You are on page 1of 12

1.

Mengelakkan kesesakan lalu lintas: - mampu menampung ramai penumpang dalam satu-satu masa; - kesesakan lalu lintas di kawasan bandar berkurangan; - penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.

2.

Menjimatkan kos, masa dan tenaga: - tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding kos minyak kenderaan persendirian; - kenaikan harga minyak sering berlaku, kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting; - tidak stress berbanding memandu kenderaan sendiri.

3.

Mengurangkan kadar kemalangan: - lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam, bilangan kenderaan dapat dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan; - negara rugi apabila kadar kemalangan tinggi dari segi infrastruktur dan modal insan; - meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang selamat.

4.

Meningkatkan kualiti alam sekitar: - bilangan kenderaan di atas jalan raya akan menjadi lebih sedikit; - kadar pencemaran akan berkurangan, udara menjadi lebih segar; - CFC, penipisan ozon dan pemanasan global dapat dikurangkan.

5. Mewujudkan peluang pekerjaan: - peluang pekerjaan seperti pemandu, konduktor bas dan penjual tiket; - kadar pengangguran berkurang; - taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan.

6.

Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api: - semakin berkurang kenderaan, semakin berkurang minyak digunakan; - melambatkan kehabisan sumber mineral dunia; - penggunaan LRT dan komuter dapat menjimatkan penggunaan petrol kerana menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak.

7.

Menggalakkan interaksi sosial: - masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain; - mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.

1.

Perkhidmatan yang baik dan selesa: - penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengangkutan awam membaiki perkhidmatan, tempat duduk, layanan, menyediakan pendingin hawa dan sebagainya; - menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU); - menyediakan stesen bas, teksi, LRT dan lain-lain yang selesa.

2.

Penggunaan teknologi terkini: - wujud persaingan jenis pengangkutan seperti LRT, monorel, kereta api laju dan perkhidmatan penerbangan tambang murah; menambah bilangan kenderaan pengangkutan awam dan terminal pengangkutan; - penggunaan Touch n Go dan lain-lain bagi proses pembayaran tambang

3.

Menyediakan perkhidmatan yang cepat dan selamat: - memperbaik struktur jalan raya, laluan rel dan lain-lain; - memastikan keadaan kenderaan awam baik dan selamat digunakan; - memperbanyak jaringan laluan baharu untuk kenderaan awam; - menepati jadual perjalanan.

4.

Menawarkan tambang yang berpatutan: - langkah kerajaan meningkatkan kuota subsidi diesel bagi kenderaan pengangkutan awam, mengurangkan bayaran tol bagi semua bas, pengurangan cukai jalan dapat mengelakkan tambang dinaikkan; - orang ramai akan menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan.