Вы находитесь на странице: 1из 65

Ahli kumpulan: Siti Nor Ashyikin binti Mat Hassan Norhaliza binti Mohammad Norsalina binti Ali NorAzlin

zlin binti Mohd Ayob Hanamasayu binti Md. Tahir

Teori Pembelajaran Model Pengajaran

Reka bentuk Pengajaran

Hipotesis-hipotesis yang dihasilkan oleh ahli-ahli

Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.
Teori pembelajaran dibahagikan kepada lima

teori utama:

Mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Antara tokoh teori ini: - Pavlov (1849-1936) - Watson(1878-1958) - Thorndike (1874-1949) - Skinner (1904-1960)

mereka berpendapat, pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh di perhatikan, dikawal dan diramal Ianya tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku Menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku

Sebelum pelaziman Rangsangan tak terlazim (makanan)

Proses pelaziman Eksperimen 1. 2. 3. 4. Bunyi loceng Tunggu sementara Diberikan makanan Proses berulangulang

Selepas pelaziman Rangsangan tak terlazim (makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan) TETAPI Rangsangan neutral (bunyi loceng)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)

DAN
Rangsangan terlazim (bunyi loceng)

Tiada gerak balas (tiada perembesan)

Gerak balas terlazim (perembesan)

Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran ialah pembentukan suatu hubungan di antara rangsangan dan tindak balas. Beliau telah menghasilkan tiga hukum penting: 1) Hukum latihan - perkaitan antara rangsangan dan tindak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan -contoh: pengulangan meletakkan kucing di dalam sangkar

2) Hukum kesan ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) contoh: pelajar membuat kerja rumah guru memberi pujian

ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan(hukuman) contoh: membuat bising dalam kelas tidak dapat keluar rehat

3) Hukum readiness/kesediaan ganjaran/hukuman itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi

Pembelajaran: suatu proses dalaman, berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku Pelajar ada kebolehan mental untuk mengelola,menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya Maklumat yang di terima di proses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan

Hasil pemikiran bergantung kepada proses mental dalaman tersebut.


Ilmu yang diperolehi bukan terhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih kepada interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru.

Jika seseorang itu tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara yang dipelajari,pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latih tubi yang berulang-ulang.
Antara tokoh teori ini adalah: - Kohler, Bruner, Gauge, Ausubel, Piaget

Mangatakan bahawa murid secara aktif membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekitar.
Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan lebih memahami apa yang dipelajari.

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid atau merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas tersebut Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah Antara tokoh teori ini adalah :- Lev Vygotsky,Jean Piaget

Gabungan teori Behavioris dan teori Kognitif Di perkenalkan oleh Albert Bandura Menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan model Aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberi kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar

Pemodelan boleh digunakan untuk : i) mengajar tingkah laku yang baru ii) Menggalakkan pengukuhan tingkah laku yang lama iii) Mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan untuk tujuan membantu murid meningkatkan prestasi diri

Tokoh: Carl Rogers dan Abraham Maslow Pembelajaran bergantung kepada emosi dan perasaan

Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza


Strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.

Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri Bimbingan diperlukan supaya potensi tersebut dapat diperkembangkan pada tahap optimum.

Teori Pembelajaran
Behavioris

Unsur Berkaitan
Tingkahlaku

Tokoh Psikologi
Pavlov Watson Guthrie Thorndike Skinner Koffka,Kohler,Bruner Gagne,Ausuble Lev Vygotsky,Jean Piaget Bandura

Kognitif (Gestalt) Konstruktif Sosial (Neo behavioris) Humanis

Pemikiran (akal)

Amali Prestasi Pemodelan

Emosi

Rogers Maslow

Merupakan kaedah/strategi untuk membantu guru menyampaikan pelajaran bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.

Model Robert Glazer

Model Sim

Model Taba

Model Latihan Terus

Model Ekspositori

Model Pemprosesan maklumat

Model Projek

Model Inkuiri

4 komponen utama dalam proses pengajaran: a) objektif pengajaran b) pengetahuan sedia ada pelajar c) kaedah mengajar d) penilaian Maklum balas pelajar PENTING dalam proses P&P. A) Objektif pengajaran - bidang yang hendak dikembangkan dalam diri pelajar harus dikenali. Contoh: kognitif, afektif, psikomotor. - perlulah bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada pelajar. - hasil pencapaian selepas proses pengajaran berlaku. - hasil pencapaian merujuk kepada perubahan tingkah laku, perolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

B) Pengetahuan sedia ada pelajar - merujuk kepada kebolehan intelek, aras, motivasi, budaya pelajar. C) Kaedah mengajar - satu siri aktiviti pengajaran yang sistematik. - dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

D) Penilaian - bertujuan untuk menentukan sama ada pelajar telah dapat mencapai objektif yang ditentukan oleh guru atau tidak. - cara: soal jawab, ujian. - hasil penilaian akan memberikan maklum balas yang membolehkan guru mengesan kebaikan dan kelemahan aktiviti pengajarannya.

Kesimpulan : konsep pengajaran adalah suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu: a) perancangan b) pelaksaan c) penilaian d) maklum balas

Proses pengajaran melalui interaksi di antara guru, murid, isi pelajaran dan objektif pengajaran.

Konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi,iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.
Persekitaran merujuk kepada keadaan dan organisasi tempat murid termasuk sosioekonomi dan budaya murid-murid diajar.

Objektif sebagai fokus - berdasarkan kebolehan mental dan fizikal pelajar. - boleh dicapai oleh pelajar dalam tempoh P&P berjalan. - explisit(perubahan tingkah laku pelajar dapat dilihat selepas aktiviti)

Isi pelajaran sebagai fokus - sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar . - sistematik supaya pelajar mudah mengikuti.
Persekitaran sebagai fokus - keadaan tempat belajar sesuai dengan perkembangan intelek, emosi pelajar. - ABBM yang digunakan bersesuai(jelas dan difahami) Kesimpulan: interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan dan mencapai keberkesanan proses pengajaran ke tahap optimum.

Penekanan kepada penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Dalam model ini, pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep dilakukan melalui 4 peringkat iaitu: a) menyusun data/fakta dengan memerhati ciriciri persamaan dan perbezaan b) menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya

c) membuat generalisasi/ kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori- kategori d) mengaplikasi generalisasi yang diperolehi

Kesimpulan: guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.

Nama lain bagi model ini ialah Model Latihan dan Model Pengajaran Aktif.
Khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah.

Kesimpulan: penekanan kepada aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang diunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci


Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid. Kaedah penyampaiannya adalah melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
Contohnya dalam subjek lukisan geometri.

Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu (misalnya guru dan buku teks) kepada mereka yang tidak tahu (murid).

Dalam model ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya.
Kebaikan Model Ekspositori: Boleh digunakan untuk menerangkan konsep, fakta,hukum atau prinsip. Sesuai untuk peringkat perkembangan murid. Dapat menjimatkan masa guru ketika menyampaikan pelajaran.

Bergantung kepada komputer sebagai model.

Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi

Fasa-fasa proses pembelajaran ini menurut Teori Gagne.


i. Fasa motivasi Jangkaan ii. Fasa kefahaman Pemerhatian iii. Fasa Perolehan Pengekodan /simpanan awal iv. Fasa Penahanan Penyimpanan v. Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali vi. Fasa Generalisasi Pindahan vii. Fasa Prestasi Gerak balas viii. Fasa Maklum balas Peneguhan

Jenis jenis pembelajaran untuk memperoleh maklumat:

1)Pembelajaran Melalui isyarat


Contohnya: Manusia mempelajari melalui

pengalaman, asap memberi isyarat kebakaran.

2)Pembelajaran stimuli-tindak balas


Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda,

murid menyebut namanya.

3)Pembelajaran Melalui Rantaian Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan 4)Pembelajaran Melalui perkaitan verbal (verbalassociation)
Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan

alamatnya.

5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.


Contohnya:Perbezaan antara bulatan dan

sfera.

6)Pembelajaran konsep
Contohnya:Benda yang bermula dengan

huruf B (Beg,buah-buahan,buku).

7)Pembelajaran prinsip.
Contohnya:Air mengalir ke tempat yang

lebih rendah.

8)Pembelajaran penyelesaian masalah


Contohnya:Menyelesaikan masalah

matematik.

Projek penyiasatan atau kajian mendalam. Merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang membolehkan guru membimbing pelajar untuk mempelajari secara mendalam dalam topik tertentu. Melibatkan penglibatan pelajar secara aktif dengan bimbingan guru. Murid-murid boleh belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik, kajian luar & lawatan.

Contohnya:

Memberi peluang kepada pelajar

untuk membuat kajian dalam bidang sains dan kemanusiaan. Kanak-kanak juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa semasa melaksanakan projek.

Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan.

Terdapat 2 jenis Model Inkuiri: a)Model Inkuiri Sains (John Dewey)

Digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Berlandaskan kepada 5 langkah:
i. Mengenal pasti masalah ii. Mencari maklumat rumusan iii. Membuat hipotesis iv. Menguji hipotesis v. Menilai dan membuat rumusan

b)Model Inkuiri Sosial

Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.

Dick & Reiser (1989):

Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran.

Richey (1986):

Dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan

Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Penggunaan media seperti video, audio, grafik dan animasi untuk menyampaikan maklumat.

A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (memilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (menggunakan media dan bahan) R Require learner participation (mendorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (menilai dan menyemak)

Tiga perkara penting untuk menganalisis ciriciri pelajar: (a) Ciri-ciri umum - Mengenalpasti ciri-ciri iaitu jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosioekonomi. (b) Kompetensi khusus - Aras pengetahuan, kemahiran sedia ada. (c) Gaya pembelajaran

Objektif diambil daripada Sukatan, Panduan Kurikulum, atau buku teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai.

Kaedah, media atau bahan pengajaran mesti dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran Menyediakan set induksi yang menarik dan sesuai dengan objektif pembelajaran.

Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.

Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti Masa

Media atau bahan yang dibangunkan digunakan terhadap kumpulan sasaran

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti:

Membuat latihan Simulasi Perbincangan Latih tubi Kuiz Projek dan sebagainya

Penilaian dan semakan semula dijalankan di akhir pembelajaran. Tujuan adalah untuk mengesan perkara yang berikut: - Adakah objektif tercapai - Adakah alat atau bahan membantu pembelajaran? - Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul? -Adakah suasana pembelajaran selesa

Pengaruh media memberi sumbangannya dalam pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti:
- Adakah media berkesan? - Bolehkah ia dipertingkatkan? - Adakah ia berguna? - Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?

Proses Generik Tradisional Yang Digunakan Oleh Desainer Dan Pengembang Instruksional Latihan Diasaskan Oleh Rosset Pada Tahun 1987 Dan Sering Menjadi Asas Kepada Model Rekabentuk Berarahan Yang Lain Dikembangkan Oleh Reiser Dan Mollenda Berfungsi Untuk Menjadi Pedoman Dalam Membangun Infrastruktur Program Pelatihan Yang Efektif Dan Dinamis

A Analisis ( Analysis ) D Rekabentuk ( Design ) D Pembangunan ( Development ) I Pelaksanaan ( Implementation ) E Penilaian ( Evaluation )

Proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti: analisis persekitaran pembelajaran analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.

Soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis: Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran Kerja- kerja pembangunan projek multimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Proses memasukkan pengajaran dalam dunia sebenar Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Proses mengenal pasti impak pengajaran


Fasa penilaian terbahagi dua iaitu: Penilaian formatif Penilaian sumatif

Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE.


Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti:

isi kandungan strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian

Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supayamaklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar

Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional selalunya akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional

Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar

terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah.

Вам также может понравиться