aku durhaka kepadaNya, maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk taat kepadaku. (al-Qaradawi 1997:191).

KESIMPULAN
Jalan penyelesaian mengatasi persoalan dekadensi moral: Kita harus mengambil bahagian dan berikhtiar untuk mendirikan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat nescaya akan terdiri Islam di negara kita. Lupakan bicara mengenai kesenangan dunia masa depan negara banyak bergantung kepada corak generasi muda yang masyarakat bentuk pada masa ini. Tersilap langkah bakal mengundang padah dan sesal yang berpanjangan. Generasi muda akan menjadi pencetus, pewaris dan penerus wawasan masa depan.

KESIMPULAN
Jalan penyelesaian mengatasi persoalan dekadensi moral: Kita harus mengambil bahagian dan berikhtiar untuk mendirikan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat nescaya akan terdiri Islam di negara kita. Lupakan bicara mengenai kesenangan dunia masa depan negara banyak bergantung kepada corak generasi muda yang masyarakat bentuk pada masa ini. Tersilap langkah bakal mengundang padah dan sesal yang berpanjangan. Generasi muda akan menjadi pencetus, pewaris dan penerus wawasan masa depan.

Вам также может понравиться