Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
TUJUAN
Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil Dengan cara ini tanaman sawit akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang optimum.
2
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Penentuan jenis baja - Jumlah baja - Pembelian - Penyimpanan - Membaja di ladang Nutrien dalam baja mestilah mencukupi untuk Mengeluarkan hasil yang menguntungkan tanpa Pembaziran.
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Jenis tanah - Faktor alam sekitar - Faktor ekonomi Pemuliharaan tanah sangat penting : - Mengelakkan kehilangan nutrien dan bahan organik - Pengurusan tanah dan air yang baik boleh mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah nutrien oleh pokok.
4
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
JENIS BAJA
-
Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok sawit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K). Bergantung pada jenis tanah tertentu pokok sawit, juga memerlukan nutrien sekunder magnesium (Mg) dan unsur surih iaitu boron (B), zink (Zn) dan Kuprum (Cu).
5
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Nutrien boleh didapati daripada bahan organik dan baja kimia Bekalan baja organik adalah terhad dan lebih mahal. Baja kimia lebih banyak digunakan dalam perladangan sawit.
6
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Nutrien N unsur penting untuk pertumbuhan pokok. Untuk membentuk klorofil yang memberi warna hijau pada daun Untuk membentuk sel protoplasma pada pokok yang mengandungi protein, asid amino, amide dan alkoloid Dapat meningkatkan pengeluaran buah tandan segar Kekurangan menyebabkan warna daun kekuningan dan tumbesaran pokok terencat
7
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Keperluannya untuk perkembangan akar dan membentuk asid nukleik. Kekurangan unsur P menyebabkan : - Pokok menirus ke atas - Pelepah menjadi pendek - Pengeluaran hasil menurun - Penyerapan unsur N kurang cekap - Melambatkan buah masak
8
Diperlukan untuk kesuburan, pengeluaran bunga dan buah. Unsur K yang berlebihan menyebabkan penurunan nutrien Mg dalam daun Pembajaan K dengan kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan memberi pulangan yang maksimum. Kekurangan menyebabkan bintik-bintik oren pada bintikpelepahpelepah-pelepah daun
9
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Baja Magnesium(Mg)
- Perlu untuk membentuk klorofil bersama unsur Nitrogen. - Membantu kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan proses fotosintesis. - Kekurangan akan menyebabkan daun berwarna kekuningan atau jingga terutama
10
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Terdiri daripada Sulfur ( S ), Boron ( B ), Zink ( Zn ) dan Kupram ( Cu ). Nutrien S mencukupi untuk pemakanan pokok kerana terdapat di dalam semua jenis tahah Nutrien Zn dan Cu sebagai nutrien tambahan untuk kawasan tanah gambut Nutrien B sebagai nutrien tambahan yang amat penting terutama di tanah yang kurang subur akibat hakisan Semua unsur ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil. Kekurangan nutrien Boron ( B ) akan menyebabkan daun melengkung dan bercangkung pada bahagian hujungnya.
11
Keberkesanan penyerapan nutrien dipengaruhi tempat meletakkan baja dan umur pokok. Sebahagian besar taburan akar pemakanan pokok sawit hampir sama dengan kawasan yang diliputi kanopi pokok. Akar lebih banyak di hujung sadir daun dan di bawah susunan pelepah. Membubuh baja di kawasan ini sangat munasabah untuk memudahkan pengamatan dan penyeliaan.
12
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Pokok sawit berumur 5 tahun mempunyai akar yang panjang dan berselirat diseluruh kawasan
-
Jika baja N dan K ditabur secara serakan kehilangan melalui larut resap dapat dikurangkan kerana baja bertembung dengan lebih banyak akar yang boleh menyerap nutrien/ Baja P dan K lebih berkesan ditabur atas susunan pelepah atau antara lorong tanaman berbanding dengan kawasan bulatan merumpai kerana kawasan tersebut kurang hakisan dan lebih lembap.
13
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Pokok muda (1-2 tahun) penyerapan baja terbaik (1apabila ditabur di kawasan bulatan merumpai. Pokok (3-5 tahun) pengambilan yang cekap apabila (3baja ditabur dalam bulatan merumpai di hujung sadur daun di mana terdapat akar pemakanan yang aktif. ( 0.6 m 1.2 m ) Pokok sawit matang kanopi daun telah bertindih dan akar telah menjalar jauh, oleh itu baja boleh ditabur di kawasan yang lebih luas termasuk lorong antara pokok dan kawasan meletakkan pelepah. Elakkan pembajaan di lorong menuai kerana tanahnya telah padat dan terdedah pada hakisan.
14
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Kekerapan Membaja
-
Kekerapan membaja ialah ulangan membaja untuk satu jenis baja dalam setahun. Penyerapan baja lebih berkesan dengan meningkatkan kekurangan membaja. Membaja akan kurang berkesan jika dilakukan pada musim hujan lebat. Penggunaan baja sebatian yang lengkap memerlukan pembajaan 2 atau 3 kali setahun.
15
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Kaedah lain pembajaan adalah menggali beberapa lubang di keliling pokok untuk dimasukkan baja campuran atau sebatian dan dikambus kembali. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan terutama di kawasan berikut:berikut:Ia dapat mengurangkan kekerapan pembajaan kerana pembajaan dilakukan hanya sekali setahun.
16
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Membina takungan keladak (silt pit) untuk menyimpan tanah yang terhakis antara barisan pokok. Takungan keladak dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan. Untuk tanah bukit dan curam, sediakan teres yang lebar atau lorong jentera yang sesuai. Bagi tanah berpasir, guna baja pada kadar rendah dan tingkatkan kekerapan membaja. Tidak membekalkan baja lebih dari yang diperlukan oleh pokok. Elakkan membaja dalam musim hujan.
18
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
Kesimpulan
- Pengesyoran pembajaan adalah penentuan jumlah dan kadar baja yang diperlukan untuk setiap pokok bagi sesuatu kawasan ladang. Pengesyoran baja yang tepat dapat menentukan nutrien sentiasa berada pada tahap seimbang dan pokok dapat mengeluarkan hasil yang optimum.
19
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
TERIMA KASIH
20
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH