Вы находитесь на странице: 1из 12

Komanwel

Disediakan oleh : Nur Hayati Binti Abu Talib Nur Iffah Maisarah Binti Raffidin Nur Jannah Binti Zulkifli Siti Nurfarah Hananie Binti Ahamad Zaki

Pengenalan
Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa. Antara pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia ialah : Komanwel Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) Kumpulan Selatan Selatan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Latar Belakang Komanwel


Ditubuhkan pada 1931. Dianggotai negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka. Terdiri daripada 54 negara maju dan sedang membangun. Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan dan beribu pejabat di London.

Peta Komanwel

Matlamat Komanwel
Membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota. Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.

Faedah Malaysia Menyertai Komanwel


Negara negara komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) Membuat perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang mana mana pihak. Contohnya Malaysia telah diberikan bantuan oleh negara Komanwel semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.

Dari segi perdagangan, Malaysia mendapat faedah apabila eksport Malaysia ke negara negara Komanwel, terutama ke Britain dikenakan cukai yang rendah. Keistimewaan ini akhirnya terhakis selepas Britain menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam pendidikan.

Faedah Malaysia Menyertai Komanwel

Mesyuarat Komanwel
Persidangan Mesyuarat Ketua Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Government Meeting(CHOGM) diadakan setiap dua tahun dalam kalangan negara anggota. Mesyuarat ini memberi peluang kepada ketua ketua kerajaan bertemu bagi membincangkan hal hal kepentingan bersama.

Mesyuarat Komanwel Di Malaysia


Pada tahun 1989 mesyuarat CHOGM telah diadakan dan Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan. Deklarasi Langkawi ditandatangani di Langkawi, Kedah berhubung dengan tanggungjawab negara negara Komanwel dalam mengatasi masalah pencemaran. Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan, iaitu dasar yang menyalahgunakan hak asasi manusia.

Kejayaan Malaysia
Kejayaan terbesar penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Komanwel adalah apabila diberikan penghormatan menganjurkan Sukan Komanwel iaitu sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik pada tahun 1998.

Logo Sukan Komenwel Yang Terbaru

Logo Sukan Komanwel 1998

Вам также может понравиться